“Hukum boleh berubah mengikut keadaan…,”
kata Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud ketika mengulas hukum
orang Islam mengundi parti yang menentang Islam.
Tidakkah kenyataan ini boleh
mengelirukan umat Islam? Atau akan membuatkan orang bukan Islam ketawa
berdekah-dekah mengenai Islam?
Tidak bolehkah pemimpin Pas yang ‘warak’
ini tidak bercakap mengenai hukum hakam secara terbuka? Kerana kalau mereka
bercakap, hukum yang haram akan menjadi halal kalau terkena pada batang hidung
sendiri.
Ini yang dimaksudkan akan diketawakan
oleh orang bukan Islam dan umat Islam sendiri. Mereka tidak sangka hukum dalam
Islam boleh diubah-ubah mengikut keadaan.
Tanpa mengemukakan bukti daripada mana-mana
ayat al-Quran mahupun potongan Hadis, Mohamad Daud cuba memberi pandangannya
mengenai hukum, yang haram dihalalkan.
Reaksi spontan Mohamad Daud terhadap
DAP ini dibuatnya setelah beberapa ulama non-politik mengeluarkan kenyataan
haram mengundi parti DAP yang terang-terangan menolak hukum hudud.
Mohamad Daud dan seluruh kepimpinan Pas
lebih rela membelakangkan agama semata-mata mahu menjaga hati kawan baiknya,
DAP. Walaupun perbuatannya itu boleh memberi kesan kepada akidahnya. Itu mereka
kena tanggung sendiri kerana mereka lebih ‘warak’ daripada penulis yang ‘jahil’
ini.
Apa yang nak dipersoalkan di sini
ialah, sebelum ini Pas pernah berfatwa menuduh Umno kafir kerana suatu ketika
dahulu Umno menolak hudud ciptaan Pas. Sehingga sekarang walaupun Umno menyatakan
sokongannya terhadap hudud Allah, Pas belum mengubahkan hukumannya.
Tetapi berbeza dengan DAP – parti cina
semalaysia. Walaupun pemimpinnya mengecam tindakan Pas mahu melaksanakan hudud,
Pas tetap membelanya. Sebaliknya, Umno yang terkena tempias daripada penolakan
hudud Pas oleh DAP.
Kata-kata Mohamad Daud, kononnya
hukuman haram terhadap Umno tetap kekal, tidak boleh diubah-ubah disebabkan
dasar kerajaan BN bercanggah dengan tuntutan agama Islam. Dengan itu, ia
dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan yang diterajui Umno itu.
Perbezaan pendapat mengenai hukum Islam
yang diamalkan dan dilaksanakan oleh Pas ini dianggap bahaya. Bahaya kepada
Islam kerana orang bukan Islam akan menganggap Islam bukan agama sebenar yang
diturunkan Allah.
“Mereka
(UMNO, BN) tolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud, selain banyak kepincangan
yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan
sebagainya.
“Maka kerajaan seperti ini mesti
ditolak. Tanggungjawab kita sebagai pejuang Islam tidak boleh terus membiarkan
kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku,” kata Mohamad Daud mengulas
kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari
Jahaya yang dilaporkan sebagai berkata, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC
kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi, yakni tidak membaea
sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya.
Manakala Ketua Pembangkang yang juga
Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai
pelampau agama kerana menggalakkan pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang
disifatkan sebagai mewujudkan konflik agama.
Anwar berkata demikian bagi mengiyakan teguran
Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap akhbar Utusan Malaysia, yang dilaporkan
mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas ke
atas Utusan Malaysia dengan tidak membenarkan lagi akhbar arus perdana itu
meneruskan kempen mengecam DAP yang menolak hudud dan pelaksanaan negara Islam.
“Adakah mereka mahu wujudkan ‘religious
conflict’ di Malaysia?” tegas Kit Siang. Oleh itu, katanya, Perdana Menteri
perlu ambil tindakan, jangan benarkan Utusan Malaysia, akhbar Umno itu
meneruskan kempennya.
Amaran dan teguran Anwar serta Kit
Siang ini sepatutnya dikeluarkan sejak 20 tahun lalu lagi, kerana ketika itu
Pas yang cuba mewujudkan konflik agama terhadap Umno, MCA dan MIC. Tetapi itu
tidak berlaku kerana ketika itu Anwar masih dalam Umno dan Kit Siang pula belum
menjadi sahabat kepada Pas.
Beginilah pemimpin Islam (Anwar) dan
pemimpin DAP (Kit Siang). Siang malam berpolitik. Dan Anwar pula nak tunjukkan
beliau berpengetahuan agama cuba menegur dan memberi amaran keras kepada Umno.
Hukum hakam agama bagi pemimpin Pas dan
PKR boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Kalau memihak
kepada mereka, semuanya halal. Kalau tidak memihak kepada mereka, hukumnya…. harammmm.
Sehingga kini rakyat beragama Islam
negara ini tertanya-tanya, fahaman apa yang pemimpin Pas amalkan. Kalau Islam,
mazhab apa dan siapa nabi mereka. Kekeliruan ini timbul setelah mereka melihat
dan mengamati perbuatan dilakukan pemimpin Pas selalu bercanggah dengan apa
yang mereka pelajari mengenai Islam dan agama.
Lebih mengelirukan apabila Pas menuduh
Umno kafir kerana kononnya dasar kerajaan BN yang diterajui Umno bercanggah
dengan tuntutan agama Islam. Sedangkan umum tahu hampir seratus peratus dasar
yang ada, berkait rapat dengan Islam dan menepati hukum-hukumnya.
Pas kata Umno mengamalkan rasuah. Dalam
pentadbiran dan parti Pas pun ramai pemimpinnya menerima rasuah dan memberi
rasuah. Nik Aziz sendiri pun terima rasuah berdasarkan sikapnya tidak menegur
seorang tauke syarikat mahu menajanya sekeluarga menunaikan haji.
Hanya apabila perbuatan rasuah itu
pecah tembelang, baru Nik Aziz tolak. Alasannya, beliau ‘tidak tahu’ pun itu
rasuah. Begitu juga ketika kempen pilihan raya kecil Manik Urai. Nik Aziz
menghulurkan duit dalam lipatan yang kecil kepada seorang Orang Asli.
Apa tujuan Nik Aziz beri duit itu?
Kalau tidak rasuah? Kenapa duit dilipat kecil-kecil? Kenapa tidak dihulurkan duit
itu dalam bentuk sekeping tanpa dilipat? Semuanya ada makna, tujuan, muslihat
dan matlamat.
Kita mengambil juga kes seorang bekas
ADUN Pas. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai harta bernilai
lebih RM3 juta. Ini didedahkan sendiri oleh bekas isterinya yang menuntut hak
sepencarian setelah diceraikan.
Darimana bekas wakil rakyat Pas itu
dapat duit sebanyak itu dalam hanya empat tahun
menjadi wakil rakyat? Kalau tidak kerana mengambil duit rakyat dan tidak
mengamalkan hukum Islam sebenar. Kenapa perbuatan ini tidak disamakan dengan
Umno, kafir?
Kerana mereka adalah Pas. Apa sahaja
yang Pas buat, semuanya halal dan tak apa. Hatta, berkhalwat dengan isteri
orang pun, Pas menjatuhkan hukum tidak bersalah, apatah lagi berzina dengan
isteri orang, Pas boleh kata, “Allah sudah mengampunkannya”. Wallahua’lam.




No comments:
Post a Comment