Sunday, 24 March 2013

Isu kalimah ‘Allah’, Pas PKR masih bercanggah


Kalaulah pemimpin Umno yang keluarkan kenyataan memberi sokongan atau membenarkan penganut kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible berversi Melayunya, rasanya tak cukup dunia pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai Pas dan pembangkang bising.

Tak cukup sejuta, ditambahnya dua juta kecaman, kutukan, kejian, cacian dan makian dihamburkan. Macam-macam ayat yang tak sedap didengar dan tak sesuai dicakapkan akan mereka lemparkan kepada pemimpin Umno, sebagaimana isu hudud.

Tetapi, oleh kerana kenyataan menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’ itu keluar dari mulut pemimpinnya, maka senyap sunyi bagaikan ditelan burung garuda. Tak bunyi langsung. Tidak kedengaran langsung suara kutukan, kejian, makian dan cacian dilemparkan kepada Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim.

Bahkan, segelintir pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai Pas dan pembangkang mengiyakan apa saja yang dipersetujui oleh keempat-empat makhluk laknatullah ini, walaupun ia berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam.

Malah, mereka-mereka ini membela dan memberikan hujah-hujah bodoh yang tidak masuk akal semata-mata untuk menegakkan benang basah dan menutup kelemahan serta kemaluan keempat-empat pemimpin laknatullah ini.

Tok Janggut berasa amat kesian, terutama kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih kesian kepada para pencacai Pas dan pembangkang yang menurut apa saja kata-kata pemimpin mereka ini dengan mata dan hati yang buta, telinga yang pekak tuli dan mulut yang bisu.

Sejahil-jahil Tok Janggut yang tak pernah seumur hidup sekali pun menjejakkan kaki ke universiti, baik dalam mahupun luar negara, yang hanya belajar agama di pondok-pondok buruk dengan tok-tok guru yang tidak ada sijil atau ijazah akademik pun, tahu yang mana halal, yang mana haram, yang mana boleh guna dan yang mana tak boleh guna.

Tetapi, Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim yang bangga dengan pengajian ijazah, sarjana dan master akademiknya dari universiti dalam dan luar negara, masih ada lagi kekurangan yang amat nyata dalam diri mereka, iaitu jahil dalam pengetahuan agama.

Jelas dan nyata, tujuan mereka ini menceburi politik, bukan untuk menegakkan agama, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan politik. Umpama orang jahil memegang kitab al-Quran tanpa mengambil wuduk terlebih dahulu. Bagi mereka, setakat pegang kulit kitab itu tidak mengapa walaupun tidak ada wuduk. Beginilah pegangan mereka ini.

Apabila orang ramai tertanya-tanya, bolehkah memegang kitab al-Quran tanpa wuduk, mereka akan jawab, “aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Aku kan tok guru. Aku kan tuan guru. Aku kan ustaz. Aku belajar di universiti India, universiti oxford, universiti al-Azhar dan universiti-universiti di negara Arab seperti Mesir, Mekah, Syria, Libya, Jordan, Sudan dan macam-macam lagi. Kamu apa tahu?

Lantaran sikap takbur, ego, riak dan bongkak itulah Allah menurunkan bala kepada pencacai Pas dan pembangkang dengan  memberikan pendapat berbeza antara satu sama lain. Antaranya, selepas Majlis Syura Pas mengeluarkan ‘fatwa’ melarang orang kafir menggunakan kalimah ‘Allah’, tiba-tiba orang kuat PKR, Azmin Ali membantahnya dan tetap bertegas mengatakan boleh guna.

Karpal Singh pun keluarkan kenyataan minta Majlis Syura Pas mengikut keputusan Majlis Pakatan Rakyat yang membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan dalam kitab Bible versi Melayu. Dua kenyataan daripada dua pemimpin kanan PR ini menyebabkan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam dilema dan tertekan. Dalam hati mungkin rasa bersalah kerana membuat keputusan yang tidak memihak kepada rakan kafirnya, tetapi sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebab Majlis Syura Pas sudah berfatwa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyifatkan Pas seperti sarkis. Tidak ada pendirian yang tetap. Kemudian orang kanan Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar pula menyabar Dr Mashitah supaya BN juga keluarkan pendirian mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’.

