Friday, 14 September 2012

Wajib adakan perhimpunan haram di Kota Bharu



Perhimpunan haram jadah puak-puak ‘Bersih 3.0’ di ibu kota Kuala Lumpur Sabtu lalu, sudah berakhir. Masing-masing pulang ke kampung halaman dengan perasaan bangga dan puas hati kerana dapat melakukan huru-hara, kacau bilau dan merosakkan harta benda awam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antara yang paling gembira dengan kekacauan itu, sebab fatwa ‘wajib’ yang dikeluarkannya dipatuhi segerombolan rakyat Kelantan dan rakyat negeri-negeri lain keluar berhimpun di bandar raya Kuala Lumpur.

Malah, beliau mengakui menghulurkan duit poket kepada ahli Pas yang mahu menyertai perhimpunan haram itu.

“Apa salahnya bayar minyak dia, dia dah tinggalkan rumah, dia nak pergi, duit tak ada, minta duit minyak tok guru, apa salahnya,” kata Nik Abdul Aziz.

Untuk pengetahuan tok guru, memang tidak salah beri duit minyak, tambang dan sewa penginapan kepada ahlinya ke Kuala Lumpur untuk melakukan jenayah. Sebab majoriti rakyat Kelantan sudah tahu siapa tok guru sebenarnya.

Bagi tok guru, pemergian ahli-ahli Pas ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah ‘jihad’, tetapi bagi seluruh rakyat Kelantan dan negara ini, mereka adalah penjahat. Cuma nak ingatkan kepada tok guru, janganlah tok guru kecam kalau ada mana-mana NGO akan lakukan perkara yang sama di Kelantan.

Adalah tidak adil, kalau rakyat Kelantan yang tidak puas hati dengan masalah bekalan air bersih, tanah mereka dirampas dan kegagalan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan membela nasib rakyat, lalu mengadakan demonstrasi, tok guru mengecam dan mengutuk perbuatan itu.

Kalau tok guru boleh kecam dan kutuk rakyat sendiri mengadakan demonstrasi, begitulah rakyat di Kuala Lumpur. Mereka juga ada hak untuk kutuk dan kecam tok guru kerana merestui perhimpunan haram yang mencetuskan kekacauan sehingga beberapa anggota polis cedera.

Perhimpunan haram ‘Bersih 3.0’ Sabtu lalu diketuai oleh seorang wanita kafir berketurunan dan berbangsa India bernama Ambiga. Dalang di sebalik perhimpunan itu ialah seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup seks bebas sesama jenis.

Rekod peribadinya, pernah meliwat rakan sejenis dan melanggan pelacur. Impian dan cita-citanya cukup tinggi. Hendak menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri. Jika menjadi kenyataan, lelaki yang disanjung oleh tok guru ini akan melaksanakan dasar pintu terbuka kepada Yahudi dan zionis.

Dalam perhimpunan Sabtu lalu, majoriti yang menjadi lembu Ambiga ialah orang-orang Melayu. Golongan ini diketahui umum daripada mereka yang gagal mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa dan ada antaranya penyokong taksub tok guru.

Perhimpunan yang pada mulanya dirancang untuk duduk sebagai tanda bantah, tidak berakhir dengan aman. Sebaliknya bertukar menjadi ganas. Beribu-ribu manusia yang memakai baju kuning termasuk kumpulan yang ditaja oleh tok guru bertindak liar. Mereka melaung-laungkan kata-kata mengapi. Mereka membaling batu dan objek keras ke arah anggota polis.

Tidak cukup dengan itu mereka menyerang kereta polis, memecahkan cermin, naik ke atas bumbung kereta sambil melompat-lompat sehingga kenderaan itu kepek dan remuk. Tidak cukup dengan itu mereka menterbalikkan kereta berkenaan.

Tidak ada seorang pun menghalang. Malah semua yang hadir masing-masing ketawa. Ada yang turut menjadi tukang tambah. Tolong meremukkan lagi kenderaan itu. Inilah yang diucapkan tahniah oleh tok guru. Kononnya apa yang dilakukan kumpulannya itu suatu perbuatan yang baik.

Inilah perhimpunan haram dan kekacauan yang paling buruk pernah direkodkan setakat ini. Selain kereta polis, kereta persendirian, motosikal persendirian, bangunan-bangunan kedai, pejabat-pejabat, kompleks beli belah, pondok telefon awam dan landskap sekitar bandar raya Kuala Lumpur dirosakkan dengan teruk.

