Tuesday, 13 November 2012

PRU serentak, akhirnya tok guru akur



Tok Janggut tabik pada tok guru Nik Aziz, kerana dalam banyak-banyak bab, bab Kelantan mahu mengadakan pilihan raya umum serentak dengan pilihan raya umum Kerajaan Persekutuan ni dikira agak cerdik sikit banding dengan rakan-rakan dia dalam pakatan rakyat.

Pada Tok Janggut, tak ada sebab pembangkang nak adakan pilihan raya berasingan. Bukan tak boleh. Mereka memang boleh nak umumkan pilihan raya lebih awal atau lewat sikit daripada pembubaran Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

Tapi kalau kail panjang sejengkal, tak usahlah nak duga lautan dalam. Soal kemampuan tu yang penting. Mampukah tok guru Nik Aziz nak adakan pilihan raya bersendirian? Tahukah dia macam mana nak mula, apa perlu kena buat dulu dan bagaimana urutannya sehingga rakyat tahu Kelantan dah bubar DUN dan mereka keluar mengundi?

Oleh itu, kalau tok guru Nik Aziz berkali-kali bertegas Kelantan tetap akan ada pilihan raya bersekali dengan Kerajaan Pusat, maknanya dia tahu setakat mana kemampuannya. Kalau hukum hudud Pas di Kelantan pun dia tak boleh nak laksanakan sehingga hari ini, nak kena tunggu Kerajaan Pusat yang buat, dah tentulah dia juga tak ada pengetahuan nak adakan pilihan raya bersendirian.

Di sinilah Tok Janggut tahu bahawa pembangkang ni mempunyai tahap pemikiran yang cetek. Kerja mereka dari dulu, kini dan selama-lamanya hanya membangkang, bukan memerintah. Samalah macam kita tengok mekanik baiki kereta, kita hanya tahu komplen dan komen. Bila mekanik serahkan kerata rosak tu kepada mereka, mereka tak boleh buat. Mereka tak tau nak sentuh apa, nak buang skru mana.

Jadi, nak tak nak, mereka kena berlagak pandai. Berlagak bijak, walaupun mereka tahu mereka tu bodoh. Benak. Nak berlagak bukan payah. Kena pandai bercakap. Kena pandai berhujah seolah-olah semuanya mereka tahu. Biasanya orang yang tahu bercakap, mereka tidak tahu buat. Itu kelebihan mereka.

Inilah sifat pembangkang. Nak memerintah berasingan daripada Kerajaan Persekutuan kononnya. Orang lain dari semasa ke semasa dah bawa masuk pelabur asing, dah dapat pulangan berbilion-bilion ringgit. Tapi kita masih ditakuk lama. Kerja seharian hanya tahu berceramah. Mengeringkan air liur.

Nak tiru perancangan Kerajaan Pusat, kita tak ada modal tunai. Jadi, gunalah air liur sebagai modal. Turun ke padang-padang markaz tarbiyah seluruh negeri berceramah. Anjur solat hajat perdana. Lepas tu doakan kepada Allah supaya buncitkan perut orang-orang Kerajaan Persekutuan. Elok sangat ke perangai macam tu?

Sepatutnya kalau kita nak duduk berasingan, kita kena ada daya pemikiran yang kreatif. Cari jalan macam mana nak majukan Kelantan dan nak jadikan negeri ini sebuah negeri yang berjaya dalam pelbagai bidang. Ini tidak, pantang tengok orang lain berjaya, mulalah nak sabotaj. Nak hasut rakyat kononnya kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Persekutuan itu haram.

Beginikah taraf dan tahap seorang tok guru? Kata belajar pondok, lepas tu sambung pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir dan universiti di India. Tiap-tiap minggu sampaikan kuliah agama, tetapi hati masih busuk.
Isu pembangkang nak adakan pilihan raya berasingan daripada Kerajaan Persekutuan ni dicetuskan oleh kawan baik tok guru, Lim Guan Eng. Dan Lim Guan Eng pula dapat petunjuk daripada Anwar Ibrahim. 