Kata Mahfuz, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu menyatakan pendirian masing-masing. Apa yang Tok Janggut hendak beritahu kepada Mahfuz, parti-parti komponen BN tidak ada masalah. Mereka faham dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Mereka tidak pernah desak sebagaimana DAP mendesak PKR dan Pas sehinggakan Pas terus menyetujuinya.

Setakat ini isu kalimah ‘Allah’ belum selesai sepenuhnya. Masih ada tekanan daripada DAP dan PKR serta segelintir parasit Pas yang menyokong ideologi Anwarisme. Mereka ini yang memberi tekanan mental kepada Nik Aziz dan Hadi Awang supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Pas dan Nik Aziz serta Hadi Awang dilihat tidak mahu membuat kenyataan secara tergesa-gesa lagi, takut ia memakan diri sendiri kerana sudah membuat kenyataan melulu di awal isu kalimah ‘Allah’ ini dibangkitkan.

Nik Aziz dan Hadi Awang telah banyak membuat kesilapan dalam perjuangannya menegakkan Islam. Setiap ‘fatwa’ mereka sentiasa dilihat bercanggah dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada mufti-mufti, ilmuwan dan cerdik pandai agama. Malah, setiap ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh dua pemimpin ini sentiasa pula berbaur politik, tidak pernah dikeluarkan demi menegakkan agama Islam.

Bahkan, ketika Nik Aziz mengumumkan keputusan Majlis Syura Pas yang membuat ketetapan bahawa orang kafir tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’, Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang tanpa rasa malu atau rasa bersalah, mengumumkannya kepada khalayak. Tetapi apabila ditanya wartawan mengenai pendiriannya sebelum ini, dia berdiam diri. Itulah tanda ketidakcerdikannya. Bercakap tanpa merujuk kitab al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.

4,000 hektar untuk 1,666 penduduk


Tok Janggut sudah buat kiraan Matematik berhubung jumlah keluasan tanah yang diberikan oleh kerajaan Pas pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada dua pemimpin Cina DAP Perak, Nga dan sepupunya Ngeh itu.

Pada perkiraan Matematik Tok Janggut, jumlah 4,000 hektar kalau dibahagikan kepada 2.4 hektar, akan keluar 1,666. Dan angka 1,666 ini bukan hektar atau ekar, tetapi bilangan, iaitu jumlah orang yang sepatutnya mendapat tanah itu.

Malangnya, Nik Aziz telah berikan tanah seluas 4,000 hektar yang penuh dan padat dengan pokok balak itu kepada Cina luar Kelantan. Sedangkan, mengikut perkiraan Tok Janggut, kalau jumlah 4,000 hektar itu dipecahkan lot, ia boleh dimanfaatkan kepada seramai 1,666 orang penduduk miskin.

Cuba bayangkan atau gambarkan wajah setiap rakyat miskin jika kerajaan negeri menganugerahkan setiap mereka 2.4 hektar atau enam ekar tanah itu untuk dimajukan dengan pelbagai jenis aktiviti pertanian. Tentulah ceria dan tidak ada kata bahasa nak diungkapkan, betapa gembiranya mereka.

Itu adalah jumlah yang Tok Janggut tahu telah diberikan secara susut-susut (menyorok) oleh kerajaan Pas kepada orang Cina Perak. Jumlah yang tidak diketahui, yang telah diberikan kepada orang luar sejak tahun 1990 sehingga kini, barangkali mungkin mencecah puluhan ribu hektar atau ratusan ribu hektar.

Cubalah buat perkiraan sendiri dari puluhan ribu hektar itu dibahagikan kepada 2.4 hektar. Dah berapa belas ribu rakyat miskin bebas dari belenggu kemiskinan. Rakyat yang hidupnya susah ni tak perlukan tanah yang luas sehingga berpuluh-puluh hektar untuk dimajukan. Beri seluas 2.4 hektar bersamaan enam ekar seorang pun sudah lebih dari cukup untuk mereka tampung dan sara keluarga sepanjang hayat.

Sebenarnya, cukup mudah untuk kerajaan nak tingkatkan ekonomi rakyat. Guna otak dan ambil kiraan Tok Janggut ini untuk diterjemahkan dalam mesyuarat mingguan Exco. Tetapi, kalau otak sudah beku, kalau mata asyik nampak duit jutaan ringgit, cakap apa pun mereka tak akan dengar.

