Oleh: Manzaidi Mohd Amin
KUALA LUMPUR: Kira-kira tiga tahun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan nada angkuh membuat kenyataan kononnya kadar indeks jenayah di negeri itu menunjukkan petanda baik dengan penurunan sebanyak 32.0 peratus.
Kata Setiausaha Agung DAP itu, kadar penurunan yang dicatatkan itu adalah bagi tempoh dua bulan pertama bagi tahun 2011, berbanding tempoh yang sama tahun 2010.
Beliau mendabik dada dengan berkata, penurunan itu adalah hasil keberkesanan pentadbiran parti itu selepas mengambil alih Pulau Pinang daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) tahun 2008.
Ke mana saja beliau pergi, termasuk dalam ceramah politik anjuran pembangkang di seluruh negara, beliau dengan bongkak memuji-muji pentadbirannya sendiri, kononnya berjaya mengekang kadar jenayah dalam tempoh dua tahun mula mengambil alih negeri itu.
Pada masa sama, beliau menempelak negeri-negeri yang ditadbir oleh BN yang didakwanya tidak pandai mengurus dan mentadbir sehingga kadar jenayah di negeri berkenaan semakin meningkat serta ada antaranya dalam keadaan membimbangkan.
Bagaimanapun, dalam keghairahan Gua Eng mendabik dada dengan kadar indek jenayah, sebaliknya pula keadaan yang dilaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi minggu lalu.
Dalam kenyataan kepada wartawan selepas majlis pelancaran Ulul Albab sempena sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang bersama Komuniti oleh Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah di sini, malam Jumaat lalu, Abdul Rahim menyatakan, kadar jenayah di negeri itu bagi tempoh Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini meningkat sebanyak 281 kes atau 4.7 peratus.
Menurut Abdul Rahim, jumlah kes itu menyaksikan peningkatan, berbanding tempoh yang sama tahun 2012 melibatkan kes seperti samun berkawan tanpa senjata api dan kecurian termasuk kecurian motor van.
“Peningkatan ini tidak melibatkan semua kategori jenayah, selain jenayah samun tanpa senjata serta kecurian,” katanya.
Laporan itu sekali gus memalukan Guag Eng dan kerajaannya yang sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan sama ada dalam bentuk penafian atau mengiyakan stastistik yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang itu.
Mungkin beliau mengambil masa untuk memberi kenyataan balas, kerana sebagai ketua menteri, beliau tidak boleh ‘tergesa-gesa’ atau masih dalam keadaan terkejut dengan hakikat bahawa kes jenayah di negeri yang ditadbirnya meningkat.
Sebelum ini, pada 30 Julai lalu, sebagaimana dilaporkan portal rasmi DAP, RoketKini, Guan Eng cuba menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa lebih berpolitik berbanding memberi tumpuan membanteras jenayah.
Menurut
beliau, tiga kes tembak, termasuk pembunuhan Pengasas Bank Pembangunan
Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi di tengah-tengah Kuala Lumpur pada waktu
siang hari, membuktikan jenayah semakin meningkat bukan lagi persepsi, tetapi
bukti kegagalan polis dan keperluan mendesak untuk keluar daripada obsesi
terhadap musuh politik BN.
“Begitu
juga dua lagi kes tembak menyebabkan seorang terbunuh di Ipoh dan cedera di
Bukit Mertajam,” kata Guan Eng dalam portal itu.
Beliau
turut menegur polis apabila pasukan keselamatan itu cuba menyalahkan pemansuhan
Ordinan Darurat yang membenarkan ramai samseng dibebaskan, menyebabkan
berlakunya peningkatan jenayah bunuh di kalangan gangster.
“Pihak
polis tidak lagi boleh menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat terhadap
pembunuhan Hussain kerana beliau bukan penjenayah, tetapi seorang tokoh bank
antarabangsa yang dihormati.
“Kes
pembunuhan terbaru itu mengejutkan rakyat Malaysia yang menyedari betapa serius
kegagalan Kerajaan Persekutuan memastikan ketenteraman dan keselamatan awam,
terutamanya kes tembakan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, di Bahau, yang
juga berlaku di siang hari.
Guan
Eng lebih berminat menjadi ‘penganalisis’ jenayah bagi negeri-negeri yang
ditadbir oleh BN, tetapi seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada menjawab
persoalan peningkatan kadar indeks jenayah di negeri yang diperintahnya
termasuk negeri pakatan pembangkang di Kelantan dan Selangor.
"Pada
pandangan saya, kadar kenaikan jenayah ini dapat kita bendung dengan kerjasama
masyarakat," katanya, tetapi beliau sendiri tidak mempraktikkan di negeri
yang ditadbirnya sehingga merekodkan kadar indeks jenayah yang meningkat.
Di
mana kata-kata atau harapan Guan Eng agar tahun 2011 akan merekodkan lebih
penurunan dan mahu melihat Pulau Pinang lebih ‘bersih, hijau serta selamat’?
Sedangkan tidak sampai dua tahun daripada tahun yang diharapkan itu telah
menyaksikan peningkatan kes jenayah secara mendadak?
Sejauhmana
beliau menunaikan janjinya untuk memberi kerjasama kepada polis mengadakan
pemantauan berterusan di kawasan yang disenaraikan sebagai tumpuan jenayah,
kalau setiap masa asyik mempertikai dan mempersoalkan kewibawaan pasukan
keselamatan itu.
Kalau sepanjang tahun ini kadar
indeknya meningkat, bagaimana Guan Eng mahu mempertahankan kata-katanya bahawa Pulau
Pinang di bawah pemerintahan pakatan rakyat berjaya mengurangkan kadar jenayah
dan negeri itu menjadi selamat serta kadar jenayah menurun dengan alasan kerajaan
pakatan amat prihatin menjaga keselamatan rakyat berbanding dengan negeri yang
diperintah oleh BN.
Persoalannya,
dengan kejadian tembak yang semakin serius di Pulau Pinang sejak akhir-akhir
ini, dapatkah negeri itu kekal sebagai sebuah negeri yang paling selamat di
Malaysia? - 19 Ogos 2103


No comments:
Post a Comment