Tok guru Nik Aziz
kata, dia tak tengok sepenuhnya isi kandungan Bajet 2013 yang dibaca oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lalu. Tapi dengan
tahap ‘kewalian’ yang ‘dimilikinya’', dia dapat terjemahkan firasatnya bahawa
bajet itu adalah bajet pancing undi. Ibarat kata orang-orang tua, sekilas ikan
di air, tok guru dah tau ikan tu jantan atau betinanya.
Hebat sungguh tok guru Nik Aziz ni. Tok Janggut rasa amat bangga dapat menteri besar yang suka bercakap tanpa usul periksa ni. Patutlah ramai rakyat Kelantan (ditujukan khusus kepada pemimpin, ahli dan penyokong Pas) jadi bodoh. Sebab terlalu percaya yang Nik Aziz ni tok guru zuhud, alim dan keramat.
Kalaulah Tok Janggut yang keluarkan ‘statement’ macam yang tok guru Nik Aziz cakap tu, rasanya ramai ahli dan penyokong Pas pakat kutuk Tok Janggut. Kononnya Tok Janggut hentam keromo. Tok Janggut cakap tak ada fakta dan Tok Janggut suka buat fitnah.
Tapi kerana tok guru Nik Aziz yang cakap, masing-masing jadilah macam ‘pokko’, angguk dan ‘hangguk’. Membenarkan apa saja yang tok guru Nik Aziz cakapkan tu… “Bajet untuk membeli undi rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13”.
Tok Janggut nak bagitahu…. Tok Janggut sikit pun tak terkejut kalau orang media pergi bertanya atau minta komen tok guru Nik Aziz pasal Bajet 2013 tu. Sebab Tok Janggut tahu, itulah sikap dan sifat semula jadi dia dari dulu, kini, akan datang dan selama-lamanya… tak akan bersetuju dengan apa saja dasar yang kerajaan persekutuan atau kerajaan Barisan Nasional (BN) buat.
Hanya yang dia ‘buat’ saja yang dia setuju. Misalnya, dia kata nak buat jambatan menghubungkan Palekbang, Tumpat ke Kampung Cina, Kota Bharu. Tak buat pun dia akan kata… “satu lagi projek kerajaan Pas Kelantan”.
Begitu juga dengan ‘pembinaan’ lebuh raya rakyat dari Machang ke Kuala Krai. Dia tahu itu adalah janji-janji munafik, tapi dia tetap akan kata… “satu lagi projek dari kerajaan Pas Kelantan”. Dan yang terbaru, “Satu lagi projek kerajaan Pas Kelantan” ialah projek kereta api bullet, kereta api peluru yang hanya mengambil masa satu jam perjalanan dari stesen Pulau Melaka ke Kuala Lumpur (tentunya perhentian stesen terakhir di Kuala Lumpur bukan KL Sentral) pun dia tetap tak rasa bersalah menipu rakyat.
Malang sungguh kaum kerabat Tok Janggut yang berwarganegara Kelantan. Siang malam… 24 jam sehari semalam asyik kena tipu je oleh pemerintah mereka. Tok Janggut hanya mampu tersenyum sinis dan mengeleng kepala setiap kali tok guru Nik Aziz mengiyakan janji-janji yang ditabur oleh anak-anak buahnya.
Anehnya, setiap kali anak-anak buahnya menjanjikan projek mega atau projek bulan purnama (kosong) kepada rakyat Kelantan, tok guru Nik Aziz tidak pula kata itu ‘projek beli undi’. Malah, tok guru Nik Aziz sanggup mencemar kaki, tangan dan maruahnya turun ke ‘tapak’ projek untuk merasmi atau melancarkannya.
Tok Janggut nak ajar tok guru Nik Aziz supaya dapat menilai antara projek yang dijanjikan oleh kerajaan BN yang ditepati setelah dijanjikan, dengan projek yang tidak pernah ditepati walaupun dijanjikan oleh tok guru sejak dari tahun 1990 sehingga hari ini.
Tanyalah mana-mana alim ulamak sekali pun dan bacalah apa-apapun kitab agama sekalipun, siapa yang mendorong rakyatnya hidup bertakwa? Tok guru Nik Aziz dengan janji yang tidak pernah ditepatinya atau kerajaan BN yang berjanji hari ini, esok melaksanakannya?
Tok Janggut tahulah tok guru Nik Aziz ni seorang yang ‘zuhud’, tetapi dalam bab menuduh Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai tidak membawa manusia bertakwa kepada Allah, Tok Janggut rasa ini satu kesilapan besar tok guru Nik Aziz.