Orang tua-tua kata, “air tenang jangan sangka tak ada buaya”. Tok Janggut pula kata, “jangan sangka berserban berkopiah itu tanda zuhud dan alim”. Biasanya, orang ‘zuhud’ dan ‘alim’ dalam Pas ini yang bahaya. Mereka bijak menggunakan kata-kata untuk menunjukkan kewarakan. Padahal, kata-kata warak itu adalah ungkapan iblis.

Iblis inilah yang menguasai diri pemimpin Pas sekarang, sehinggakan mereka tidak nampak langsung penderitaan rakyat di negeri sendiri. Apa yang mereka nampak ialah kemewahan yang mudah diperolehi daripada rakan-rakan kafir dari luar sana, dengan hanya menggadaikan bumi tercinta ini.

Sedihlah kalau yang sepatutnya mendapat tanah itu adalah rakyat miskin, tetapi secara dalam kenyataannya menjadi hak milik sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Nga dan Ngeh, Cina DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Pada Pas, perbuatan ini bertepatan dengan slogannya “Membangun Bersama Islam”, “Pas For All” dan “Negara Berkebajikan”. Maksud manifesto pun sudah diubahsuai, iaitu daripada janji pilihan raya kepada bukan janji pilihan raya.

Rakyat Kelantan kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas yang menyamar warak dan alim. Rakyat Kelantan telah diperbodohkan mentah-mentah sehingga ada antaranya tang taasub kepada pemimpin kanan Pas sanggup berbuat apa saja, asalkan pada sangkaan mereka, apa yang dilakukan oleh pucuk kepimpinan itu ‘menurut landasan agama’.

Jadi, Tok Janggut tak rasa peliklah kalau tiba-tiba rakyat bangkit dan bantah menuntut penjelasan daripada Nik Aziz berhubung pemberian tanah balak itu kepada DAP yang anti-Melayu, anti-Islam itu, kerana sewajarnya mereka berbuat demikian kerana itu hak mereka.

Sebagai rakyat, mereka adalah pemilik bumi Kelantan. Mereka ada hak ke atas harta itu. Nik Aziz dan konco-konconya yang berkopiah dan berserban hanya diberi amanah oleh rakyat melalui pilihan raya empat tahun sekali untuk menjaganya.

Apabila Nik Aziz diberi kepercayaan memikul tanggungjawab menjaga harta benda rakyat, makanya Nik Aziz perlu amanah dalam menjaganya. Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya menyeleweng sesuka hati. Memberi tanah kepada siapa yang dia suka.

Nik Aziz tidak boleh buat begitu. Beliau tidak boleh hakis kepercayaan rakyat atas ‘kezuhudan’ dirinya dengan membelakangkan amanah rakyat. Sungguhpun banyak lagi penyelewengan yang dilakukan, yang tidak disedari atau tidak diketahui oleh rakyat, tetapi Allah Maha Melihat segalanya.

Apabila bercakap soal amanah, tiada siapa pun rela atau sanggup melihat tanah air mereka digadai atau diberikan kepada orang asing begitu sahaja. Walaupun pemberian itu dikategorikan sebagai tanda terima kasih atas ‘pertolongan’ atau ‘bantuan’ orang-orang kafir pada pilihan raya umum sebelumnya.

Hatta Nik Aziz sendiri pun Tok Janggut rasa akan tercabut kopiah dan serbannya kalau dapat tahu tanah miliknya di Pulau Melaka telah diberi pajak kepada orang-orang Cina DAP atau kepada pihak yang bukan suku sakat darah daging Cik Siti Wan Kembang.

Tok Janggut tak boleh bayangkan bagaimana rupa bentuk muka Nik Aziz yang mengamuk sakan macam orang kena rasuk kalau dia dapat tahu tanahnya atau mana-mana tanah wakaf di Pulau Melaka diberi pajakan selama 100 tahun kepada orang Cina. Cina DAP.

