Antara yang menjadi mangsa ‘fatwa haram’ oleh tok guru ialah beberapa permainan, persembahan, aktiviti, kegiatan kebudayaan, sukan dan keagamaan. Terbaru pula ialah ‘fatwa wajib’ oleh tok guru berhubung penyertaan dalam perhimpunan haram ‘Bersih’. Aneh lagi pelik. Yang halal telah haramkan. Yang haram dihalalkan.Sejak Pas memerintah Kelantan pada tahun 1990, banyak perubahan telah dilakukan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antaranya ‘berfatwa’ mengharamkan itu, ‘mewajibkan’ ini.
Wayang kulit, dikir
barat, main puteri, menora, makyong, snuker, biliard dan penyertaan qariah dalam
tilawah al-Quran peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sebenarnya telah menjadi
mangsa kerakusan ulamak politik berpolitik. Pengharaman itu mengejutkan semua
pihak terutama penggiat seni dan peminat.
Alasan ‘fatwa’ mengharamkan
permainan, persembahan kebudayaan, sukan serta keagamaan itu kerana kononnya ada
unsur judi, maksiat, lucah, syirik, khurafat dan aurat.
Tidak dinafikan masa
itu sukan snuker ada unsur judi. Wayang kulit, main puteri, menora dan makyong
ada unsur syirik dan khurafat, manakala dikir barat ada unsur lucah dan menggalakkan
maksiat. Tetapi, tidak pasti pula kenapa penyertaan qariah dalam tilawah
al-Quran juga diharamkan.
Adakah alasan suara
qariah yang membaca ayat-ayat suci al-Quran secara berlagu itu boleh
membangkitkan nafsu syawat pendengar? Atau mengundang berlakunya maksiat
disebabkan jantina khalayak yang hadir tidak diasingkan?
Tetapi, kenapa pula tidak
ada sebarang ‘fatwa’ mengharamkan Muslimah Pas menyertai politik. Yang
terkinja-kinja, terjerit-jerit, melaung melolong atas pentas menyampaikan
ceramah dengan pelbagai gaya dan intonasi?
Adakah suara yang
dikeluarkan ketika menyampaikan ceramah memaki hamun, mengherdik cerca
kepimpinan parti politik lain itu tidak termasuk dalam kategori aurat? Hanya
kerana Muslimah ini pejuang Pas? Parti yang kononnya menegakkan syiar Islam?
Atau mungkin juga tok guru terlepas pandang kes ini? Kerana terlalu ghairah,
suka dan ‘berlaga angin’ dengan ucapan berbaur kutuk mengutuk itu?
Atau mungkin tok guru ketika
itu dalam edah kejutan politik. Almaklum, baru pegang jawatan menteri besar.
Biasanya orang yang baru berkuasa akan menghadapi simptom gila kuasa dan akan menggunakan
kuasa itu seghairah dan segian mungkin sehingga arahan atau larang tertukar
dengan berfatwa.
Setahu penulis, fatwa
ialah keputusan mengenai perkara agama yang diputuskan oleh mufti atau alim
ulama. Mufti juga adalah ahli agama yang berhak memberi (mengeluarkan) fatwa
berkaitan hal-hal agama Islam, manakala berfatwa pula ialah memberi atau
mengeluarkan ‘fatwa’ oleh pemimpin yang jahil mengenai ilmu pengetahuan.
Fatwa bagi menetapkan
sesuatu hukum sama ada wajib, haram, harus, sunat, makruh atau halal hanya akan
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis ini pula terdiri daripada para
mufti, ulama, umara, ilmuwan dan cerdik pandai agama.
Mereka akan duduk berbincang,
berbahas dan mencari rumusan menentukan keputusan sesuatu hukum berdasarkan nas
al-Quran, Hadis dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh para mufti. Jika
majoriti bersetuju, barulah fatwa wajib, haram, sunat, makruh, harus dan halal
dikeluarkan. Fatwa tidak boleh diputuskan oleh hanya seorang sahaja dan
keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri (Exco).
Hendak mengharamkan wayang
kulit, dikir barat, menora, makyong, main puteri, billiard dan snuker bukan dengan
kaedah menggagak atau menganggap persembahan atau permainan itu tidak
mendatangkan keuntungan kepada parti, maka berfatwalah benda itu haram.
Begitu juga penyertaan qariah
dalam tilawah al-Quran. Jangan hanya kerana kita asyik dan syok mendengar suara
berlagu itu, maka kita berfatwa ia haram disebabkan suara itu aurat, boleh
membangkitkan syawat.
Bagaimana pula dengan Muslimah
Pas dan PKR yang bukan sahaja suaranya lantang dan keras ketika berceramah,
tetapi siap dengan menggoyangkan badan, melenggokkan kaki, tangan dan muka
mengutuk, mencaci maki pihak lawan? Tidakkah itu aurat dan ‘fatwa’ yang sama
perlu dikeluarkan?
Sepatutnya, dalam isu
dikir barat, tok guru tak boleh latah berfatwa haram. Tok guru harus memanggil
semua penggiat seni itu. Duduk berbincang dan beri mereka nasihat, “kalau nak
persembahan ini diteruskan, mereka harus akur dengan perjuangan Pas. Syaratnya,
tukar mesej lucah kepada mesej nasihat”.
