Tuesday, 17 June 2014

Siri Koleksi Berita

Lebih 1,000 berhimpun tunggu keputusan batal rayuan guna kalimah Allah - 22 Aug 2013 / Manzaidi Mohd Amin

 
PUTRAJAYA: Lebih 1,000 berhimpun di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman di sini untuk mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Mereka yang mewakili lebih 100 NGO Islam seperti Perkasa, Jati dan Pembela tiba seawal pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas khas, bagaimanapun sebaik saja pintu mahkamah dibuka mereka dilarang masuk kerana ruang kerana masalah ruang yang tidak mencukupi.
Sepanjang menunggu keputuasn rayuan orng ramai berlegar di perkarangan kompleks mahkamah dan antara mereka berkumpul sambil membaca al-Quran manakala beberapa wakil NGO menyampaikan ceramah mengenai sejarah Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Permohonan rayuan didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali ketika ditemui berharap kumpulan tiga hakim yang bersidang hari ini mencapai keputusan yang bijak dan memihak kepada umat Islam.

"Umat Islam sedang menunggu keputusan yang amat penting ini. Kami akan menunggu di sini sehingga keputusan diumumkan," katanya kepada MalaysiaGazette.

Laungan Allahuakbar turut berkumandang selain bacaan Yaasin dari beberapa kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut. Turut kelihatan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Mahkamah dijanga membuat keputusan pada pukul 2 petang.

Penyokong Pas kecewa Husam ketuai PRK Kuala Besut


SEBAIK sahaja Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, ramai penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terkejut.

Rata-rata menyifatkan tindakan Abdul Hadi memilih Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor itu sebagai tidak tepat, selain menggambarkan kepada umum bahawa Pas Terengganu ketandusan pemimpin berwibawa untuk mengepalai jentera parti bertempur dengan Barisan Nasional (BN).
Pada pengumuman calon Selasa lalu, BN meletakkan seorang jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon. Pas Terengganu pula memilih Bendahari Pas Besut yang juga seorang ahli perniagaan, Endot@Azlan Yusof untuk bertanding pada PRK 24 Julai ini.

Tengku Zaihan, 37, jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah anak jati Kuala Besut yang berasal dari Kampung Nail, manakala Azlan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long berasal dari Kampung Baru, Kuala Besut.

Ketika diminta mengulas pertandingan satu lawan satu itu, Husam yang kalah kepada Tengku Adnan Mansor (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Putrajaya, mengakui parti itu melalui jalan sukar untuk memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

"Berat sikitlah untuk dilaksanakan (menang)," katanya yang menyuarakan ketidakyakinan itu kepada wartawan semasa hari penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.

Seorang penyokong tegar Pas, Abdullah Kamil Ahmad Baihaqi berkata, dia terkejut dengan pengumuman Husam kerana baginya, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu bukan lagi pemimpin yang digeruni dan dihormati.

Sebaliknya kata Abdullah Kamil, Husam telah disisihkan oleh kepemimpinan Pas negeri itu termasuk tidak lagi diberi jawatan exco negeri.

"Kenapa pilih Husam, bukan (pilih) pemimpin Pas Terengganu? Begitu juga urusan pusat (Pas) memilih calon. Sudah tidak ada calon lain lagikah di kawasan ini (Terengganu) untuk bertanding? Apa sudah jadi dengan Pas sekarang? Saya tengok pucuk pimpinan seolah-olah sudah hilang idea dan mati semangat untuk menang.

"Nampak sangat Pas Pusat dan negeri tidak mahu menang. Pucuk pimpinan seperti mengambil langkah 'melepaskan batok di tangga' sahaja dalam memilih calon dan pengarah jentera pilihan raya. Tidak ada kewibawaan langsung," katanya dengan nada kecewa.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku siri lompat parti dalam kalangan ahli Pas di kawasan itu dalam tempoh terdekat ini berikutan ramai telah melahirkan rasa kecewa dengan sikap pucuk kepemimpinan parti sejak kebelakangan ini.

