Tok Janggut gelak sorang-sorang. Tok Janggut tersenggeh sorang-sorang bila seorang wakil rakyat Pas Kelantan bagitau nak kuatkuasakan undang-undang larang orang wanita gunting rambut orang laki-laki.
Tok Janggut gelak
sebab sesudah 22 tahun memerintah, baru hari ni mereka terima ‘wahyu’
mengatakan perbuatan itu berdosa dan haram.
Tok Janggut
tersenggeh sebab baru hari ni kerajaan Pas Kelantan bawah pimpinan tok guru Nik
Aziz sedar benda ni salah disisi agama.
Rupa-rupanya selama
ini… selama 22 tahun memerintah, tok guru Nik Aziz dan konco-konconya boleh terlupa
mengambil tahu bahawa dalam agama anutannya ada mengatakan haram bagi orang
wanita menggunting rambut orang lelaki.
Tok Janggut pun boleh
dikatakan tiap-tiap bulan sejak Pas ambil alih Kelantan pada tahun 1990 sampai
sekarang gunting rambut di salun. Yang kerat rambut Tok Janggut adalah mek Cina
dan ada kalanya Tok Janggut hulur kepala kat mek Siam.
Mana boleh salahkan
Tok Janggut macam tu sekali. Manalah Tok Janggut tahu gunting rambut dengan
orang perempuan tu berdosa atau haram, sebab selama ni tok guru Nik Aziz tak
pernah pun keluarkan ‘fatwa’.
Hanya hari ni baru orang
tua tu nyatakan hukum hakamnya, iaitu selepas 22 tahun dia jadi menteri besar
dan mursyidul am. Maknanya selama tulah dia tanggung dosa Tok Janggut dan kaum
kerabat Tok Janggut yang gunting rambut dengan orang perempuan.
Bagi Tok Janggut, selagi
tok guru Nik Aziz tak keluarkan ‘fatwa’, selagi tu Tok Janggut anggap apa saja
perbuatan dan perilaku yang Tok Janggut laku atau terlakukan tidak mendapatkan
dosa.
Samalah macam suami,
kalau dia tak jaga, tak suruh atau tak ajar anak-anak dia bersolat,
isteri-isteri dia bersolat, selagi tu si suami akan tanggung semua dosa-dosa
anak-anak dan isteri-isteri dia.
Begitulah tok guru
Nik Aziz. Selama 22 tahun dia jaga Kelantan, mustahil dia tak tahu hukum hakam
orang laki potong rambut dengan orang perempuan. Tapi selagi dia berdiam diri,
rakyat akan anggap semuanya tu okey.
Sekarang ni, mungkin
tok guru Nik Aziz dah terima ‘wahyu’, baru nak kuatkuasakannya. Dah tentulah larangan
itu mengejutkan semua pihak. Terutama orang-orang bukan Islam seperti Karpal
Singh dari DAP.
Kata Karpal, dia
terkejut apabila kerajaan Pas Kelantan memutuskan mahu menguatkuasakan
ketetapan undang-undang seperti itu ke atas orang bukan Islam. Justeru, dia mahu
tok guru Nik Aziz campur tangan.
"Kerajaan
negeri telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak
akan diperluaskan kepada bukan Islam. Pas juga telah menyatakan hudud hanya
akan dikenakan kepada umat Islam.
"Ada
banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di
Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat
masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," kata Karpal dalam nada
bimbang.
Bagi
Tok Janggut, apa yang kerajaan Pas lakukan ini hanya sebagai gimik untuk
menghadapi pilihan raya sahaja. Selepas ini, larangan ini akan jadi ‘kambing
hitam’ sama macam pengasingan pembayaran di kaunter beli belah dan pasang lampu
dalam panggung wayang.
Semuanya
hangat-hangat taik ayam. Pas tak pernah serius dalam perancangannya nak
kuatkuasakan hukum Islam. Sebab bagi Pas, Islam hanya alat untuk mencapai
cita-cita dan impiannya dalam politik dan menawan puncak Putrajaya.
Beginilah kalau tok
guru Nik Aziz berangan-angan. Sama seperti Mat Jenin.



No comments:
Post a Comment