Kalaulah yang PM umum ni tak mampu mengajak manusia kepada ketakwaan, macam mana dengan projek-projek hampeh yang tok guru Nik Aziz janjikan dengan air liur? Bolehkah ia membawa kepada manusia bertakwa dan beriman?
Tok Janggut nak sangat-sangat tok guru Nik Aziz jawab dan nilai sendiri, yang mana lebih bertakwa dengan yang mana yang tidak bertakwa. Kalaulah yang rakyat dapat nikmati dan kecapi itu dikatakan tidak bertakwa, sebaliknya yang rakyat terlopong tercari-cari akan projek yang dijanjikan tetapi tidak ada itu dikatakan bertakwa, maknanya dah ada tanda-tanda tok guru Nik Aziz ni ‘sakit’.
Kalau ditanya kepada Tok Janggut akan ‘kesihatan’ tok guru Nik Aziz, Tok Janggut hanya dapat kata, dia memang dah sakit atau sedang sakit. Dia dah tak boleh nak buat penilaian lagi antara orang yang bercakap benar dengan diri sendiri yang bercakap bohong.
Orang bercakap benar dikatakan berbohong, diri sendiri yang bercakap putar belit dikatakan benar. Itulah perubahan besar yang Tok Janggut dapat kesan. Bila kerajaan pusat bina jambatan kedua di Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka langsung tidak berterima kasih, tetapi bila mereka janji nak buat jambatan dari Palekbang, Tumpat ke Kampung Cina, Kota Bharu sejak lebih 10 tahun lalu, tidak pernah siap-siap sehingga kini, mereka tidak pun kata, itu janji kosong.
Kalau mengikut logik akal, patut dan wajarkah kita angkat tok guru Nik Aziz sebagai pemimpin zuhud? Cakap tidak pernah serupa dengan bikin. Janji itu ini seperti Mat Jenin.
Cuba cari pemimpin Islam terdahulu, yang sezaman dengan Nabi Muhammad SAW yang suka menipu rakyat. Yang suka menabur janji kosong, munafik dan pasik seperti yang tok guru Nik Aziz lakukan. Tidak ada. Yang ada hanya pemimpin yang bukan beragama Islam. Pemimpin jenis ini bolehlah berbohong. Bolehlah munafik dan pasik kerana mereka tidak pernah takut kepada Tuhan.
Kita orang Islam, takut kepada Allah. Kita berpegang kuat dan teguh kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita tahu hukum hakam, dosa pahala kalau kita bercakap bohong dan menipu. Sebab itu kerajaan BN dari pimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan Datuk Seri Najib tak pernah bercakap bohong, tak pernah menabur janji palsu.
Tapi orang yang mengangkat dirinya sebagai ulamak, alim, zuhud dan warak berani pula bercakap bohong dan menabur harapan palsu kepada rakyatnya. Seolah-olah tidak takut kepada Allah. Seolah-olah mereka menganggap Allah tidak tahu apa yang mereka buat.
Bilalah agaknya tok guru Nik Aziz nak sedar, insaf dan bertaubat? Rumah dah lama kata “pergi… pergi… pergi…” dan disahut pula oleh kubur yang kata, “mari… mari… mari…”
Apapun, Tok Janggut tak sabar-sabar nak tunggu Bajet 2013 kerajaan Pas Kelantan. Adakah bajetnya boleh mengajak rakyat bertakwa atau akan berterus-terusan kecewa?
Kerajaan BN menjanjikan bonus satu setengah bulan kepada kakitangan awamnya dikatakan tidak bertakwa. Apakah kerajaan negeri yang tidak menjanjikan apa-apa imbuhan sebagai mengenang jasa kakitangan awamnya dikatakan bertakwa?
Sekurang-kurangnya kerajaan BN beri juga wang off kepada bekas tentera sebanyak RM1,000 seorang. Kerajaan Pas Kelantan yang menjanjikan pemberian sebidang tanah kepada bekas pejuang ini dah beri ke belum?
Sebelum mengakhiri tulisan ini, Tok Janggut nak tinggalkan dua daripada ribuan soalan serta pertanyaan kepada tok guru Nik Aziz untuk dia fikir dan jawab:
Ada kerajaan Pas Kelantan memberi pembelaan kepada nelayan laut dalam dan nelayan pantai yang tinggal di pesisiran pantai Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh?
Ada kerajaan Pas membekalkan alat penapis air kepada penduduk-penduduknya yang tidak mendpat bekalan air bersih?


No comments:
Post a Comment