Friday, 30 November 2012

Isu salun, Pas nak perangkap Umno



Hari ini Tok Janggut nak merayu kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya jangan cepat melatah dengan isu salun yang dibangkitkan oleh Pas Kelantan.

Semua ini adalah jerat yang sengaja dipasang oleh Pas untuk memerangkap Umno bagi membolehkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu mendapat sokongan pengundi, dan sekali gus kekal menang dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Kenapa Tok Janggut kata perangkap atau jerat? Sebabnya kalau pemimpin Umno masih ingat, sekitar awal tahun 2000 dulu Pas Kelantan pernah keluarkan peraturan ini. Melarang orang perempuan, tak kira Melayu atau Cina atau India tak boleh gunting rambut pelanggan lelaki.

Dan orang lelaki pula, tak kira Melayu, Cina atau India tak boleh masuk salun yang pekerjanya atau pengguntingnya orang perempuan.

Ingat tak? Kalau pemimpin Umno tak ingat, itu tandanya mereka dah pendek umur. Bagi Tok Janggut, arahan dan larangan ini masih lagi segar dalam ingatan. Tok Janggut sendiri berasa takut nak masuk salun nak gunting rambut. Takut kena cekup.

Ketika itu Tok Janggut tak ada pilihan, terpaksa cari merata daerah tukang gunting lelaki sebab rambut Tok Janggut dah panjang. Dah tumbuh ekor cicak dah kat belakang kepala. Cari punya cari tukang gunting lelaki, tak juga jumpa.

Last sekali terjumpa salun Mei Lin (Cina) atau salun Mek Kedam (Siam). Nak tak nak, Tok Janggut masuk juga salun tu gunting rambut. Tapi hati memang berdebar. Takut kalau-kalau tok guru Nik Aziz dan beberapa penguatkuasa datang cekup Tok Janggut.

Dalam masa Mei Lin atau Mek Kedam potong rambut Tok Janggut, mulut mereka tak henti-henti membebel marahkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri, yang kononnya nak laksanakan peraturan Islam.

Mereka marah sebab hukum Pas itu turut melibatkan ekonomi dan masa depan orang bukan Islam, walhal sebelum pilihan raya macam-macam tok guru Nik Aziz dan para baruanya berjanji terhadap golongan bukan Islam.

Tapi bila dah menang dan ada kuasa, lain pula yang dilaksanakan. Bercanggah 380 darjah dengan yang dijanjikan sebelum ini. Seolah-olah janji sebelum ini dibuat oleh manusia kafir dan pasik, tak nampak langsung imej Islam yang ada dalam diri puak-puak Pas ini.

Sebab itu, apabila isu ini dibangkitkan semula dekat pilihan raya umum ke-13 ini, Tok Janggut anggap ini sebagai jerat atau perangkap daripada tok guru Nik Aziz. Mereka nak nyatakan mereka ni Islam. Laksanakan Islam, jaga Islam, bela Islam.

Padahal, mereka inilah pemusnah Islam, penghancur Islam, golongan yang merendah-rendahkan Islam dan mempermainkan Islam sehingga agama yang dibawa dan dipandu oleh Nabi Muhammad SAW hilang maruah dan tidak lagi dihormati oleh bukan Islam.

Puak-puak pimpinan tok guru Nik Aziz lah yang memusnahkan dan menghancurkan agama Islam. Mereka menggunakan sepenuhnya hukum hakam Islam untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Golongan pasik dan munafik ini menggunakan sepenuhnya hukum hakam Islam untuk menarik sokongan orang ramai dan apabila mereka berjaya memperolehi apa yang dicita-citakan itu, mereka meletakkan semula Islam ketepi dinding seperti kain buruk.

Mereka akan menggunakannya empat tahun akan datang, iaitu pada pilihan raya umum ke-14. Begitulah seterusnya Islam diperlakukan oleh Pas atau Pasik.

Kalaulah pemimpin Umno tersalah atau tersilap jawab isu ini, nescaya ia akan memakan diri pemimpin Umno itu sendiri. Pas perangkap pemimpin Umno dengan agama. Mereka hanya menunggu kekhilafan sahaja untuk diperbesarkan dan diumumkan kepada khalayak betapa tak cerdiknya pemimpin Umno mengenai hukum hakam agama.

Oleh itu, pada Tok Janggut, lebih baik pemimpin Umno berdiam diri dan membiarkan Pas berkemelut dengan golongan bukan Islam. Pemimpin Umno boleh nak campur tangan, tapi bukan dengan publishkannya, sebaliknya main di belakang tabir.

No comments:

Post a Comment