Inilah yang dikehendaki oleh tok guru, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang (sekadar menyebut beberapa nama) dalam pakatannya yang beriya-iya mahu merampas Putrajaya secara kekerasan.

Mereka kata, itu suara rakyat. Tetapi mereka belum melihat lagi suara rakyat yang sebenar. Mungkin mereka akan melihatnya dalam tempoh pemerintahan sebagai kerajaan. Di situ baru mereka sedar, langit itu tinggi.

Dalam memerhati kekecohan itu, mereka langsung tidak memikirkan nasib orang ramai yang berada di ibu kota mencari rezeki. Mereka langsung tidak memikirkan perasaan orang ramai yang datang ke Kuala Lumpur pada hari minggu hendak menghabiskan masa bersama keluarga. Dan mereka langsung tidak memikirkan masalah serta kesusahan orang lain yang mengharapkan suasana aman, harmoni dan sejahtera sepanjang berada di Kuala Lumpur.

Mereka ini hanya tersenyum riang setelah mendapat laporan mengatakan keadaan di Kuala Lumpur sudah kacau bilau dan huru hara. Mereka hanya ketawa berdekah-dekah tanda puas hati setelah penunjuk perasaan yang diupahnya mengamuk, menggila, memusnahkan dan merosakkan harta benda awam sehingga mencederakan orang ramai.

Tetapi mereka melenting marah apabila mendapat tahu anggota FRU menyembur air ke arah orang-orang upahan mereka kerana semburan itu menyebabkan orang-orang mereka basah kuyup dan kegatalan.
Mereka juga tidak bersetuju dan membuat bantahan kalau ada penunjuk perasaan yang dijadikan lembu cucuk hidung yang membuat kacau itu ditangkap polis. Mereka hanya akan melompat suka kalau ada anggota polis wanita ditolak dari motosikalnya sehingga cedera. Mereka suka dan gembira kalau ada anggota polis lelaki dicederakan orang-orang mereka.

Inilah yang mereka mahu. Mereka mahu menumbangkan kerajaan dengan cara kekerasan. Menghasut rakyat mengadakan demonstrasi secara haram. Menggalakkan penunjuk perasaan menghuru-harakan keadaan dengan membaling batu ke arah polis, ke arah tingkap bangunan dan menceroboh masuk mencuri barang-barang dalam bangunan kedai itu.

Mereka lebih suka keadaan seperti itu. Kalau setakat datang, duduk diam sambil kunyah kacang dan hisap rokok sebagai tanda bantah, tanpa melakukan apa-apa provokasi, lebih baik tidak perlu datang, atau lebih baik tidak perlu anjurkan perhimpunan haram.

Mereka mahu keadaan yang lebih panas, ibaratkan api marak seperti mencurahkan petrol. Meletup. Makin dicurah, api makin besar dan marak. Bagi mereka makin panas makin seronok, sebab yang menanggung kepanasan wap api, lemas asap tebal, sakit akibat cedera terkena benda-benda tajam adalah penunjuk perasaan, bukan diri mereka.

Mereka hanya tukang arah dan tukang atur. Kalau penunjuk perasaan tidak mampu melakukan apa yang dikehendakinya, mereka akan cari orang lain untuk melakukannya dengan upah yang tentunya lumayan. Mereka sanggup berbelanja besar. Mereka sanggup gunakan duit dalam jumlah yang banyak. Jangan fikir soal di mana duit itu diperolehi. Yahudi ada. Bangsa laknatullah ini sentiasa berada di belakang pembangkang.

Nik Abdul Aziz sendiri pernah kata, Yahudi tidak jahat. Yang jahat ialah bangsa.Nik Abdul Aziz bukan seorang pemimpin yang adil. Beliau bukan seorang ulama tulen yang harus dipuja puji oleh rakyat Kelantan. Apabila berlaku demonstrasi di Kelantan, yang membantah ketidakadilan kepimpinannya, beliau keji, maki dan hamun orang yang berdemonstrasi itu.

Tetapi kalau berlaku demonstrasi di luar Kelantan, melibatkan orang-orang pembangkang membantah kepimpinan Barisan Nasional (BN), beliau lekas-lekas memberi sokongan, malah mengeluarkan fatwa mengatakan demonstrasi itu wajib.