Panggil semua pendukung
main puteri, menora, makyong dan wayang kulit. Duduk berbincang, beri nasihat. Katakan
kepada mereka, “sekarang ini bukan zaman Barisan Nasional (BN) lagi dah,
sekarang adalah zaman Pas, parti yang memperjuangkan Islam. Jadi, segala unsur-unsur
jampi serapah dalam permainan itu harus dibuang. Masukkan unsur-unsur sihat dan
seruan yang mengajak umat Islam bersatu padu”.
Kumpul semua qariah di
Kelantan. Himpunkan mereka dalam satu pertemuan muhibah dengan tok guru. Cakap,
beritahu dan pesan kepada mereka, “kalau nak sertai tilawah, perlu ikut macam Muslimah
Pas berceramah. Barulah kerajaan negeri tidak anggap suara yang berlagu membaca
al-Quran itu aurat”.
Itulah kerajaan negeri
yang ditadbir oleh pemimpin inovatif, proaktif dan dinamik. Kerajaan yang
bertindak menggunakan akal. Bukan perasaan dan dendam. Ini belum apa-apa sudah
berfatwa haram. Asalkan tidak suka, kata haram. Asalkan tidak minat, kata
haram. Itu haram, ini haram. Semuanya haram. Akhirnya tidak ada satu pun persembahan
dan permainan kebudayaan yang halal, harus, wajib dan makruh di Kelantan.
Seseorang pemimpin
Islam harus faham, berpengetahuan dan berilmu dalam memimpin rakyat jelata
kerana mereka menjadi contoh serta ikutan rakyat yang pelbagai agama dan
lapisan usia. Bagi umat Islam, sejak akil baligh lagi, perkara yang haram tetap
haram selama-lamanya, tidak haram sekejap kemudian dihalalkan.
Agama Islam tidak
menetapkan hukum sedemikian. Biasanya kalau hari ini haram, esok halal. Itu
adalah arahan atau larangan, bukan hukum. Mustahil tok guru boleh tertukar
antara larangan dan arahan dengan hukum.
Inilah yang berlaku
dalam negeri ditadbir oleh tok guru. Awal pemerintahan telah mengharamkan
wayang kulit dan dikir barat. Tetapi selepas mendapat bantahan dan desakan daripada
penggiat seni sehingga keadaan itu dilihat telah menjejaskan sokongan rakyat kepada
parti, lalu tok guru pun segera berfatwa membenarkannya. Cukup senang hukum
dipermainkan. Hanya terletak di bibir mulut sahaja.
Sedangkan mengikut nas al-Quran
dan hadis, hukum haram tetap kekal haram selama-lamanya. Tidak ada sebarang
kompromi untuk dihalalkan. Hukum berbeza dengan notis arahan atau larangan. Tok
guru boleh mengeluarkan arahan melarang dan boleh pula mengeluarkan arahan
membenarkannya. Bukan berfatwa.
Arahan dan fatwa adalah
dua perkara yang jauh berbeza. Tidak boleh disamakan. Jauh sekali larangan
hendak dijadikan fatwa. Fatwa hendak dijadikan arahan. Sebab itu, para mufti
lebih berhati-hati hendak mengeluarkan sebarang fatwa kalau tidak mencapai kata
sepakat daripada para alim ulama.
Arahan adalah seperti
larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada golongan wanita yang
bekerja supaya tidak memakai gincu atau bersolek secara berlebihan ke pejabat,
bimbang nanti menimbulkan syak. Tetapi mengharamkan penyertaan qariah menyertai
tilawah al-Quran bukan fatwa.
Begitu juga mengharamkan
persembahan wayang kulit, dikir barat, menora, makyong dan permainan snuker. Ia
tidak boleh dihentikan persembahannya atas nama hukum berfatwa. Ia sepatutnya dikeluarkan
dalam bentuk arahan atau larangan. Kalau sudah diletakkan dalam bentuk fatwa, maka
persembahan itu tidak boleh dihalalkan lagi sampai bila-bila.
Dalam bab perhimpunan
haram anjuran sebuah badan gabungan yang disingkatkan dengan panggilan BERSIH yang
didalangi dan ditaja pemimpin pembangkang, tok guru tidak boleh cepat melatah
menetapkan hukum wajib kepada sesiapa yang hadir dalam kelompok yang merancang
hendak melakukan kekacauan dan huru hara itu.
Padahal Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan
haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan
tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan
dalam negara seperti yang dilakukan oleh BERSIH.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam ‘Bersih 3.0’ yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam ‘Bersih 3.0’ yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.
“Mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian,
khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu
bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda,” katanya.
“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda,” katanya.
Aspek-aspek itulah yang diambil kira oleh
jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum memutuskan fatwa perhimpunan itu
haram. Bukan terus berfatwa wajib setelah mendengar BERSIH hendak mengadakan
rusuhan jalanan. Semoga pihak berkenaan cepat-cepat bertaubat. - Oleh Manzaidi Mohd Amin (Siaran 15 Mei 2012)




No comments:
Post a Comment