Jangan pikul dosa kering dengan janji tak tepati


Sebelum Tok Janggut memulakan topik minggu ini, terlebih dahulu Tok Janggut nak menyusun jari mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan orang-orang politik sama ada yang masih bernyawa mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat tahun baru juga Tok Janggut ucapkan kepada pembaca dan orang-orang politik, terutama tok guru. Semoga tahun baru 2013 akan memberi banyak kesedaran dan keinsafan kepada tok guru dalam berpolitik.
Dan semoga juga tok guru sedar dan insaf bahawa berpolitik sebenarnya banyak menghimpunkan dosa-dosa kering dan dosa-dosa basah yang tak terpikul oleh tok guru atas apa yang tok guru lakukan seperti mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya menjaga serta membela rakyat.
Tok Janggut kata begitu kerana Tok Janggut teringat akan kata-kata Ayah Sin (Tan Sri Hussein Ahmad) suatu ketika dahulu. Ayah Sin kata, pemimpin yang berjawatan rendah, dosanya kecil dan sedikit berbanding orang politik yang berjawatan tinggi dan besar.
Ayah Sin membuat contoh, katanya, dosa ADUN agak kecil kerana seseorang ADUN tak boleh menipu besar. Seorang Exco, dosanya besar sikit daripada seorang ADUN sebab segala keputusannya dalam menabur janji kepada rakyat perlu mendapat restu daripada MB.
Begitu juga dosa seorang Timbalan Menteri Besar. Dosanya besar sikit daripada dosa yang dipikul oleh Exco sebab seperti diketahui umum, seorang timbalan menteri besar hanya menjadi pak turut kepada menteri besarnya.
Oleh itu, jelaslah tahap dosa yang akan dipikul oleh seorang menteri besar. Besarnya dosa seorang menteri besar adalah lebih besar daripada dosa yang dipikul oleh seorang ADUN, seorang Exco dan seorang timbalan menteri besar.
Tok Janggut sangat takut akan dosa yang besar. Sebab itu pada Tok Janggut, kalau tak jadi pemimpin politik pun tak apa. Pemimpin yang munafik kepada rakyat, rakyat tak akan memaafkan kita sampai bila-bila dan selagi rakyat tidak memaafkan kita, selagi itulah kita akan memikul dosa, walaupun 100 tahun atau 1000 tahun kita beramal.
Tok Janggut bukan nak tunjuk pandai pasal agama, pasal hukum hakam agama, tetapi Tok Janggut sekadar nak beri peringatan kepada pemimpin politik terutama yang berjawatan tinggi supaya dalam memimpin kena ingat dosa pahala.
Jangan anggap kita mengajar agama setiap pagi Jumaat, kita tak ada dosa. Jangan anggap hukum yang kita lafazkan itu berasaskan daripada pengetahuan yang kita miliki. Nak bergelar tok guru tak boleh sumpah seranah, maki hamun, memfitnah atau menuduh orang lain jahil atau kafir.
Nak jadi tok guru juga kena tahu cara berdakwah. Kena berbuat baik kepada rakyat yang sama agama dan sama bangsa dengannya. Juga kena pastikan rakyat beragama Islam dan berbangsa Melayu mendapat segala kebaikan dan kebajikan. Bukannya bila bergelar seorang tok guru, rakyat bukan seagama yang diutamakan.
Seorang tok guru juga tak boleh menyimpan dendam atau berdendam. Tok guru kena sentiasa senyum, kena sentiasa bersabar, peramah, pengasih dan penyayang, bukan bercakap macam murai tercabut ekor bila rasa tak puas hati kepada seseorang. Bukan bercakap merapu hingga tergelincir daripada landasan seorang yang alim, warak dan zuhud bila tak puas hati kepada seseorang.
Tiap masa dan ketika bercakap mengenai Allah dan Nabi Muhammad, tetapi perbuatan dan sikap menunjukkan seolah-olah tidak kenal Allah dan Nabi Muhammad. Langsung tidak mencerminkan diri seorang sebagai tok guru.
Sedihnya Tok Janggut dapat seorang tok guru macam ni hinggakan Tok Janggut rasa malu nak mengaku berasal dari negeri Serambi Mekah. Malu dengan sikap dan perangai tok guru, yang bercakap seperti tak tahu agama. Suka menuduh. Suka mencaci maki dan suka berjanji palsu.
