Tok Janggut sudah buat kiraan Matematik berhubung jumlah keluasan tanah yang diberikan oleh kerajaan Pas pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada dua pemimpin Cina DAP Perak, Nga dan sepupunya Ngeh itu.
Pada perkiraan Matematik Tok Janggut, jumlah 4,000 hektar kalau
dibahagikan kepada 2.4 hektar, akan keluar 1,666. Dan angka 1,666 ini bukan
hektar atau ekar, tetapi bilangan, iaitu jumlah orang yang sepatutnya mendapat tanah
itu.
Malangnya, Nik Aziz telah berikan tanah seluas 4,000 hektar yang
penuh dan padat dengan pokok balak itu kepada Cina luar Kelantan. Sedangkan,
mengikut perkiraan Tok Janggut, kalau jumlah 4,000 hektar itu dipecahkan lot,
ia boleh dimanfaatkan kepada seramai 1,666 orang penduduk miskin.
Cuba bayangkan atau gambarkan wajah setiap rakyat miskin jika
kerajaan negeri menganugerahkan setiap mereka 2.4 hektar atau enam ekar tanah itu
untuk dimajukan dengan pelbagai jenis aktiviti pertanian. Tentulah ceria dan tidak
ada kata bahasa nak diungkapkan, betapa gembiranya mereka.
Itu adalah jumlah yang Tok Janggut tahu telah diberikan
secara susut-susut (menyorok) oleh
kerajaan Pas kepada orang Cina Perak. Jumlah yang tidak diketahui, yang telah
diberikan kepada orang luar sejak tahun 1990 sehingga kini, barangkali mungkin mencecah
puluhan ribu hektar atau ratusan ribu hektar.
Cubalah buat perkiraan sendiri dari puluhan ribu hektar itu dibahagikan
kepada 2.4 hektar. Dah berapa belas ribu rakyat miskin bebas dari belenggu
kemiskinan. Rakyat yang hidupnya susah ni tak perlukan tanah yang luas sehingga
berpuluh-puluh hektar untuk dimajukan. Beri seluas 2.4 hektar bersamaan enam
ekar seorang pun sudah lebih dari cukup untuk mereka tampung dan sara keluarga
sepanjang hayat.
Sebenarnya, cukup mudah untuk kerajaan nak tingkatkan
ekonomi rakyat. Guna otak dan ambil kiraan Tok Janggut ini untuk diterjemahkan
dalam mesyuarat mingguan Exco. Tetapi, kalau otak sudah beku, kalau mata asyik
nampak duit jutaan ringgit, cakap apa pun mereka tak akan dengar.
Orang tua-tua kata, “air tenang jangan sangka tak ada
buaya”. Tok Janggut pula kata, “jangan sangka berserban berkopiah itu tanda
zuhud dan alim”. Biasanya, orang ‘zuhud’ dan ‘alim’ dalam Pas ini yang bahaya. Mereka
bijak menggunakan kata-kata untuk menunjukkan kewarakan. Padahal, kata-kata
warak itu adalah ungkapan iblis.
Iblis inilah yang menguasai diri pemimpin Pas sekarang, sehinggakan
mereka tidak nampak langsung penderitaan rakyat di negeri sendiri. Apa yang
mereka nampak ialah kemewahan yang mudah diperolehi daripada rakan-rakan kafir
dari luar sana, dengan hanya menggadaikan bumi tercinta ini.
Sedihlah kalau yang sepatutnya mendapat tanah itu adalah
rakyat miskin, tetapi secara dalam kenyataannya menjadi hak milik sebuah
syarikat yang dimiliki penuh oleh Nga dan Ngeh, Cina DAP yang anti-Melayu dan
anti-Islam.
Pada Pas, perbuatan ini bertepatan dengan slogannya “Membangun
Bersama Islam”, “Pas For All” dan “Negara Berkebajikan”. Maksud manifesto pun
sudah diubahsuai, iaitu daripada janji pilihan raya kepada bukan janji pilihan
raya.
Rakyat Kelantan kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas yang
menyamar warak dan alim. Rakyat Kelantan telah diperbodohkan mentah-mentah
sehingga ada antaranya tang taasub kepada pemimpin kanan Pas sanggup berbuat
apa saja, asalkan pada sangkaan mereka, apa yang dilakukan oleh pucuk
kepimpinan itu ‘menurut landasan agama’.
Jadi, Tok Janggut tak rasa peliklah kalau tiba-tiba rakyat
bangkit dan bantah menuntut penjelasan daripada Nik Aziz berhubung pemberian
tanah balak itu kepada DAP yang anti-Melayu, anti-Islam itu, kerana sewajarnya
mereka berbuat demikian kerana itu hak mereka.
Sebagai rakyat, mereka adalah pemilik bumi Kelantan. Mereka ada
hak ke atas harta itu. Nik Aziz dan konco-konconya yang berkopiah dan berserban
hanya diberi amanah oleh rakyat melalui pilihan raya empat tahun sekali untuk
menjaganya.
Apabila Nik Aziz diberi kepercayaan memikul tanggungjawab
menjaga harta benda rakyat, makanya Nik Aziz perlu amanah dalam menjaganya. Beliau
tidak boleh sewenang-wenangnya menyeleweng sesuka hati. Memberi tanah kepada
siapa yang dia suka.
Nik Aziz tidak boleh buat begitu. Beliau tidak boleh hakis
kepercayaan rakyat atas ‘kezuhudan’ dirinya dengan membelakangkan amanah rakyat.
Sungguhpun banyak lagi penyelewengan yang dilakukan, yang tidak disedari atau
tidak diketahui oleh rakyat, tetapi Allah Maha Melihat segalanya.
Apabila bercakap soal amanah, tiada siapa pun rela atau sanggup
melihat tanah air mereka digadai atau diberikan kepada orang asing begitu
sahaja. Walaupun pemberian itu dikategorikan sebagai tanda terima kasih atas
‘pertolongan’ atau ‘bantuan’ orang-orang kafir pada pilihan raya umum
sebelumnya.
Hatta Nik Aziz sendiri pun Tok Janggut rasa akan tercabut
kopiah dan serbannya kalau dapat tahu tanah miliknya di Pulau Melaka telah diberi
pajak kepada orang-orang Cina DAP atau kepada pihak yang bukan suku sakat darah
daging Cik Siti Wan Kembang.
Tok Janggut tak boleh bayangkan bagaimana rupa bentuk muka Nik
Aziz yang mengamuk sakan macam orang kena rasuk kalau dia dapat tahu tanahnya
atau mana-mana tanah wakaf di Pulau Melaka diberi pajakan selama 100 tahun kepada
orang Cina. Cina DAP.


No comments:
Post a Comment