Zaid tidak yakin Pas menang DUN Kuala Besut

By
22 Jul 2013
 
 
Rabu ini menyaksikan pertandingan sengit antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Pas bekerja keras dan bertungku lumus sejak sejak awal lagi memancing undi di setiap peti undi bagi memastikan calonnya, Endot@Azlan Yusof menang, sekali gus menafikan hak BN sebagai kerajaan negeri yang menang dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) baru-baru ini.
Bagaimanapun, ketika diajukan kepdaa orang kuat pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim mengenai peluang Pas di Kuala Besut, beliau mempunyai jawapan tersendiri.

Katanya, Pas tidak akan menang dan yang pasti parti itu berdepan dengan kesukaran agak nyata kerana pertandingan berlangsung di kubu kuat UMNO sejak sekian lama.

“Untuk (Pas) menang terlalu sukar. Macam mana Pas nak menang, ini adalah pilihan raya kecil, sedangkan Kuala Besut dan daerah Besut itu sendiri adalah kubu kuat UMNO. Jadi, harapan Pas hendak menang agak sukar,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di rumahnya di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya, dekat sini,

Beliau diminta mengulas mengenai pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot yang lebih dikenali sebagai Che Long dalam kalangan penduduk Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Rabu ini hari mengundi dan keputusan calon yang menang dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.

Ketika ditanya jika berlaku kedudukan 16 – 16, Zaid yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata, mengikut demokrasi berparlimen, Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sepatutnya membubar DUN dan SPR kena memanggil pilihan raya negeri.

Kata beliau, itu adalah cara penyelesaian politik yang sebenar, tetapi tidak akan berlaku demikian apabila mungkin kerajaan pusat menggunakan cara tertentu untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

“Kalau kedudukan antara Pas dan BN Terengganu adalah 16-16, mengikut demokrasi berparlimen, Tuanku Sultan Terengganu sepatutnya bubar dewan, tetapi penyelesaian politik Malaysia tidak akan jadi begitu,” katanya.

Ditanya adakah beliau sudah bersara daripada politik, Zaid menjelaskan, beliau tidak lagi menyertai mana-mana parti sejak awal tahun ini, tetapi akan turun berkempen membantu pakatan pembangkang sekiranya dijemput.

Ujarnya, minat terhadap politik masih ada, tetapi hasratnya kuat mahu bersara dengan sekali sekala menumpukan kepada bidang penulisan blog, menyiapkan buku dan teks ucapan jika dijemput sama ada oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas untuk menyampaikan ceramah.

“Kalau PKR atau Pas jemput saya untuk membantu mereka berkempen sama ada pada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, saya pergilah. Tetapi saya kena tengok juga, mereka jemput atau panggil nak bercakap isu apa,” katanya.

Zaid not confident of a Pas win in DUN Kuala Besut

KUALA LUMPUR – This Wednesday sees fierce competition between candidates from Barisan Nasional (BN) and Pas in the by-elections for the Kuala Besut state-seat (DUN). Pas has been working extremely hard from the beginning in fishing for votes at every ballot box to ensure victory for their candidate, Endot@Azlan Yusof, hence depriving BN’s right as the ruling party after an easy majority win at the recent 13th General Elections (GE13).
However, when posed with the chances of a Pas victory in Kuala Besut, the opposition coalition’s strongman Datuk Zaid Ibrahim has his own views.
He said Pas will never win, and what was certain is the party has to face with stark difficulties since the battle is at UMNO’s long-time stronghold.

“For Pas to win is difficult. How can Pas win? This is a by-election where Kuala Besut and the district of Besut itself is an UMNO stronghold. So the hope for Pas to win is pretty difficult,” he said when met by MalaysiaGazette at his home in Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya.

Zaid was asked to comment on the on-on-one fight between the BN candidate, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman and Endot whom the locals in Kuala Besut refer to as Che Long.

The Election Commission (EC) has fixed Wednesday as polling day and the announcement of results is expected to be done before 10pm.

When asked should the result lead to a 16 – 16 situation, Zaid who is the former President of Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) said that based on a parliamentary democracy, His Highness the Sultan of Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin should then dissolve DUN and SPR would have to call for a state election.

He remarked that that should be the actual political resolution, but that will never happen when it is possible for the central government to use other means to retain the existing ruling party.

“If the seat allocation between Pas and Terengganu BN become 16 – 16, according to a parliamentary democracy, His Highness the Sultan of Terengganu should dissolve the assembly, but the Malaysian political resolution will never go that way,” he said.