Sebagai seorang beragama Islam, bila Tok Janggut kaji sejarah pemerintahan tok guru sejak tahun 1990 sehingga tamat penggal PRU 12 ini, Tok Janggut berasa amat sedih sekali. Sedih kerana banyak tanah-tanah rizab Melayu sudah dijual dan diberi pajakan kepada orang bukan Islam.
Tanah-tanah hutan yang kaya dengan hasil balak, emas, timah dan tembaga diberikan kepada orang bukan Islam, kononnya mereka ini yang dapat ‘usahakan’ menjadi duit. Dan duit itu pula, kononnya akan masuk ke poket kerajaan negeri untuk pembangunan.
Kalau betul itu yang berlaku, taklah Tok Janggut persoalkan, tetapi yang berlaku ialah tanah-tanah yang diberikan kepada orang bukan Islam itu adalah hak rakyat. Dan ‘hasil’ yang dikatakan masuk ke poket kerajaan negeri itu hanya 000.001 peratus daripada kekayaan yang orang bukan Islam dapat.
Negeri berkebajikankah macam ni, kalau rakyat hidup merempat? Negeri Islamkah macam ni, kalau rakyat hidup merana dan miskin? Tanah-tanah yang diteroka dan diusahakan oleh rakyat dengan tanam-tanaman dirampas, diambil balik dan diberikan kepada orang bukan Islam?
Tok Janggut tak tahu apa ada dalam pemikiran tok guru. Mengabaikan rakyat sendiri, mengutamakan kroni dan rakan-rakan bukan Islam. Kalau dalam pemikiran Tok Janggut yang sempit ini, mudah saja Tok Janggut buat keputusan... Itu adalah perbuatan menyalahgunakan kuasa. Apa yang Tok Janggut nampak ialah tok guru telah menggunakan kuasanya untuk menyusukan kera di hutan, sedangkan anak sendiri dibiarkan kebuluran.
Dan perangai tok guru ni pula amat buruk sekali. Setiap kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan, kalau didedahkan oleh rakyat, mulalah keluarkan kenyataan berbaur ugutan. Nak saman. Itulah jawapannya untuk tutup kes atau isu berkenaan dipanjangkan.
Tak ‘gentlemen’ langsung. Sepatutnya, bila kita dah buat salah, biarlah rakyat ungkit dan bangkit. Atau pun jawablah secara profesional, biar rakyat tahu apa yang kita buat tu betul dan apa yang rakyat anggap tak betul tu ‘betul’. Bukannya tutup mulut rakyat dengan ugutan nak saman.
Kalau macam ni, sedaplah jadi menteri besar. 100 tahun pun boleh jadi menteri besar. Buat silap… “ikut akulah… engkau tahu apa… engkau peduli apa…”. Rakyat langsung tak boleh nak ungkit. Kalau ungkit juga, tunggulah surat saman dari ‘loyer’ akan sampai. Akhirnya rakyat terkontang kanting dengan seribu satu pertanyaan.
Tok Janggut tabik dengan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof yang yakin dan percaya rakyat masih keliru serta tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.
Tanah tu hak milik kerajaan negeri Kelantan atau dengan lain perkataan, hak milik rakyat Kelantan. Tetapi 4,000 hektar daripadanya telah diberikan kepada orang bukan Islam yang tinggal luar dari Kelantan. Macam tak ada orang Kelantan yang nak diberikan tanah tu. Orang bukan Islam dari parti DAP juga diberinya.
Isu inilah, bila rakyat Kelantan ungkit, tok guru ugut nak saman. Mudahnya tok guru takutkan rakyat. Tak baik tok guru buat macam tu. Kalau kita dah terbuat silap, biarlah rakyat lepaskan amarahnya. Lagipun, rakyat ada hak nak tanya, nak tegur dan nak marah dengan sikap baik hati tok guru kepada Cina DAP itu.
Tok guru seharusnya lebih profesional. Cuba tok guru tengok pemimpin Umno yang kena fitnah. Ada pemimpin Umno ugut nak saman? Contohnya, orang-orang yang sama waktunya dengan tok guru tuduh perdana menteri bunuh altantuya. Ada perdana menteri ugut nak saman?
Contohnya lagi, orang-orang yang juga sama waktu dengan tok guru tuduh bini perdana menteri beli cincin berlian harga puluhan, malah ratusan juta ringgit, ada bini perdana menteri ugut nak saman? Tak ada pun. Bahkan, perdana menteri dan bininya ‘steady’ je dengan tuduhan itu. Kenapa mereka berdua ‘steady’? Sebab mereka tak buat. Apa nak takut… nak kecoh… nak saman? Berani kerana benar.
Tok guru pun harus macam perdana menteri dan bininya jugalah. Kena sentiasa ‘steady’, bukan gelabah tak tentu pasal dan ugut nak bawa ke mahkamah. Mana kejantanan tok guru?

