Kalaulah pemimpin Umno yang keluarkan kenyataan memberi sokongan atau membenarkan penganut kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible berversi Melayunya, rasanya tak cukup dunia pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai Pas dan pembangkang bising.
Tak cukup sejuta, ditambahnya dua juta kecaman, kutukan,
kejian, cacian dan makian dihamburkan. Macam-macam ayat yang tak sedap didengar
dan tak sesuai dicakapkan akan mereka lemparkan kepada pemimpin Umno,
sebagaimana isu hudud.
Tetapi, oleh kerana kenyataan menyokong penggunaan kalimah
‘Allah’ itu keluar dari mulut pemimpinnya, maka senyap sunyi bagaikan ditelan
burung garuda. Tak bunyi langsung. Tidak kedengaran langsung suara kutukan,
kejian, makian dan cacian dilemparkan kepada Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Mat
Sabu dan Anwar Ibrahim.
Bahkan, segelintir pemimpin Pas dan pembangkang, pencacai
Pas dan pembangkang mengiyakan apa saja yang dipersetujui oleh keempat-empat makhluk
laknatullah ini, walaupun ia berkaitan dengan penghinaan terhadap agama Islam.
Malah, mereka-mereka ini membela dan memberikan hujah-hujah
bodoh yang tidak masuk akal semata-mata untuk menegakkan benang basah dan
menutup kelemahan serta kemaluan keempat-empat pemimpin laknatullah ini.
Tok Janggut berasa amat kesian, terutama kepada Nik Aziz,
Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih kesian kepada para pencacai
Pas dan pembangkang yang menurut apa saja kata-kata pemimpin mereka ini dengan
mata dan hati yang buta, telinga yang pekak tuli dan mulut yang bisu.
Sejahil-jahil Tok Janggut yang tak pernah seumur hidup sekali
pun menjejakkan kaki ke universiti, baik dalam mahupun luar negara, yang hanya
belajar agama di pondok-pondok buruk dengan tok-tok guru yang tidak ada sijil
atau ijazah akademik pun, tahu yang mana halal, yang mana haram, yang mana
boleh guna dan yang mana tak boleh guna.
Tetapi, Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim
yang bangga dengan pengajian ijazah, sarjana dan master akademiknya dari
universiti dalam dan luar negara, masih ada lagi kekurangan yang amat nyata
dalam diri mereka, iaitu jahil dalam pengetahuan agama.
Jelas dan nyata, tujuan mereka ini menceburi politik, bukan
untuk menegakkan agama, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri
dan politik. Umpama orang jahil memegang kitab al-Quran tanpa mengambil wuduk terlebih
dahulu. Bagi mereka, setakat pegang kulit kitab itu tidak mengapa walaupun
tidak ada wuduk. Beginilah pegangan mereka ini.
Apabila orang ramai tertanya-tanya, bolehkah memegang kitab
al-Quran tanpa wuduk, mereka akan jawab, “aku tahu apa yang kamu tidak tahu.
Aku kan tok guru. Aku kan tuan guru. Aku kan ustaz. Aku belajar di universiti
India, universiti oxford, universiti al-Azhar dan universiti-universiti di negara
Arab seperti Mesir, Mekah, Syria, Libya, Jordan, Sudan dan macam-macam lagi.
Kamu apa tahu?
Lantaran sikap takbur, ego, riak dan bongkak itulah Allah
menurunkan bala kepada pencacai Pas dan pembangkang dengan memberikan pendapat berbeza antara satu sama
lain. Antaranya, selepas Majlis Syura Pas mengeluarkan ‘fatwa’ melarang orang
kafir menggunakan kalimah ‘Allah’, tiba-tiba orang kuat PKR, Azmin Ali
membantahnya dan tetap bertegas mengatakan boleh guna.
Karpal Singh pun keluarkan kenyataan minta Majlis Syura Pas
mengikut keputusan Majlis Pakatan Rakyat yang membenarkan kalimah ‘Allah’
digunakan dalam kitab Bible versi Melayu. Dua kenyataan daripada dua pemimpin
kanan PR ini menyebabkan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam dilema dan tertekan. Dalam
hati mungkin rasa bersalah kerana membuat keputusan yang tidak memihak kepada
rakan kafirnya, tetapi sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebab Majlis
Syura Pas sudah berfatwa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Mashitah Ibrahim menyifatkan Pas seperti sarkis. Tidak ada pendirian yang
tetap. Kemudian orang kanan Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar pula menyabar Dr
Mashitah supaya BN juga keluarkan pendirian mengenai penggunaan kalimah
‘Allah’.
Kata Mahfuz, parti komponen BN seperti MIC, MCA dan
parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu menyatakan pendirian masing-masing. Apa
yang Tok Janggut hendak beritahu kepada Mahfuz, parti-parti komponen BN tidak
ada masalah. Mereka faham dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Mereka
tidak pernah desak sebagaimana DAP mendesak PKR dan Pas sehinggakan Pas terus
menyetujuinya.
Setakat ini isu kalimah ‘Allah’ belum selesai sepenuhnya.
Masih ada tekanan daripada DAP dan PKR serta segelintir parasit Pas yang
menyokong ideologi Anwarisme. Mereka ini yang memberi tekanan mental kepada Nik
Aziz dan Hadi Awang supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Pas dan Nik
Aziz serta Hadi Awang dilihat tidak mahu membuat kenyataan secara tergesa-gesa
lagi, takut ia memakan diri sendiri kerana sudah membuat kenyataan melulu di
awal isu kalimah ‘Allah’ ini dibangkitkan.
Nik Aziz dan Hadi Awang telah banyak membuat kesilapan dalam
perjuangannya menegakkan Islam. Setiap ‘fatwa’ mereka sentiasa dilihat
bercanggah dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada
mufti-mufti, ilmuwan dan cerdik pandai agama. Malah, setiap ‘fatwa’ yang
dikeluarkan oleh dua pemimpin ini sentiasa pula berbaur politik, tidak pernah
dikeluarkan demi menegakkan agama Islam.
Bahkan, ketika Nik Aziz mengumumkan keputusan Majlis Syura
Pas yang membuat ketetapan bahawa orang kafir tidak boleh menggunakan kalimah
‘Allah’, Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang tanpa rasa malu atau rasa bersalah,
mengumumkannya kepada khalayak. Tetapi apabila ditanya wartawan mengenai
pendiriannya sebelum ini, dia berdiam diri. Itulah tanda ketidakcerdikannya. Bercakap
tanpa merujuk kitab al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.


No comments:
Post a Comment