Tok Janggut tengah berdukacita ni. Dukacita dengan orang kita yang sanggup menanggalkan topeng agama dan bangsa sendiri untuk memihak kepada manusia yang agama dan bangsanya bukan daripada agama dan bangsa kita, bersama-sama menyetujui yahudi menghina Nabi Muhammad SAW.
Selain
berdukacita, Tok Janggut juga sedih dengan sikap seorang pemimpin yang jenis baik
di depan, tetapi jahat di belakang, sanggup bersengkokol dengan puak-puak kafir
untuk sama-sama memperlekehkan tindakan umat Islam membantah penghina Nabi
Muhammad SAW.
Selain
sedih, Tok Janggut juga turut kecewa dengan pemimpin yang mendakwa kononnya
mereka memperjuangkan Islam, tetapi pada masa sama mereka membela yahudi yang
membuat filem Innocence
of Muslims
dan menyokong kafir Malaysia yang enggan memohon maaf kepada umat Islam.
Apa
jenis manusia seperti ini? Di khalayak ramai bercakap mengenai Islam,
seolah-olah mereka sahaja yang tahu hukum hakam. Seolah-olah mereka sahaja
penganut Islam, sedangkan orang lain bukan Islam tulen. Tetapi apabila rakan
yang dipeluknya siang malam, dari kaum dan bangsa kafir menghina Islam, mereka mempertahankannya.
Apa
jenis manusia seperti ini? Di dalam negara bercakap hal-hal agama, tetapi
apabila di luar negara, bertemu dengan rakan-rakan yahudi, beliau mengutuk
kerajaan sendiri dan memperbodohkan umat Islam di depan rakan-rakan zionisnya?
Siapa
tidak sensitif kalau Nabi sendiri dihina. Agama yang dianuti diperlekehkan,
bukan saja oleh yahudi dan kafir, tetapi oleh penganut sendiri? Sesiapa pun
boleh membuat andaian sendiri dengan mengatakan umat Islam ada masalah sakit
jiwa dan sebagainya, tetapi apakah diri sendiri tidak mempunyai masalah itu?
Tok
Janggut nak mengambil contoh… contoh saja ya: “jika seseorang pemimpin itu kononnya
dituduh meliwat rakan baiknya atau pekerjanya atau kawan kepada rakannya atau
pemandu kepada isterinya atau dituduh berzina dengan isteri kawan baiknya atau
dituduh meniduri pelacur. Apa perasaan seseorang pemimpin itu? Adakah pemimpin
berkenaan tidak sensitif dengan tuduhan itu?
Padahal,
bagi Tok Janggut, tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang pemimpin itu adalah
suatu penghinaan terhadapnya. Bagaimana pula sekiranya pemimpin itu
bising-bising marah, menepis akan tuduhan itu dan membuat bantahan, tetapi
tiba-tiba di satu pihak yang lain mengatakan pemimpin berkenaan sakit jiwa dan
tindakannya sia-sia.
Kemudian
Tok Janggut nak memberi contoh lagi… juga sebagai contoh saja ni: “Jika
seseorang pemimpin itu yang mengangkat dirinya sebagai tok alim dan menyokong
rakan kafirnya memperlekehkan Islam, tiba-tiba dituduh penganut syiah? Walhal
dia betul-betul syiah. Apa perasaannya?
Sudah
tentu pemimpin berkenaan mengamuk marah. Sebab kalau boleh pemimpin itu tidak
mahu fahamannya yang bukan dari Sunnah Wal Jamaah diketahui rakyat. Bolehkah
Tok Janggut katakan kemarahan tok guru syiah ini sebagai seorang yang sakit
jiwa dan sia-sia?
Reaksi
mereka-mereka ini yang Tok Janggut nak tahu dan nak dengar. Supaya Tok Janggut
dapat beritahu kepada seluruh umat Islam bahawa mereka-mereka ini juga
mempunyai hati dan perasaan. Bahawa mereka-mereka ini mempunyai maruah dan
harga diri. Mereka tahu erti sensitiviti. Mereka tahu erti maruah dan mereka
tahu erti perghinaan terhadap diri sendiri.
Oleh
itu, pesan Tok Janggut kepada pemimpin-pemimpin seperti ini, walaupun bangsanya
Melayu, anutannya Islam, sama seperti bangsa dan agama yang Tok Janggut anuti,
jangan sekali-kali tunjuk bodoh dengan memberi sokongan kepada yahudi dan kafir
yang menghina Nabi Muhammad SAW. Cuba tunjuk sikap sensitif bersama ratusan
juta umat Islam yang lain. Barulah Islam bersatu, bangsa lain dan agama lain
tidak berani menyentuh Islam.