Jika terkena batang hidung, beliau gementar dan gemuruh. Beliau enggan melayan penunjuk perasaan secara aman itu dengan alasan, demonstrasi itu didalangi pihak tertentu. Siapakah pihak tertentu yang dimaksudkan Nik Abdul Aziz itu? Sebenarnya, tidak ada sesiapa pun. Itu hanya alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada berdepan dengan rakyat yang menunjuk perasaan.

Beliau berkata begitu untuk melegakan hatinya dan mahu mengatakan kepada orang ramai bahawa demonstrasi yang dilakukan oleh sekumpulan manusia di depan pejabat pentadbiran kerajaan negeri, Kota Darul Naim tidak boleh disamakan dengan demonstrasi haram anjuran ‘Bersih 3.0’ di Kuala Lumpur.

Beginikah pemimpin yang mengangkat dirinya sebagai pemimpin Islam? Kononnya mengetuai Islam untuk membawa perjuangan partinya ke landasan sebenar, tetapi jauh menyimpang daripada al-Quran dan Hadis.
Jauh panggang dari api. Nik Abdul Aziz tidak layak memimpin sebuah parti yang menggunakan slogan Membangun Bersama Islam. Islam tidak menggalakkan umatnya melakukan huru hara dan menderhaka kepada pemerintah, tetapi Pas menganjurkannya.

Oleh itu, beliau lebih layak duduk bersama-sama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam PKR iaitu parti yang menggalakkan hubungan sejenis (LGBT).

Selepas berlaku demonstrasi haram yang paling buruk pada Sabtu lalu, punggutan suara yang dilakukan dalam laman sosial facebook, laman twitter dan blog, majoriti rakyat negara ini tidak setuju dengan apa yang dianjurkan pembangkang. Lebih-lebih lagi mereka kesal dengan sikap Nik Abdul Aziz yang menggalakkan umat Islam berpecah belah.

Ada dalam kalangan mereka menyelar Nik Abdul Aziz yang sanggup mengadai maruah agama demi menunjukkan sokongan kepada Ambiga, yang diketahui umum adalah orang kafir dan rela menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim serta Kit Siang.

Macam-macam alasan. Macam-macam jawapan yang orang ramai lontarkan kepada Nik Abdul Aziz berhubung penglibatannya secara langsung dalam perhimpunan haram ‘Bersih 3.0’. Penulis tidak mahu paparkan kerana sudah tentu memalukan Nik Abdul Aziz sebagai orang tua yang sudah ke penghujung nyawa.

Ada yang mengatakan, selepas ini Nik Abdul Aziz tidak akan terkejut atau menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang hendak mengadakan perhimpunan secara haram dan demonstrasi di mana-mana lokasi di Kota Bharu.

Pihak penganjur berkata, mereka akan melakukan perhimpunan dan demonstrasi itu kerana menyahut fatwa Nik Abdul Aziz yang mengatakan berhimpun secara haram adalah Wajib. Tidak adil kalau Nik Abdul Aziz melenting marah kepada pendemonstrasi-pendemonstrasi ini kerana melakukan hal yang wajib, yang dianjurkan oleh Nik Abdul Aziz sendiri di Kuala Lumpur pada 28 April lalu.

Selepas ini mungkin Nik Abdul Aziz akan berasa seronok kerana akan berdepan dengan lebih kerap aktiviti demonstrasi dan perhimpunan haram di depan pejabat Kota Darul Naim, Kota Bharu. Tentu beliau akan turun bersama-sama pendemonstrasi itu untuk menunjukkan sokongan atau melepaskan gian.

Beliau tidak boleh memberi sebarang alasan lagi, kerana kalau beliau keluarkan fatwa wajib berhimpun secara haram di Kuala Lumpur, maka wajib juga sesiapa yang hendak berhimpun secara haram dan membuat kacau bilau di bandar raya Kota Bharu. Kita tengok apa reaksi Nik Abdul Aziz, adakah beliau berasa cemas atau gembira. Kalau beliau cemas, beliau patut tahu itulah perasaan yang dihadapi oleh orang ramai di Kuala Lumpur. - Oleh Manzaidi Mohd Amin (01 Mei 2012)



No comments:

Post a Comment