Pertama sekali Tok Janggut nak ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya mengalahkan pasukan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam malam Ahad lalu. Dengan kemenangan itu, rakyat termasuk Tok Janggut sekali berasa bangga jadi rakyat Kelantan.
Hari Ahad pula diumumkan cuti satu hari. Tujuannya nak jaga
keselamatan ratusan ribu rakyat Kelantan yang berkenderaan ke Kuala Lumpur nak
tengok perlawanan. Comel sangat-sangatlah. Itu tandanya prihatin. Masing-masing
pakat ambil kesempatan belaka atas kejayaan pasukan bola sepak The Red
Warriors.
Tahniah Tan Sri Annuar. Tahniah Azman Hussin. Tahniah Bojan.
Dan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga pasukan Kelantan berjaya
melakarkan nama dalam persada suka bola sepak tanah air. Tok Janggut berasa
bangga sekali dan tentunya amat terharu atas kemenangan ini.
Harap-harap dengan kemenangan ini, janganlah pula ada pihak
dalam kerajaan Pas Kelantan nak ambil kesempatan. Kononnya kemenangan ini
kerana peranan mereka. Tok Janggut kata begini sebab puak-puak dalam Pas,
lebih-lebih lagi tok guru Nik Aziz dang eng dia ni suka ‘curi aye’.
Maksud Tok Janggut, orang yang suka ‘curi aye’ ini adalah
spesies orang malas. Orang yang rekodnya tak comel, suka ambil kesempatan
menonjolkan diri bila sesuatu perkara itu dilihatnya berjaya.
Samalah macam sukan bola sepak Kelantan. Tok Janggut ingat
lagi di awal tahun 2000 (sekitar 2000 hingga 2005), kerajaan negeri tak
benarkan pasukan bola sepak Kelantan berlatih di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Alasannya, KAFA gagal bayar hutang (sewa penggunaan stadium) kepada kerajaan
negeri berjumlah jutaan ringgit.
Terpaksalah pasukan bola sepak Kelantan ini berlatih di
padang MPKB dan padang HUSM Kubang Kerian dalam keadaan yang serba daif dan
kepayahan. Sebab itu, prestasi permainan Kelantan masa itu merosot teruk.
Tok Janggut masih ingat, ada satu perlawanan yang melibatkan
pasukan Kelantan bermain di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, hanya menyaksikan
hampir 50 orang penonton dengan tiket masa tu sekitar RM8.
Bayangkan ruang stadium yang boleh memuatkan 30,000 orang
hanya ditonton oleh tidak sampai 50 orang. Itu pun termasuk wartawan sukan yang
bertugas dan petugas stadium. Amat menyedihkan pada Tok Janggut, tetapi amat
menggembirakan kepada kerajaan negeri.
Kenapa kerajaan negeri gembira, tatkala peminat bola sepak
Kelantan bersedih? Sebab, tindakan kerajaan negeri menutup pintu stadium kepada
pasukan Kelantan ‘ada udang di sebalik batu’.
Apa yang ‘ada udang sebalik batu’ tu? Sebabnya ketika itu ada
seorang pemimpin kerajaan negeri nak sangat-sangat ambil alih KAFA. Tapi
disebabkan dari setahun ke setahun pemimpin ini gagal mendapat undi yang banyak
dalam pemilihan jawatankuasa KAFA, menyebabkan dia menggunakan strategi untuk
memastikan pasukan bola sepak Kelantan sentiasa merosot.
Dengan kemerosotan itu, pemimpin berkenaan membuat perkiraan
peminat bola sepak dan kelab-kelab bola sepak bawah KAFA akan memberontak
terhadap kepimpinan KAFA. Dari situ akan timbul usul tidak percaya dan mudahlah
baginya mengambil alih pengurusan KAFA.
Bagaimanapun, strateginya tidak berjaya. Beliau terus
disingkirkan daripada membarisi jawatankuasa KAFA. Sebaliknya, pucuk kepimpinan
KAFA memberi laluan mudah kepada Tan Sri Annuar Musa untuk mengambil alih KAFA.
Inilah yang dikatakan rezeki. Tan Sri Annuar yang ketika itu
sibuk dengan tugasannya di peringkat UMNO Kelantan dan mengetuai Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menerima tawaran itu dengan hati terbuka.
Umpama mendapat sebuah ‘bas buruk’, Tan Sri Annuar Musa
mencari dan mengumpul mekanik-mekanik tersohor untuk membaik pulih ‘bas buruk’
itu. Beliau mengarahkan kepada mekanik berkenaan, buang mana-mana besi yang
tidak boleh digunapakai, gantikan dengan alat ganti yang baru dan tulen. Biar
mahal pun, asalkan bas buruk akan nampak baru.
Bukan nampak baru pada bodynya sahaja, tetapi enjinnya juga
mestilah kelihatan baru dan boleh digunakan untuk bergerak dalam pelbagai jenis
permukaan jalan.
Kalau dahulu pasukan Kelantan digelar sebagai pasukan kijang
atau pasukan tok janggut, sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa berjaya
membaikinya, pasukan ini digelar dengan nama yang paling gah, The Red Warriors.
Segagah dan segarang namanya, The Red Warriors masuk padang,
menewas dan menumpaskan semua jenis pasukan lawan. Namanya pula dijulang.
Perlawanan yang dahulunya ditonton oleh hampir 50 peminat setia, tiba-tiba
sahaja bertambah kepada 50,000 setiap kali perlawanan.
Malah ada yang sanggup terbang ke Sabah dan Sarawak untuk
menyaksikan perlawanan secara ‘live’ pasukan kesayangan mereka.
Melihat akan kejayaan The Red Warriors, pemimpin kerajaan
negeri tidak berani membuat sebarang onar. Sebab Tan Sri Annuar Musa bukan
jenis manusia yang lemah dan cepat mengalah sebagaimana kepimpinan KAFA
sebelumnya.
Tan Sri Annuar Musa berjaya menaikkan nama pasukan bola
sepak Kelantan yang suatu ketika dahulu berasa dicorot. Dalam masa lima enam
tahun mengetuai KAFA, pasukan The Red Warriors mencipta nama dan menjuarai
beberapa perlawanan.
Tahniah dan syabas kepada The Red Warriors, kepimpinan KAFA
dan peminat pasukan Kelantan. Selamat maju jaya.



No comments:
Post a Comment