When asked if he has retired from politics, Zaid clarified that he is no longer a member in any political parties since early in the year, but he will continue to campaign for the opposition coalition if asked.

He said his interest in politics is still there but his intention to quit is strong, while he occasionally focused on writing blogs, completing his book and texts of speeches when invited to speak at ceramahs either by Parti Keadilan Rakyat (PKR) or Pas.

“If PKR or Pas invite me to help them campaign whether at the by-election or general election, I will go. But I also have to see, when they invite or ask me, what do they want me to speak on,” he said.

MAIWP tarik 1,500 sertai acara larian

Peserta karnival sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersedia untuk memulakan larian. Gambar: FAREEZ FADZIL
Peserta karnival sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersedia 
untuk memulakan larian. Gambar: FAREEZ FADZIL

Kira-kira 2,000 peserta termasuk kakitangan dan keluarga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil bahagian dalam acara larian dan tarik tali dalam karnival sukan MAIWP.

Daripada jumlah itu, kira-kira 1,500 adalah peserta luar yang menyertai program larian, manakala selebihnya hanya terbuka kepada kakitangan dan ahli keluarga MAIWP untuk kategori tarik tali.

Karnival sehari itu diadakan di Tapak Dahlia, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengukuhkan ukhuwah, mahabbah dan kerjasama.

Timbalan Ketua Pengarah MAIWP, Ismail Porjo berkata, penganjuran sukan dan aktiviti berkaitan kesihatan serta kecerdasan menjadi program tahunan jabatan itu bagi melahirkan kakitangan dan keluarga yang sihat.

Di samping itu, katanya, MAIWP sentiasa mengutamakan masyarakat luar, selain kakitangan jabatan dalam setiap aktivitinya sebagai usaha mengerat silaturahim antara kedua-dua pihak. - MalaysiaGazette

Pakatan trio kalahkan Khalid-Azmin

Rafizi, Saifuddin dan Nurul Izzah
Rafizi, Saifuddin dan Nurul Izzah

Pada siri pertemuan dengan ahli akar umbi dan perwakilan, calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli sentiasa dilihat bersama. 

Walaupun tindakan turun padang secara berganding bahu itu tidak salah, tetapi telah mengundang persepsi kurang menyenangkan dalam kalangan penyokong seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Ini kerana, pada sesi pertemuan itu, tiga serangkai berkenaan dikatakan turun dengan misi dan visi untuk memastikan Mohamed Azmin serta calon popular setakat ini, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mendapat tempat dalam jawatan nombor dua parti dalam pemilihan bermula 25 April ini.

Adakah gerakan mereka bertiga ini mendapat restu salah seorang daripada calon Presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Yang pastinya, menurut Rafizi, dalam satu pertemuan beliau dengan ahli PKR di sebuah Cabang di Selangor pada dua hari lalu, pertembungan Khalid dengan Mohamed Azmin hanya akan memburukkan perjalananan parti dan memberi kesan kepada sokongan rakyat.

Justeru, apa yang dilakukan beliau bersama Saifuddin dan Nurul Izzah bagi menghalang Khalid bertanding dan mematahkan kemenangan Azmin sebagai penyandang Timbalan Presiden dianggap sebagai jalan yang betul.

“Kita mahu menggelakkan konflik dalaman yang berterusan antara kedua-dua pemimpin ini dan mengutamakan soal rakyat yang menjadi teras perjuangan PKR selama ini,” katanya yang bergerak bertiga dengan tema Masa Depan Bersama.

Menurut Rafizi, yang turut mencalonkan dirinya bertanding jawatan Naib Presiden bersama Nurul Izzah, tujuan mereka berkempen secara berkumpulan adalah untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada ahli akar umbi yang juga perwakilan, selain menjimatkan masa.

Katanya, PKR perlu dielakkan daripada konspirasi sesama sendiri kerana boleh menjejaskan imej parti yang berjuang untuk memberi keadilan kepada rakyat.

"PKR kena pergi jauh dari isu pertembungan personaliti. Sesetengah orang mungkin berselindung dalam hal ini, sedangkan pada saya parti ini lebih besar dan milik rakyat. Kita perlu kembali kepada soal rakyat. 