Kemudian diperturunkan kepada rakan-rakan mereka yang memerintah Selangor, Kedah dan Kelantan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak orang yang mula-mula sekali bantah keputusan itu. Tok guru Nik Aziz pada mulanya bersetuju, diikuti kerajaan PKR Selangor. Lama kelamaan, barangkali kerana tahu diri tak mampu, tok guru Nik Aziz terpaksa menjilat balik ludahnya kepada Lim Guan Eng. Tok guru bagitau Kelantan akan adakan pilihan raya serentak.

Tinggal Guan Eng dan Selangor. Maknanya dua negeri akan adakan pilihan raya berasingan. Tak lama kemudian, Tan Sri Khalid Ibrahim pula membayangkan akan ikut jejak Kedah dan Kelantan. Keputusannya menyokong cadangan Guan Eng belum dimuktamadkan lagi. Cuma baru nyatakan ‘kemungkinan’ tidak.

Sekarang tinggal Guan Eng seorang diri di Pulau Pinang. DAP boleh dan layak adakan pilihan raya berasingan sebab mereka mendapat sokongan daripada PAP Singapura. Kelantan dan Selangor nak dapatkan sokongan daripada siapa? Anwar? Ketua pembangkang ni nak jaga diri sendiri pun sudah tak larat. Dalam kepalanya sarat dengan isu moral.

Kesimpulannya, pembangkang kena sedar, apa yang di Perlembagakan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak merdeka dulu sudah elok seelok-eloknya. Tak usahlah nak tunjuk ego. Akhirnya air liur yang diludah tu terpercik dan bertempek ke muka sendiri juga.

Bila rakyat Tanya kepada tok guru, adakah Kelantan nak adakan pilihan raya berasingan? Mulalah tok guru menidakkannya berkali-kali. “Tidak…tidak…tidak… kita (Pas Kelantan akan adakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Sungguh memalukan.

Tahukah tok guru Nik Aziz apa komen rakyat di bawah dengan keputusan tok guru itu? Mereka kata, “padan muka kau…”, “ambik kau, nak tunjuk lagak sombong sangat…”, “kalau tak mampu, jangan cakap besar…”, “kenapa nak ikut telunjuk Cina (Guan Eng), kita dengan Umnokan sama Melayu, sama Islam…”?

Namun, tok guru bukan jenis orang yang mudah sedar atau tahu dengan kesilapan yang dilakukan. Orang tua ini adalah jenia manusia yang sukar nak minta maaf. Payah nak akui kesilapan diri dan masih tetap menganggap dialah paling zuhud, paling warak dan faham semua ilmu Allah.

Kerana paling zuhud, paling warak dan faham semua ilmu Allah lah Kelantan bawah pimpinannya jadi macam ni. Mundur. Kacau bilau. Kadar pengangguran meningkat. Kadar gejala sosial naik dan macam-macam maksiat lagi berlaku. Tapi masih tetap mempertahankan kepimpinannya yang terbaik.

Elok sangatlah tu. Terbaik sangatlah tu. Anak-anak dara di Kelantan masih berpakaian menjolok mata. Masih bercampur bebas antara lelaki dengan perempuan. Saban hari pasukan penguatkuasa polis, agama dan majlis daerah mengadakan operasi membanteras gejala dadah, maksiat dan sosial. Itu baikkah namanya?

Dalam tahun ini saja empat kes tembak dilaporkan. Belum lagi kes rogol, bunuh, berzina, khalwat, meragut, merompak dan mencuri. Tapi tok guru tetap mengatakan Kelantan bawah pimpinan ulama yang terbaik.

Tok Janggut tak Nampak apa yang terbaik yang tok guru laksanakan. Hukum hudud? Sampai sekarang draf enakmen yang telah diluluskan Tuanku Sultan Ismail tidak dilaksanakan. Kononnya, Tun Mahathir tak bagi. Siapa Tun Mahathir? Kuasa nak laksanakan undang-undang di negeri sendiri bawah Tun Mahathir ke bawah Tuanku Sultan?

Pendek kata, hari-hari tok guru cakap berbelit-belit. Bimbang juga kerana hari-hari berbelit-belit nanti terbelit makan diri. Tok Janggut nak tolong ingatkan je.

No comments:

Post a Comment