Friday, 14 September 2012

Yahudi, zionis: Nik Aziz kelirukan rakyat



“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat, tapi yang jahatnya ialah manusia. Begitu juga Melayu dan Arab… Melayu dan Arab tidak jahat, tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.” (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat / 11 Mac 2012).

“Bagi saya, ucapan Dr Mahathir bukan anti-Yahudi keseluruhannya, tetapi perangai orang Yahudi itu sentiasa membawa banyak masalah kepada dunia. Kalau Dr Mahathir benci perangai Yahudi, kita kena menyokong beliau kerana sememangnya Yahudi menganggap dia (Yahudi) lebih baik dan mulia berbanding orang lain.” (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat / 18 Oktober 2003).

Pada 21 Disember 2003, Nik Abdul Aziz berkata: “Orang Melayu yang menolak konsep negara Islam pimpinan Pas adalah sama seperti Yahudi.” (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat / 21 Disember 2003).

Cuba teliti dan fahami tiga daripada banyak kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai Yahudi @ zionis. Ketiga-tiganya mempunyai nada yang berlainan. Fahaman yang berbeza-beza.

Sebagai pemimpin tertinggi dan terkanan Pas, Menteri Besar Kelantan ini turut tidak melepaskan peluang untuk memberi ulasan dan bercakap mengenai Yahudi @ zionis. Padahal, tanpa disedarinya, setiap kenyataannya itu amat berlainan. Kelainannya adalah mengikut keadaan cuaca pada masa itu. Maknanya ADUN Chempaka ini tidak mempunyai pendirian yang jelas, atau dengan kata lain, tidak berprinsip.

Sebagai rakyat Kelantan juga, penulis terkeliru dengan pendirian tok guru ini. Sekejap kata Yahudi itu baik, sekejap kata Yahudi itu jahat. Sekejap sokong pendirian pemimpin Umno yang kutuk Yahudi dan sekejap menyamakan bangsanya sendiri (Melayu) seperti Yahudi. Yang mana satu pendiriannya?

Beliau harus tetap pendirian. Menteri besar tidak boleh jadi mentadak mentadu dan sesumpah dalam memerintah negeri. Beliau tidak boleh meletakkan rakyat seperti berada dalam perahu yang dikemudi oleh orang buta berlagak pandai. Orang buta berlagak tahu. Ini menakutkan rakyat.

Kalau Yahudi jahat, ia tetap jahat sampai ke kiamat. Bukan jahat hari ini, esok baik. Mantan ADUN Gual Periok (Pas), Abdullah Abdul Razak pernah menyatakan, golongan Yahudi memang diketahui umum sejak zaman awal kebangkitan Islam lagi sudah menentang perjuangan Rasulullah SAW.

Beliau yang juga mantan Ketua Pengelola Halaqat dan lulusan Universiti Al-Azhar memaklumkan, al-Quran sudah menjelaskan kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan Islam selagi tidak mengikut agama mereka.

Mengikut laporan Wikipedia, Nik Abdul Aziz ketika belajar di Universiti Al-Azhar, antara salah seorang saksi kepada perang Arab-Israel. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Kemerdekaan Israel yang merupakan perang pertama dalam siri peperangan antara Israel dengan negara jiran Arab dalam konflik Arab-Israel.

Bagi orang-orang Yahudi di Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi rakyat Palestin, ia menandakan permulaan bagi peristiwa yang dirujuk sebagai “Al-Nakba” atau “Malapetaka”, perkataan yang menggambarkan pengusiran keluar beratus ribu penduduk Palestin tempatan dari ‘negara’ Israel yang baru dibentuk, yang kemudiannya Israel membuat undang-undang sendiri melarang rakyat Palestin memasuki kawasan penempatan asal mereka yang dirampas itu.

Kalau begini sejarahnya, kenapa Nik Abdul Aziz harus berbolak bahagi? Beliau harus tegas dan berprinsip mengatakan Yahudi itu jahat dan kejahatannya bukan lagi pada bangsa atau pada namanya zionis. Yahudi adalah zionis, zionis adalah Yahudi sebagaimana Pas melaung-laungkan Pas adalah ‘Islam’, ‘Islam’ adalah Pas.

Kenyataan terbaru beliau kononnya, tidak ada bangsa di dalam dunia ini yang jahat, sebaliknya yang jahat itu adalah perangai manusia itu sendiri, sangat-sangat mengelirukan. Bahkan, katanya lagi, Yahudi adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa-bangsa lain di dunia ini, dan apa yang menjadi tentangan umat Islam ialah zionis yang menguasai Palestin secara haram, juga bertambah mengelirukan.

Beliau tidak boleh bercakap mengenai Yahudi @ zionis mengikut musim atau keadaan cuaca. Kalau hujan, tetap hujan, bukan salji. Kalau kambing, tetap kambing, bukan biri-biri. Samalah Yahudi dan zionis. Ia adalah sama. Yang merampas tanah Palestin ialah Israel. Yang membina dan menduduki penempatan haram di Palestin juga ialah orang-orang Yahudi. Mereka ini tidak dipanggil orang-orang zionis.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia. Begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.
“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu, tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” kata Nik Abdul Aziz kepada media di kediamannya di Pulau Melaka.

Ini berbeza pula dengan kenyataan akhbarnya pada 18 Oktober 2003 ketika merasmikan sambutan Hari Keluarga DUN Selising di Pasir Puteh. Katanya, Yahudi memang wajar dikritik kerana banyak membawa masalah kepada dunia khususnya di kalangan negara Islam dan Semenanjung Tanah Arab.

Bahkan, beliau menggesa semua ketua-ketua negara Islam supaya perlu bersungguh-sungguh dan mengambil kata sepakat merealisasikan matlamat menentang kezaliman Yahudi terhadap umat Islam. Di sini, beliau menyebut perkataan Yahudi, bukan bangsa zionis.

Pendapat berbeza pula terkeluar daripada mulut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyifatkan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan, tetapi tidak dengan Zionis. Beliau berpendirian sedemikian kononnya, selari dengan pendirian rasmi Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusuf Al-Qardawi bahawa Israel ditentang bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka.

Kalau demikian kenyataan berbelit-belit pemimpin tertinggi dan pemimpin terkanan Pas, mereka secara tidak langsung meletakkan rakyat dalam kekeliruan untuk membuat andaian atau tanggapan mengenai Yahudi. (Yahudi) jahat atau baik?

Kenyataan ini yang mendapat bantahan daripada Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Mahmood Zuhdi, yang antara lain menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belahkan umat Islam.

Katanya, tindakan Abdul Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.

Mana boleh orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang? Yahudi tetap Yahudi. Jahatnya dari dulu, kini dan sehingga ke hari kiamat.

Adakah kerana nak menyedapkan mulut atau nak jaga kepentingan politik, maka pemimpin Pas sanggup mempermainkan sentimen umat Islam dengan menganggap Yahudi sekarang sudah insaf dan baik? Bagaimana pula dengan kekejaman Israel membunuh sukarelawan atas kapal Fortila yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza?

Kejadian itu baru berlaku tahun lalu dan masih segar dalam ingatan umat Islam seluruh dunia. Adakah tahun lalu itu boleh disamakan dengan zaman Rasulullah SAW, bukan zaman sekarang? - Oleh Manzaidi Mohd Amin (Siaran 25 Mac 2012)

No comments:

Post a Comment