"Kebelakangan ini oleh kerana ada pertembungan personaliti antara Azmin dan Khalid, pada saya ia tidak akan membantu rakyat. Walaupun saya memilih kerjasama ini bakal menongkah arus dan dimaklumkan bahawa tindakan ini seperti membunuh diri, tetapi saya rasa rakyat perlu tahu bahawa PKR kita wujud untuk membawa suara rakyat,” katanya.

Gabungan dan keserasian yang ditunjukkan antara beliau, Saifuddin dan Nurul Izzah adalah sebagai gambaran jelas satu barisan kepimpinan baru yang bakal menyaksikan menjadi kenyataan pada 11 Mei ini.

Rafizi antara yang lantang mengutuk perbalahan berterusan antara Mohamed Azmin-Khalid bermula dari isu pengguguran Ahli Parlimen Gombak itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB, lantikan semula Ahli Majlis dan terbaru isu pemberhentian kakitangan Hotel Quality Shah Alam.

Sementara itu, Saifuddin menyifatkan tawaran beliau bertanding Timbalan Presiden sebagai penyelesaian kepada konflik Mohamed Azmin-Khalid.--MalaysiaGazette

Obama jangan campur tangan urusan negara - Perkasa

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengalu-alukan lawatan Barack Obama ke Malaysia hujung minggu ini, tetapi mengharapkan Presiden Amerika Syarikat itu tidak mencampur urusan dalaman negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak memerlukan campur tangan mana-mana pihak terutama yang prihatin dan bersimpati dengan Ketua Umum pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi hukuman atas kesalahan meliwat.
"Beliau boleh datang ke Malaysia, tetapi beliau tidak boleh campur tangan urusan dalaman negara berdaulat ini terutama isu berkaitan dengan Anwar.

"Amerika mesti menghormati proses perundangan negara Malaysia dan adalah silap besar bagi Obama jika beliau mendengar kata-kata Anwar dan konconya mengenai kes yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette di sini.

Obama kini dalam lawatan ke Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia sebagai usahanya mengimbangi pengaruh Amerika Syarikat di Asia.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, tidak ada manusia atau individu, hatta raja sekalipun dilayan seperti Anwar dengan mengikut telunjuknya sehingga proses undang-undang ke atasnya berjalan begitu lama, terbuka dan dibenar ikat jamin.

Akhirnya kata beliau, berdasarkan fakta, bukti dan pengakuannya, beliau didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Bahkan, katanya, beberapa pemimpin PKR dan pakatan pembangkang sendiri sudah memulakan provokasi mereka mendesak Obama agar mengambil kesempatan lawatannya ke negara ini untuk bertemu dengan Anwar.

"Dalam hal ini Perkasa membantah dan akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya Obama berbuat demikian.
 
"Presiden Amerika itu sepatutnya berlaku adil bagi semua pihak, bukan bertindak berat sebelah seperti yang dilakukannya di Palestin, Mesir dan beberapa negara Islam lain," katanya. - MalaysiaGazette
 

PKR bukan parti contoh amal demokrasi tulen

Shaari Yaakob
Shaari Yaakob

PKR Selangor merekodkan sejarah apabila 11 daripada 22 cabang parti itu ditangguhkan proses pemilihan semalam berikutan berlaku kekacauan sesama ahli sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa campur tangan dan mengarahkan pengundian dibatalkan.

Selain maki hamun, pemilihan di 12 cabang itu juga menyaksikan pergaduhan sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa masalah yang timbul, dikatakan berpunca daripada kelemahan JPP.
Seorang aktivis parti, Shaari Yaakob berkata, beliau terkejut melihat keadaan ahli PKR ketika hadir untuk mengundi di pusat pengundian di setiap cabang, yang mana berlaku jerit menjerit, tumbuk menumbuk dan membaling kerusi ke arah meja urusetia.

Jelas beliau, perbuatan itu tidak berlaku dalam mana-mana parti yang ada di negara ini, melainkan PKR sehingga menimbulkan keadaan yang memalukan dan mencerminkan sebuah organisasi politik yang haru biru.