Melayu merempat, menjadi kuli di negeri sendiri


Tahun 80-an dulu Tok Janggut berusia 20-an. Dah bekerja. Dah ada gaji dan pendapatan. Cuma di awal usia tu Tok Janggut belum kahwin lagi. Sebabnya, mak dan ayah Tok Janggut pesan, kalau nak kahwin, kena ada simpanan dulu.

Bagi orang tua, simpanan yang mereka maksudkan mesti ada rumah sendiri dulu. Mesti ada kereta sendiri dulu dan mesti ada pendapatan tetap dulu baru boleh fikir soal kahwin. Nak berumah tangga dan nak pelihara anak perempuan orang.

Alhamdulillah, di akhir tahun 80-an, berkat usaha gigih Tok Janggut bekerja dan simpan duit, dapatlah Tok Janggut beli sebuah rumah kos sederhana pada kadar harga RM32,000 dan sebuah kereta terpakai.

Maknanya, dengan adanya rumah sendiri dan kereta sendiri, Tok Janggut telah layaklah nak mendirikan rumah tangga. Lihat keadaan Tok Janggut yang dah stabil, mak dan ayah Tok Janggut pun restulah Tok Janggut berbini.

Di akhir tahun 80-an jugalah Tok Janggut bernikah dan sehingga kini dikurnikan enam orang anak. Alhamdulillah. Syukur. Tiga daripada anak Tok Janggut pun dah besar-besar dan dah ada pendapatan masing-masing. Cuma tiga lagi masih bersekolah.

Sedari anak dah besar-besar, Tok Janggut pun gunalah nasihat mak ayah Tok Janggut kepada anak-anak Tok Janggut. Suruh mereka beli rumah dan beli kereta sebagai persediaan masa depan kalau-kalau dah ada hati nak berbini.

Bila sebut pasal beli rumah, anak-anak pun merungutlah. Mereka kata, masa zaman ayah dulu bolehlah beli rumah kos rendah harga RM25,000 dan rumah kos sederhana RM32,000. Di zaman 90-an hingga 2000-an ni mana ada lagi rumah macam tu.

Mereka kata lagi, yang ada sekarang ni rumah-rumah teres semuanya harga RM75,000 ke atas seunit. Rumah Semi-D harga RM150,000 ke atas seunit dan rumah banglo harga paling murah pun antara RM250,000 ke RM450,000 seunit. Mana mampu.

Tok Janggut terfikir. Iya tak iya jugak. Tok Janggut perasan, sejak tok guru ambil alih Kelantan tahun 1990, semua projek pembinaan rumah kos rendah berharga RM25,000 dan kos sederhana berharga RM32,000 seunit dah tak ada lagi dah. Yang ada pembinaan rumah kos sederhana berharga RM75,000 ke atas.

Maknanya Tok Janggut antara manusia Kelantan yang bernasib baiklah dapat beli rumah ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) perintah. Kalau Tok Janggut buat tak peduli masa umur 20-an dulu, gerenti sampai sekarang pun Tok Janggut tak mampu beli rumah dalam zaman Pas perintah.

Kenapa jadi begitu? Siapa yang mampu beli rumah sempit, walaupun tiga bilik dengan harga RM75,000? Kalau tidak orang bukan Melayu. Orang bukan Islam. Jadi, apa motif kerajaan Pas Kelantan menghapuskan projek rumah kos rendah dan kos sederhana?

Apakah dengan memperkenalkan skim rumah mampu milik, orang Melayu, orang Islam mampu membelinya pada harga RM150,000 ke atas seunit? Ini nak mampus orang Melayu, nak mampus orang Islam namanya.

Seperti yang didedahkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, bahawa kerajaan Pas Kelantan banyak meluluskan tanah untuk pembinaan rumah, tetapi kelulusan itu khusus untuk membina rumah jenis kondominium yang pastinya tidak mampu dibeli atau dimiliki oleh orang Melayu, orang Islam.

