Tuesday, 13 November 2012

Pas sentiasa sokong DAP main sentimen Islam


Tok Janggut antara ratusan juta umat Islam di seluruh dunia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya klip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam berjudul: Innocence of Muslims, Jumaat minggu lalu dan Jumaat kelmarin. Kiranya, Tok Janggut antara rakyat Malaysia yang pertama dan kedua menyuarakan kemarahan itu terhadap yahudi zionis laknatullah. 

Selepas itu disusuli pula bantahan dan kecaman daripada pemimpin-pmimpin UMNO dan Pergerakan Pemuda Umno serta NGO-NGO seperti Perkasa yang mula sedar dan berasa sensitif dengan penayangan klip video itu menerusi laman You Tube.

Sekurang-kurangnya tujuh warga kafir mati dalam bantahan di seluruh dunia itu. Minta maaflah kepada ahli keluarga si mati. Tok Janggut tak ada perasaan simpati pun atas kematian kafir-kafir ini. Bahkan, bagi Tok Janggut, kematian mereka-mereka ini memang wajar sekali sebagai peringatan kepada yahudi zionis laknatullah itu agar jangan sekali-kali menghina umat Islam.

Pada Jumaat 14 September lalu dan Jumaat 21 september lalu, Tok Janggut tak melepaskan peluang untuk nyatakan rasa marah itu dengan melaung-laungkan “Takbir… Allahu Akbar..”  di depan sebuah masjid di Shah Alam, Selangor dan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama ribuan umat Islam yang lain.

Selepas itu, Tok Janggut hubungi beberapa rakan di Kelantan, tanya mereka ada tak masjid-masjid di negeri Membangun Bersama Islam itu adakan bantahan yang sama? Semua kelima-lima rakan Tok Janggut itu jawab, ada. Tapi kebanyakannya anjuran NGO-NGO, bukan parti.

Malah kata mereka, keadaan nampak macam biasa saja. Habis solat Jumaat, semua kariah yang terdiri daripada ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpin Pas berpusu-pusu turun masjid, pulang ke rumah masing-masing. Seolah-olah mereka tidak tahu pun di luar sana ratusan juta umat Islam sedang berhimpun membantah perbuatan yahudi dan zionis laknatullah menghina pemimpin agung dunia, Nabi Muhammad SAW.

Hairan sungguh, di sebuah negeri yang pemimpinnya dikatakan hebat mengangkat diri dan dengan riak mendakwa dirinya seorang Islam yang zuhud dan alim, langsung tidak sensitif dengan perbuatan manusia kafir yahudi zionis laknatullah merendah-rendahkan maruah serta martabat Islam.

Zuhud apa, alim apa kalau Nabi Muhammad SAW dihina sedemikian rupa oleh yahudi zionis laknatullah, pemimpin Kelantan senyap tidak melakukan apa-apa tindakan membantah. Mustahil pemimpin ini tidak tahu perkembangan yang berlaku. Orang lain pun berpolitik juga, tetapi tetap peka dengan isu dunia.

Umno yang dituduh kafir pun antara parti pertama dan selama-lamanya mengecam perbuatan yahudi zionis laknatullah menghina Nabi Muhammad SAW. Parti Islam SeMalaysia (Pas) yang bersekongkol dengan parti cina semalaysia (DAP) dan parti anwar Ibrahim sendirian berhad (PKR) menunggu hari keempat baru nak menzahirkan rasa duka cita dengan perbuatan yahudi zionis laknatullah itu.

Kemudian Dewan Pemuda Pas ajak Pergerakan Pemuda Umno untuk adakan bantahan bersama di sebuah masjid di Selangor Jumaat 21 September. Bagaimanapun, Pergerakan Pemuda Umno tidak mahu, mereka nak adakan bantahan bersendirian. Syabas kepada Pemuda Umno Malaysia. Buat apa nak bekerjasama kalau hanya Umno yang nampak beriya-iya, sedangkan Pemuda Pas mengambil sikap bagai telan mati mak, buang mati ayah?

Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan bantahan bersendirian dengan jemaah masjid. Mereka tak mahu berkongsi-kongsi dengan Dewan Pemuda Pas sebab dalam bab sensitiviti agama ini, Dewan Pemuda Pas agak ‘slow’ sikit. Yalah, kalau Tok Janggut pun tak nak ‘joint’ sebab sebelum ini Pas lantang tuduh Umno kafir, jadi buat apa nak ‘joint’ dengan orang yang mendakwa memperjuangkan Islam kan.

Dalam ketika umat Islam lantang membantah dan mengecam perbuatan yahudi zionis laknatullah menghina Nabi Muhammad, tetiba muncul ‘perwira’ baru dalam pembangkang, Ngeh Koo Ham iaitu Pengerusi DAP Perak mempersoalkan tindakan dan usaha yang akan dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno.

Cina dajal yang dipeluk cium oleh pemimpin Pas ini nampaknya cuba menyiram minyak tanah ke dalam api yang sedang marak. Ini menambahkan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia. Cina Koo Ham menganggap apa yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno ini dan umat Islam di seluruh dunia khususnya sebagai sia-sia.

Kenyataan cina kapir itu disokong secara nyata oleh seorang pemimpin muda Pas, namanya, Mohammad Ismi Mat Taib. Mamat ni adalah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat. Dia mahu Khairy Jamaluddin muhasabah diri dulu sebelum buat bantahan terhadap pembikin filem berkenaan.

Apa maknanya semua ini? Cina kapir membela pembikin filem, disokong pula oleh pemimpin Pas. Nampaknya Cina Koo Ham tidak perlu takut untuk mengulangi pendiriannya yang anti-Islam kerana ada orang Islam dalam Pas sendiri yang menyokongnya. Subhanallah.

Suka Tok Janggut nasihatkan kepada kaum bukan Islam. Jangan sekali-kali nak tunjuk simpati dengan mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya telah mengguris perasaan kami. Jangan nanti bila dah terantuk baru nak mengaduh. Parah jawapannya. Tika tu kalau keluarkan kenyataan memohon maaf pun sudah terlambat.

Selepas ini Tok Janggut bersetuju sangat-sangat kalau umat Islam mengadakan bantahan besar-besaran di depan rumah Koo Ham dan pemimpin Pas. Ini sebagai langkah peringatan kepada mereka supaya jangan lagi bermain dengan api.

Api itu iblis. Iblis suka kepada manusia kafir dan orang-orang Islam macam Mohamad Ismi ulam raja. Cakap mengarut dan mencarut ni adalah bahasa Iblis. Ingat tu. Jangan cemarkan Islam dengan imej berkopiah, title ustaz, tok guru dan tuan guru. Title ini sebenarnya tidak layak untuk mereka guna atau pakai.

Bahkan, mereka inilah yang sepatutnya muhasabah diri. Bukan Khairy Jamaluddin. Apa yang dibuat oleh Pemuda Umno adalah betul. Mengikut syariat Islam.


No comments:

Post a Comment