Umum tahu Pas mula memerintah dan mentadbir Kelantan sejak menang pilihan raya umum tahun 1990. Selepas itu, dalam tiga lagi siri pilihan raya umum pun memberi kemenangan mutlak kepada Pas.
Kalau diconggak-conggak, sehingga hari ini, usia
pemerintahan Pas di Kelantan telah mencecah selama 22 tahun. Kalaulah anak manusia
yang dilahirkan pada tahun itu, tumbesarannya dah semakin meningkat dewasa pun.
Biasanya, kalau manusia yang dilahirkan itu perempuan, dah
lama dia dilamar manusia lelaki untuk dijadikan suri rumah atau
sekurang-kurangnya manusia perempuan itu sudah pun bekerja.
Jadinya di sini, apa yang Tok Janggut nak gambarkan ialah 22
tahun ini adalah suatu jangkamasa yang lama, yang menentukan kematangan seseorang,
lebih-lebih lagi pemimpin dan pemerintah.
Itulah yang Tok Janggut nak kaitkan dengan kepimpinan seorang
tua yang menggelarkan dirinya sebagai ‘tok guru’. Sudah 22 tahun beliau
memimpin parti yang kononnyalah memperjuangkan Islam dan dalam pentadbiran
negeri, dia adalah MBnya.
Di awal pemerintahannya, ‘tok guru’ ni cuba tunjuk sifat
wasatiyahnya. Tak mahu duduk di rumah rasmi di JKR 10, kerana nak jimatkan duit
kerajaan. Nak duduk di rumah sendiri saja. Sebabnya, segala peruntukan untuk
program boleh digunakan untuk lebarkan laman, buat pagar baru, besarkan ruang
tamu dan sebagainya, barulah ‘jimat’ duit rakyat. Rumah pun lama-lama jadi
besar.
Begitu juga mula-mula pegang jawatan MB. Umum tak nak guna
kereta mewah sebagai kereta rasmi. Cukup dengan guna kereta buatan Malaysia
saja. Kononnya, dapat jimatkan ratusan ribu ringgit duit rakyat. Tapi tak
sampai setahun, Proton Saga bertukar kepada Mercedes. Jimat kepala hotak apa
macam tu tok guru?
Kemudian umum pejabat kerajaan negeri akan beroperasi di
Bangunan Kota Darulnaim, iaitu bangunan yang dicipta dan dibina oleh ‘Umno
murtad’. Nak tunjuk betapa zuhudnya tok guru, solat pun tutup lampu, sebab nak
jimatkan elektrik.
Tapi peliknya, nak naik ke pejabat, guna lift. Tak mahu
panjat tangga. Takut nafas sempuk. Ketika berada dalam bilik pejabat pula semua
lampu dipasangnya, takut keadaan ‘seban’ (malap) tak nampak ayat nak baca kitab
harokah. Jimat letrik kepala hotak apa macam tu tok guru?
‘Kezuhudan’ tok guru ini meniti dari mulut ke mulut. Sehingga
ada yang tokok tambah mengatakan MB kalau boleh nak berjalan kaki saja dari
rumahnya ke pejabat setiap hari sebab nak jimatkan minyak dan nak selamatkan
duit rakyat.
Semua itu hanyalah cakap-cakap orang yang kemaruk nak jawatan.
Bila dah lama pegang jawatan, segala yang dijanjikan, lupa entah ke mana. Kalau
orang biasa macam Tok Janggut kira okeylah sebab tak kuat iman. Tapi yang janji
ni seorang bergelar ‘tok guru’ dan ‘zuhud’ pulak tu. Pun boleh mungkir janjinya
sendiri.
Apa motif ‘tok guru’ berjanji itu ini? Adakah kerana nak
balas dendam pada Umno? Nak tunjukkan kepada rakyat perbezaan ketara antara
pemerintahan Umno dengan pemerintahan Pas?
Pada firasat Tok Janggut, ‘tok guru’ dalam proses membalas
dendam terhadap Umno. Dendamnya amat dalam. Kecewanya kepada Umno. Bencinya
kepada Umno amat kuat sekali. Jadi, apabila dapat pegang jawatan tinggi dalam
parti dan kerajaan, inilah masanya nak ‘settlekan’ hajat dendam.
Umum tahu ‘tok guru’ benci sangat-sangat pada Umno. Marah
sangat-sangat pada Umno. Kalau dia sanggup mempertaruhkan akidahnya hanya
kerana mahu mengatakan Umno kafir dan Umno murtad, begitulah tahap kebencian,
amarah dan dendamnya kepada Umno.
Sikap dan sifat manusia, apabila dapat mengatakan sesuatu atau
mengutuk benda yang buruk-buruk kepada pihak lawan, hatinya akan berasa lega
dan puas. Selega-leganya. Sepuas-puasnya. Fikirannya akan berasa tenang dan
lapang. Setenang-tenangnya. Selapang-lapangnya. Dan hatinya akan berasa senang
dan happy. Sesenang senangnya. ‘Sehappy-happynya’.
Sekarang ‘tok guru’ dapat melebarkan senyuman puasnya
selepas amarahnya dan dendamnya terhadap Umno yang terbuku sejak sekian lama
telah dilepaskan. Sehinggakan rakyat melihat seolah-olah ‘tok guru’ macam tak
ada kerja Fardhu Kifayah yang nak dilakukan. Asyik mengata, mengumpat, mencaci
maki dan memfitnah parti Umno siang malam sejak tahun 1990 sehingga hari ini.
Agaknya bagi orang seperti tok guru ni, dapat maki hamun, dapat
mencela dan mengata huduh pada Umno barangkali satu kepuasanhati baginya. Kalau
tak maki hamun, kalau tak dapat kata benda yang teruk dan buruk-buruk pada
Umno, barangkali tok guru tak dapat duduk senang, tak dapat tidur lena, mandi tak
basah dan ‘ranggoh’ tak pernah kenyang.
Kebarangkaliannya juga, begitulah sikap dan sifat buruk ‘tok
guru’ terhadap Umno. Tak pernah walau satu sentimeter pun ‘tok guru’ nak ukur puji
atau nampak perkara baik mengenai Umno. Semuanya hodoh. Semuanya buruk dan
semuanya teruk pada pandangan dan firasatnya.


No comments:
Post a Comment