Nak tipu rakyat, bolehlah. Tapi kalu nak tipu
Tok Janggut, sorilah. Tok Janggut bukan baru dalam politik Kelantan ni. Tok
Janggut tahu dan boleh baca isi hati setiap pemimpin Pas, iaitu dari ayah,
anak, menantu, besan dan waris warah.
Orang yang kuat menuduh orang lain amal
kronisme lah orang yang sebenarnya mengamal dan membudayakan kronisme. Orang
yang lantang, menuduh orang lain makan duit haramlah, orang yang
sebenar-benarnya makan duit haram dalam diam-diam.
Bezanya, orang yang sebenar-sebenarnya itu
menggunakan agama sebagai topeng bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka,
sedangkan orang yang secara terang-terangan tidak nampak Islam, adalah orang
yang meletakkan agama ditempat paling atas dalam hidup dan kepimpinannya.
Itulah perbezaan nyata antara pemimpin Pas
dan pemimpin Umno, yang Tok Janggut nampak dan dapat lihat.
Siapa yang berjanji hari ini, esok menunaikan
janjinya? Sudah tentulah orang yang dituduh sebagai orang sekular dan ‘kafir’. Siapa
yang janji nak buat itu, nak buat ini sejak 22 tahun lalu, tetapi sampai
sekarang tidak mengotakan janjinya? Sudah tentulah orang itu dari golongan yang
memperlihatkan atau menonjolkan dirinya sebagai alim ulamak.
Tok Janggut memetik sebuah hadis daripada
‘Ibnu ‘Amr Ibnu Al-’As yang katanya: “Saya mendengar Rasulullah (SAW) bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghapuskan) ilmu (dengan) menyentapnya
sekali gus daripada manusia, akan tetapi Allah mencabut ilmu daripada manusia (itu)
dengan mematikan ulama’ (tanpa pengganti), sehingga satu masa tiada lagi
seorang pun yang alim (berilmu), manusia akan mengambil orang-orang jahil
sebagai ikutan, apabila ia (orang jahil) ditanya mengenai sesuatu masalah ia
memberi fatwa tanpa ilmu, akibatnya ia sesat dan menyesatkan orang lain. -
(Bukhari & Muslim)
Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu
sudah menjadi kenyataan sekarang. Tak perlulah kita mencari kenyataan yang
terkandung dalam hadis ini di dunia Arab, tetapi sudah cukup untuk kita
melihatnya dengan mata kepala sendiri, kerana ia berlaku di depan kita.
Cuma kebanyakan daripada kita, buta. Mata
hati mereka telah dibutakan oleh Allah yang memperlihatkan kepada mereka bahawa
orang jahil yang bercakap mengenai agama sebagai ‘alim dan ulama’. Sedangkan
apa yang dicakapkan itu bukan dizahirkan daripada hati yang suci dan zuhud,
tetapi daripada mulut yang busuk dan kotor.
Tetapi dasar azali manusia, yang busuk dan
kotor itulah yang disukainya, lebih-lebih lagi kalau ianya datang daripada
manusia yang berpura-pura alim.
Berbalik kepada kronisme. Suka Tok Janggut
nak perkatakan di sini, apa yang dicetuskan oleh anak kepada seorang tokoh
politik mengenai soal pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum
ke 13 ini sebagai cakap tidak serupa bikin. Mulut kata tak mahu, tak nak.
Tetapi dalam hati terlompat-lompat kata nak, nak dan nak.
Ketika ayahnda masih ada. Ketika ayahnda
masih berkuasa. Ketika ini peluang untuk si anak nak naik perlu direbut. Nanti
bila si ayah mati, orang lain pula ambil alih kepimpinan, sukar untuk si anak mendapat
peluang keemasan seperti ini lagi.
Jadi, inilah peluang terbaik untuk si anak membisikkan
kata hati kepada ayahnda, “ayah pilihlah ana sebagai calon PRU ni. Ana nak
sangat-sangat jadi calon dan menang pilihan raya. Bila ana menang, ana ada
peluang untuk ganti tempat ayahnda.”
Biasanya ramalan pak belalang dari Tok
Janggut ni 99 peratus tepat. Kalau tak percaya tunggulah pilihan raya ni akan
senarai calunnya. Boleh dikatakan WAJIB ada nama anak, menantu, besan dan waris
warah untuk bertanding di DUN dan Parlimen.
Sebagai ayah, sudah tentu mahu tengok anaknya
‘berjaya’ dan mahu si anak mewarisi ilmu kepakaran memutar belit fakta. Kalau
seseorang ayah itu tak mahu melihat anaknya berjaya, itu bukan ayah namanya. Lagipun
ayah ni bukan seorang yang zuhud sangat. Dia macam mamat-mamat kampung lain
juga. Ada keinginan. Ada nafsu dan tidak terlepas dari berbuat perkara yang
dilarang Allah serta agama.
Kata si anak. Dia tak mahu cakap soal calon,
kononnya itu isu sensitif. Pada Tok Janggut, itu hanya hiasan kata-kata untuk
dilihat lebih menarik dalam mainan politiknya. Sedangkan dia sudah tahu dari
awal lagi namanya akan dipilih sebagai calon, sama ada ada di DUN atau Parlimen
dan di kawasan mana yang akan ayahnda letak.
Kenapa tiba-tiba saja si anak bangkitkan isu
calon? Sedangkan tidak ada pun berita-berita mengenainya tersebar? Kalau rakyat
nak tahu, itulah antara strategi yang dapat si anak mainkan sebagai memperlihatkan
ilmu putar belit yang dituntut dan ditimba daripada ayahndanya telah dapat
dikuasainya.
Sikapnya yang kononnya dilihat seolah-olah
melenting bila bercakap pasal calon, hanyalah pura-pura sahaja. Kalau orang
pakar dalam politik melihatnya, si anak itu sebenarnya sedang tersenyum riang
dengan isu itu. Wajahnya yang tersirat adalah dalam keadaan ceria dan gembira
sekali.
Tapi oleh kerana topeng agama yang dipakainya
berjaya menutup penglihatan orang ramai daripada melihat wajah sebenarnya, maka
si anak ini ‘menang’ untuk saat ini. Tok Janggut memang tak boleh nak tolong
lagi. Selagi topeng Islam ini tidak dibuang dari wajahnya, selagi itulah si
anak dan si bapa ini dihormati.
Walaupun kaum kerabat Tok Janggut tidak sedar
akan penyamaran pemimpin mereka itu, namun sekurang-kurangnya Tok Janggut nak mengajak
kaum kerabat supaya melihat ke Georgetown sekejap.
Tok Janggut nak siar ulangkan kenyataan
akhbar daripada seorang bekas Ahli Parlimen Pas yang juga Ahli Seumur hidup
parti itu.
Kata bekas Ahli Parlimen Sik, Kedah yang juga
Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, “Perjuangan politik Pas
kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan
DAP.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang
ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah
dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
“Adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama
Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan
pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan
golongan bukan beragama Islam.
“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan
Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas,” katanya.
Datuk Dr Shahnon kata, dasar Pas sekarang
tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.
DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan
menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.
Datuk Dr Shahnon ni pernah bertugas sebagai
Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM). Dia kata, pendekatan
Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah
seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah
dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

No comments:
Post a Comment