Tetapi
sekarang ini, mereka sewenang-wenangnya mempermainkan agama Islam,
memperlekehkan Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, ayat-ayat suci Al-Quran
dan Allah SWT. Kenapa mereka tidak takut? Sebab ada orang Islam kita sendiri
yang menyokong dan mengiyakan apa yang yahudi dan kafir itu lakukan. Sebab itu
golongan laknatullah ini makin besar kepala, sebab ada orang Islam sendiri di
belakang mereka.
Sekarang
ini pun, sejak Pas bergabung dengan PKR dan DAP, Tok Janggut nampak Islam makin
lemah. Tidak sekuat dulu. Dahulu, ketika Pas bersendirian, Tok Janggut nampak
sukar untuk puak-puak kafir sentuh orang Islam dan agama Islam.
Sekarang,
demi kerana politik, nak dapatkan sokongan atau undi puak-puak kafir, pemimpin-pemimpin
Pas telah meletakkan Islam sebagai kain lap kaki. Dipijak, digenyeh kemudian
diketepikan.
Ini
yang Tok Janggut nak ceritakan sikit pasal Cina DAP dari Perak ni. Mulutnya boros
sangat-sangat. Bercakap seolah-olah dia ni kaum majoriti di Malaysia. Berani tidak
bertempat, mempersoalkan bantahan yang dilakukan oleh umat Islam ke atas orang
yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Cina
jenis apa ni? Makin hari makin berani memperlekehkan umat Islam @ Melayu dengan
kata-kata yang teramat mengguris hati dan perasaan. Tetapi anehnya, orang-orang
Pas diam membisu saja dengan penghinaan Cina DAP ini.
Ini
yang menimbulkan tanda tanya Tok Janggut, kenapa sejak akhir-akhir ini, Cina DAP
ni makin berani mengutuk orang Islam, makin berani memijak-mijak kepala
orang-orang Islam dan makin berani menghenyak-henyak serta melenyek-lenyek
orang Islam sehingga lembik dan tidak bermaya.
Namun,
sejahat mana sekali pun Cina DAP ini mengutuk, menghina dan mempermain-mainkan
agama Islam, tidak ada seorang pun orang-orang ‘islam’ Pas atau orang-orang
‘Melayu’ PKR bangun menegur atau memberi amaran kepadanya. Tidak ada.
Jadi,
tidak mustahillah, kalau suatu hari nanti Islam di negara ini menjadi agama
minoriti, bangsa Melayu di Malaysia menjadi kaum keempat terbesar selepas Cina,
India, Dayak dam Panggang Mereka kutuk TokDua minggu lepas Cina ni ada
keluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia
mengadakan bantahan terhadap pembikin filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Cina
DAP tu mempersoalkan kenapa
orang Islam harus membuang masa dan tenaga membantah tindakan pembikin filem
yang menghina Nabi Muhammad.
Seminggu
selepas itu, Cina DAP ini memohon maaf melalui laman twitternya. Dia beri
alasan, kenyataannya itu tidak ada niat nak singgung perasaan umat Islam,
melainkan saja nak sindir dan pertikaikan tindakan Pemuda Umno.
Dua
minggu selepas itu, iaitu semalam, Cina DAP Perak ini menarik balik kenyataan
maafnya dan bertegas tidak akan memohon maaf kepada umat Islam. Barangkali Cina
DAP Perak ini beranggapan, tak minta maaf pun tak apa sebab umat Islam terutama
Melayu di Malaysia ni terlalu bodoh dan boleh dipermain-mainkan.
Katanya,
jika dia (Cina DAP) rasa bersalah, patut minta maaf. (Maknanya, kalau Cina tu rasa
tak bersalah tak perlulah minta maaf)…
Begitulah
hidup bermasyarakat. Dia tidak perlu campur tangan dalam urusan agama kita.
Kita pun tidak campur tangan dalam hal agamanya. Ini hak kita,” kata Harun
dengan nada lembut.
Selepas
ini Tok Janggut yakin dan percaya puak-puak kafir akan terus menghina Islam. Mereka
tidak takut berbuat demikian kerana kalau orang Islam marah, dia boleh minta
maaf. Baginya, orang Islam ni kalau marah hanya marah hangat-hangat taik ayam.


No comments:
Post a Comment