Sejak 1990 sehingga kini, jarang nampak kelibat Melayu, kelibat orang Islam tinggal di rumah-rumah yang dibina pada zaman Pas memerintah. Boleh dikatakan, dalam 150 unit, hanya seorang atau dua orang sahaja muka Melayu beragama Islam. Selebihnya wajah-wajah sepek.

Tok Janggut berasa amat sedih dengan perkembangan ini. Ia berlaku di Kelantan. Di negeri yang kononnya diperintah oleh kerajaan Islam. Apa Islamnya kalau tanah rizab Melayu telah dijual, digadai dan dipajak kepada bukan Melayu.

Apa Islamnya kalau orang Melayu, orang Islam hidup merempat di negeri sendiri. Menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu dan kaum bukan Islam.

Begitu juga dengan tanah. Tok Janggut nak ceritakan kisah bapa saudara Tok Janggut yang mendapat kebenaran daripada bekas MB dulu, Allahyarham Datuk Asri Muda untuk meneroka tanah di ulu Kelantan.

Selama 40 tahun bapa saudara Tok Janggut meneroka, bercucuk tanam dan mendirikan rumah kediaman di atas tanah seluas enam ekar, tetapi sehingga kini tanah itu belum diberi hak milikkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Maka bergelarlah bapa saudara Tok Janggut itu sehingga sekarang dengan panggilan Peneroka Haram.

Namun, apa yang mengejutkan Tok Janggut, iaitu selepas mengikuti sesi perbahasan Bajet 2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, seorang wakil rakyat BN mendedahkan kerajaan Pas Kelantan telah menganugerahkan tanah seluas 4,210.4 hektar bersamaan lebih kurang 105,000 ekar kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.

Kenapa Tok Janggut sebut nama syarikat dari Perak ni? Kerana dua ekor pengarah syarikat ini ialah pemimpin kanan DAP Perak, iaitu Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Kedua-dua Cina ini berasal dari Perak, tetapi mendapat tanah yang begitu luas daripada Kerajaan Pas Kelantan.

Siapa tak sedih kan. Rakyat sendiri yang berbangsa Melayu, beragama Islam usaha lebih 40 tahun tanah hutan seluas enam ekar, sampai sekarang belum dapat hak milik, tetapi Cina DAP Perak, yang tak ada kena mengena dengan darah daging Melayu dan Islam, senang-senang mendapat tanah yang cukup luas. Boleh buat 10 lapangan terbang.

Sedihkan. Tapi, itulah hakikatnya kerajaan Pas Kelantan lakukan terhadap rakyatnya.

Tok Janggut difahamkan, penganugerahan tanah seluas lebih 4,000 hektar kepada Cina DAP itu dikatakan sebagai habuan kerajaan Pas Kelantan kepada DAP Perak kerana melantik Adun Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pas menjadi MB Perak untuk selama 11 bulan.

Sebagai tanda terima kasih kepada Cina DAP itu, maka kerajaan Pas Kelantan pun berkata, “ambiklah tanah yang ‘tak seluas mana ini’ (di Kelantan) sebagai balas jasa.

Tok Janggut termenung seorang diri memikirkan apa lagi akan menimpa nasib bangsa Melayu, umat Islam Kelantan pada masa akan datang. Dahlah nak milik rumah, tidak mampu beli. Teroka tanah selama 40 tahun pun dinafikan hak milik.

Dengan itu, marilah kaum kerabat Tok Janggut di Kelantan. Ajaklah anak-anak yang cari rezeki di perantau, balik kampung memberi undi kepada kerajaan BN pada PRU 13 ini supaya tanah seluas lebih 4,000 hektar yang diberikan kepada Cina DAP itu dapat ditebus semula.

Supaya ‘peneroka haram’ yang usaha tanah hutan selama setengah abad mendapat hak milik dan supaya skim rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik benar-benar dilaksanakan menepati kemampuan sebenar rakyat Kelantan.

Tok Janggut nak ajak kaum kerabat Tok Janggut, marilah kita memajoritikan bangsa Melayu, umat Islam dalam pemilikan rumah, tanah, perniagaan dan pekerjaan di tanah kelahiran sendiri. Bukan lagi hidup merempat dan menjadi hamba.