Oleh: Manzaidi Mohd
Amin
KUALA LUMPUR: Desas
desus bertiup kencang dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan hari ini, kononnya
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub akan melakukan rombakan besar-besaran barisan kabinet
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru dibentuknya pada 6 Mei lalu, dalam
bulan ini.
Menurut sumber
dalaman Pas, nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang
digugurkan daripada kabinet Exco selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) 5 Mei
lalu, disebut-sebut sebagai calon untuk jawatan itu.
Selain itu,
spekulasi mengenai rombakan dan pelantikan itu turut heboh diperkatakan dalam
laman sosial Facebook sama ada oleh pengikut pakatan pembangkang mahu pun Umno.
Ada antara mereka
termasuk penyokong Pas mempersoalkan kenapa perlu diwujudkan semula jawatan
timbalan menteri besar kedua, walhal ada satu jawatan pun gagal berfungsi
sepenuhnya dalam memaju dan membangunkan negeri serta rakyat.
Jika benar spekulasi
itu, bermakna kerajaan Pas Kelantan akan mempunyai dua timbalan menteri besar,
mengulangi sejarah kerajaan negeri yang mewujudkan jawatan itu setelah Pas bersama
rakan gabungannya, parti Melayu Semangat 46 (S46) berjaya menumbangkan kerajaan
Barisan Nasional (BN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.
Menteri Besar
Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik Datuk Mohd Rozali
Isohak dari S46 sebagai timbalan menteri besar II, manakala timbalan menteri
besar I dipegang oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dari Pas.
Bagaimanapun, Rozali
hanya memegang jawatan itu selama enam tahun sehingga 1996 berikutan pengasas
parti S46, Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan parti itu dan keluar daripada
Gagasan Rakyat untuk menyertai Umno semula.
Sumber berkata, tujuan
kerajaan negeri menghidupkan semula jawatan timbalan menteri besar II itu bukan
atas dasar Pas hendak berlaku adil kepada rakan gabungan dalam pakatan
pembangkang, sebaliknya dipercayai atas desakan pihak tertentu supaya mengembalikan
semula Husam dalam kabinet kerajaan negeri.
Malaysiagazette gagal mendapatkan
pengesahan daripada Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor,
apabila pertanyaan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dua hari
lalu tidak dijawab.
Menurut sumber itu
lagi, kerajaan Pas Kelantan dikatakan menghadapi beberapa masalah untuk melantik
Husam kerana nama yang dicadangkan itu perlu mendapat perkenan Sultan Kelantan,
Tuanku Muhammad Faris Petra.
Husam sebelum ini,
dikatakan kecewa dengan
tindakan Perhubungan Pas Negeri Kelantan kerana tidak memaklumkan kepadanya untuk
membuat pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru serta perlantikan
Exco Kerajaan Negeri yang baru.
“Ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting ini membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan,” kata Husam yang seolah-olah yakin terdapat amalan kronisme dalam perlantikan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru kerana jelas dengan kenyataan dia bahawa
“Ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting ini membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan,” kata Husam yang seolah-olah yakin terdapat amalan kronisme dalam perlantikan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru kerana jelas dengan kenyataan dia bahawa
"memohon tidak berlaku
amalan kronisme di semua peringkat" dalam pemilihan Exco baru.
Dakwaan Husam itu kemudian dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah sambil berkata, satu mesyuarat telah diadakan sehari selepas
PRU 13 di rumah Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk
memutuskan pelantikan menteri besar dan barisan Exco yang baru.
"Tidak
betul (dakwaan Husam), semua keputusan dibuat melalui mesyuarat, kita buat
mesyuarat pada pagi 6 Mei di rumah Nik Abdul Aziz dan semua keputusan
diputuskan di situ, tetapi Husam tidak hadir, sebab apa saya tidak tahu.
"Nik
Abdul Aziz sebut dengan terang dia mahu (Datuk) Ahmad Yakob menggantikannya
sebagai Menteri Besar dan dari segi senarai Exco sebagai mana amalan biasa,
kita serahkan kepada Menteri Besar untuk menyusun Kabinet sebab itu pasukan
beliau untuk bekerja dan dia lebih tahu siapa yang boleh bekerja dan
selesa," kata Mohd Amar.
Sumber lain pula mengatakan, rombakan kabinet
baru yang ‘terpaksa’ dilakukan itu ada kaitan dengan dengan asakan dari 'kem Nik Aziz'
yang kononnya tidak ada seorang pun wakil bekas menteri besar itu dalam barisan
Exco yang dilantik baru-baru ini oleh Menteri Besar yang baru.
Menurut sumber itu,
kedudukan Husam sebagai Naib Presiden Pas Pusat seolah-olah direndahkan
martabatnya apabila beliau tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri
yang mana jawatan itu disandangnya hampir dua penggal. - 16 Ogos 2013


No comments:
Post a Comment