"Saya mengikuti dengan rapat proses pengundian PKR kerana pemimpinnya menguar-uarkan parti yang mereka dokong itu mengamalkan demokrasi tulen, proses pengundian yang telus dan adil.

"Bagaimanapun, sejak hari pertama pengundian yang dilakukan mengikut kawasan zon bermula sejak 26 April lalu sehingga hari terakhir semalam, saya dapati semuanya berjalan dalam suasana kucar kacir dan tidak sistematik,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam pemilihan itu, sebanyak 28 cabang terpaksa diadakan pemilihan semula dengan 11 daripadanya adalah cabang di Selangor, manakala 17 lagi melibatkan cabang di Terengganu, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Hari pengundian bagi cabang ini ditetapkan esok sehingga 18 Mei ini, dengan 19 Mei adalah hari pengumuman keputusan.

Antara 11 cabang di Selangor yang dibatalkan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja, Kapar, Sungai Besar dan Selayang.

Setakat ini Selangor mencatat rekod cabang paling banyak dibatalkan oleh JPP berikutan ada antaranya nama calon yang bertanding tidak ada dalam kertas undi, termasuk calon berkempen secara keterlaluan, selain sabotaj dan penipuan.

Beberapa kejadian tidak diingini yang sempat direkodkan ialah calon Ketua Cabang Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dituduh membeli undi, manakala calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, dikatakan nyaris ditumbuk sekumpulan ahli PKR yang mencetuskan provokasi di dewan mengundi.

Di Cabang Shah Alam, calon Ketua, Yaakob Sapari bertikam lidah dengan lawannya, Rodziah Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkempen dengan mengedar bunga kepada pengundi di pintu masuk pusat pengundian di Dewan Teratai, Seksyen 19. - MalaysiaGazette
 

Umat Islam diminta boikot produk Cadbury

Nadzim Johan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam menerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa syarikat pengeluaran coklat Cadbury sengaja mahu mengkhianati orang Islam dengan menjual produk yang mengandungi DNA babi.

Sehubungan itu, PPIM meminta lebih 20 NGO bawah gabungannya menguar-uarkan kepada seluruh umat Islam agar memboikot semua jenis produk keluaran syarikat berkenaan kerana kemungkinan turut mempunyai bahan haram.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, selama ini umat Islam menghormati kilang pengeluaran makanan yang ada di negara ini dengan menggunakan produk berkenaan sebagai bahan keperluan.

Bagaimanapun, ujar beliau, malangnya pihak berkenaan mengambil kesempatan di atas sikap prihatin umat Islam dengan memasukkan bahan haram dalam produk mereka bagi tujuan melemahkan masyarakat Islam.

"Dengan ini PPIM bersama lebih 20 NGO Islam mengumumkan jihad terhadap semua produk keluaran Cadbury dan menyeru masyarakat beragama Islam serta yang prihatin dengan kejadian ini memboikotnya.

"Ini sahaja cara yang berkesan untuk melemahkan ekonomi syarikat berkenaan. Mereka langsung tidak mengambil sensitiviti kita. Mereka hanya tahu hendak mengkhianati umat Islam dengan memasukkan bahan haram," katanya kepada media.

Turut hadir, barisan kepimpinan NGO Islam iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Usahawan Muslim, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid).

Menurut Nadzim, pihaknya akan berbincang dengan pakar undang-undang untuk mengambil tindakan lanjut seperti saman ke atas syarikat berkenaan, sebagaimana dilakukan oleh beberapa pihak lagi terhadap Cadbury.

Beliau juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berwaspada dan lebih berhat-hati selepas ini dalam memberi kelulusan sijil halal kepada mana-mana syarikat berasaskan makanan kerana bimbang berlaku perkara sama seperti Cadbury.

"Kita menyerahkan kepada Jakim dan Kementerian Kesihatan untuk melakukan siasatan. Jika hasil siasatan dan kajian itu mendapati wujud DNA babi dalam coklat Cadbury, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

"Mengenai memboikot semua pengeluaran syarikat itu, ia berkuatkuasa serta merta dan kita juga akan membantu Jakim serta Kementerian Kesihatan untuk meninjau di semua pasar raya besar dan kedai runcit jika masih ada coklat berkenaan dijual," katanya. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment