Ketika
kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor membuat keputusan tidak
mahu mengadakan pilihan raya serentak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini,
kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan PAS Kedah pula mempunyai haluan berbeza.
Di
Kelantan, menteri besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan hasratnya
mahu membubarkan kerajaan negeri itu serentak dengan pembubaran Dewan Negara.
Begitu juga di Kedah, menteri besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga
menyatakan persetujuan yang sama.
Bagi
PAS Kelantan dan PAS Kedah, tidak ada sebab mereka perlu mengadakan pilihan
raya berasingan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). Selama ini pun PAS tidak
pernah mengadakan pilihan raya sersendirian.
Kenapa
pula pada PRU 13 kali ini PAS perlu mengikut arahan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng supaya mereka ikut rentak PR? Apa salah dan
dosanya PRU 13 ini sehingga DAP dan PKR mahu mengadakan pilihan raya bersendirian?
Tidak mahu ikut kerajaan BN?
Berikutan
kenyataan Nik Abdul Aziz itu tidak seia sekata dengan PKR dan DAP, makanya,
Anwar Ibrahim menetapkan jadual untuk mengadakan perbincangan dengan PAS
Kelantan mengenai isu yang dibangkitkan itu.
Nampaknya,
rejim PR bawah Anwar tidak senang duduk dengan tindak tanduk dan tingkah laku
rakan gabungannya, PAS, yang nampak cuba melawan arus dalam bab-bab tertentu. Sebolehnya,
bagi Anwar, beliau mahu PAS ikut telunjuknya.
Bagi
Nik Abdul Aziz, ikut sesetengah telunjuk dianggap okey lagi, tetapi kalau semua
hal pun PAS perlu ikut, ini sudah keterlaluan. Siapa Anwar sehingga PAS perlu
menjadi pak turut dalam semua hal?
Masa
semakin suntuk. Tempoh tamat PRU-12 sudah makin hampir. Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa dari sekarang akan memalukan gong PRU
13. Untuk itu PAS Kelantan masih lagi dalam keadaan huru hara. Belum tetapkan
arah mana mereka mahu mulakan untuk dapatkan penyelesaian ini.
Ini
adalah kali ketiga PAS hidup dalam gabungan. Sebelum ini PAS pernah bergabung
dengan BN dan Berjasa dalam kerajaan campuran. Kemudian bergabung dengan Parti
Melayu Semangat 46 (46) yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), dan kali
ini bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Maknanya
PAS sudah ada pengalaman yang luas dalam bab bergabung. Selalunya, dalam dua
gabungan sebelum ini, PAS nampak bijak dan cerdik. Tetapi entah kenapa dalam
gabungan kali ketiganya ini, PAS nampak lemah. Jadi pak turut kepada PKR dan
DAP. Macam si suami takut kepada isteri selepas makan nasi kangkang.
Khabarnya,
Anwar akan memanggil Nik Aziz untuk berbincang mengenai isu yang dibangkitkan
oleh Mursyidul Am PAS itu mengenai Kelantan akan mengadakan pilihan raya negeri
serentak apabila PRU ke-13 diumumkan.
Keputusan
Nik Aziz itu jelas mengecewakan Anwar kerana dua daripada empat negeri yang
diperintah oleh PR akur dengan arahannya, manakala tba pada PAS Kelantan dan
PAS Kedah, kedua-duanya enggan patuh.
“Saya
telah berbincang dengan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada
Jumaat lalu dan Menteri Besar PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sebelum ini,” kata Anwar yang tidak berpuas hati dengan keengganan Menteri
Besar PAS Kelantan dan Menteri Besar PAS Kedah itu.
Anwar
mengakui wujud perbezaan pendapat secara ketara antara PKR pimpinannya, DAP pimpinan
Guan Eng dan PAS pimpinan Nik Aziz mengenai bila pilihan raya di negeri-negeri
yang diterajui Pakatan akan diadakan.
Walaupun Nik Aziz pada dasarnya tidak mahu
mematuhi arahan Anwar, tetapi apabila ketua pembangkang itu ajak Nik Aziz
berjumpa dan mereka berdua-duaan berjumpa dalam satu bilik, selepas itu nada
Nik Aziz akan berbeza, iaitu daripada tidak bersetuju sebelum ini kepada
bersetuju.
Ramai pihak, termasuk kalangan pemimpin PAS dan
DAP sendiri tertanya-tanya apakah ilmu guna-guna yang telah digunakan Anwar
kepada Nik Aziz sehinggakan sikap menteri besar Kelantan itu yang nampak keras
kepala dan tegas, boleh tunduk dan luntur kepada Anwar.
Kalau Anwar tidak mempunyai apa-apa ilmu, masakan
beliau dapat menarik sokongan Nik Aziz dan meletakkannya antara ratusan
pemimpin PAS yang berkefahaman Anwaris. Inilah golongan parasit yang didedahkan
oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.
Perubahan yang berlaku kepada Nik Aziz ini bermula
dengan isu hukum hudud PAS. Karpal Singh bantah, Kit Siang bantah, Guan Eng
perli dan sindir pun Nik Aziz tetap lawan balik, tetapi setelah Anwar ajak
berjumpa, Nik Aziz sanggup untuk tidak membangkitkan pasal hudud PAS lagi.
Begitu juga dengan isu Anwar memberi sokongan
untuk menjaga keselamatan Israel. Semua pihak mengecam Anwar, termasuk Nik
Abdul Aziz. Tetapi bilamana mereka berdua mengadakan perjumpaan empat mata,
nada Nik Aziz tiba-tiba lembut dan seolah-olah menyokong apa saja yang Anwar
buat, termasuk mengiktiraf negara Israel.
Kenapa Nik Aziz boleh alah kepada Anwar. Ketika
semua pihak percaya Anwarlah pelaku dalam video seks dengan pelacur dari China
itu, Nik Aziz tetap mengatakan itu bukan Anwar. Ketika Anwar berdepan dengan
tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya pun Nik Aziz boleh menafikan Anwar
melakukannya.
Hatta Anwar enggan bersumpah laknat pun Nik Aziz
percaya dan sanggup menuduh Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai pemfitnah dalam
kes itu, walaupun Mohd Saiful telah bersumpah laknat di masjid dan sekali lagi
melafazkan sumpahnya di Makkah.
Kenapa Nik Aziz boleh jadi demikian? Kenapa Nik
Aziz teramat mempercayai Anwar Ibrahim? Dan kenapa Nik Aziz tidak celik atau
tidak menilai mana kaca, mana permata? Adakah Allah telah menutup pintu
hatinya? Kalau benar, kenapa?
Jawapannya ialah tidak lain, sepanjang Nik Aziz
bergelar tok guru dan ulamak, beliau telah membawa ajaran agama secara
songsang. Beliau yang mengajar pengikutnya memaki hamun kumpulan yang menyokong
parti lain selain PAS. Beliau menganjurkan penyokongnya supaya membuat fitnah,
asalkan pihak lawannya tersungkur.
Sekarang ini apabila kita turun padang, kita akan
bertemu dengan politik maki hamun, politik pilih kasih, politik masam muka dan
politik mu-mu, aku-aku. - Oleh Manzaidi Mohd Amin (Siaran 13 Mac 2012)



No comments:
Post a Comment