Oleh: Manzaidi Mohd
Amin
KUALA LUMPUR: Penggunaan
semula senarai 17 ahli, yang ada antaranya telah dipecat atau digantung sebagai
perwakilan dan layak mengundi dalam pemilihan terbaru jawatankuasa kerja pusat
(CEC) DAP pada 29 September ini, menunjukkan parti itu cuba bersandiwara dengan
Pertubuhan Pendaftar (ROS).
Selain itu, tindakan
DAP mahu menggunakan senarai pengundi sebelum ini iaitu yang dibatalkan oleh
ROS adalah untuk memastikan semua calon mereka yang menang pada pemilihan CEC
tahun lalu, akan kekal menang tahun ini.
Ketua UMNO
Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, DAP sebelum ini sedaya
mungkin berusaha untuk menggelakkan daripada mengadakan semula pemilihan CEC,
tetapi sebijak-bijak mereka memutar belit fakta dan berdolak dalik, akhirnya
terpaksa akur juga dengan arahan ROS.
“Melihat
perkembangan semasa yang berlaku dalam DAP, mereka cuba menggunakan segala
kepakaran yang ada termasuk akta-akta dan peruntukan tertentu dalam
perlembagaan parti bagi mengekalkan pemenang yang dipilih secara tidak sah pada
CEC Disember 2012.
“Pemimpin yang
memang itu yang mereka hendak sekarang ini, sebab itu mereka tidak dapat
menerima kenyataan pemilihan terdahulu dibatalkan oleh ROS dan proses kali ini
pun tidak lebih sebagai menyindir ROS,” katanya kepada Malaysiagazette di sini,
hari ini.
Dalam sidang
akhbar di ibu pejabat DAP baru-baru ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng
mengumumkan bahawa semua ahli, sama ada yang telah dipecat atau digantung oleh
CEC yang dipertikaikan itu, selepas Disember 2012, akan dibenar mengundi
mengikut senarai perwakilan lama.
Bagaimanapun, katanya, pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 September ini akan berlangsung di lokasi yang belum disahkan, tetapi di sekitar Lembah Klang.
Bagi memastikan pemilihan itu ‘berjalan lancar’ Lim berkata, parti itu akan mendapatkan perakuan pos untuk semua jemputan yang dihantar kepada para perwakilan supaya tidak lagi dituduh tidak memaklumkan mengenainya kepada mereka.
"(Tetapi) kami tidak akan memberi Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebab untuk mencari alasan yang sama terhadap DAP," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu,
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman meminta DAP supaya menjadikan
UMNO sebagai contoh terutama ketika parti itu berdepan dengan keputusan
mahkamah yang mengharamkan pendaftarannya pada tahun 1988.
Menurut beliau,
UMNO tidak pernah mempertikaikan keputusan itu, sebaliknya mendaftar satu
pertubuhan baru yang dinamakan UMNO Baru pada 13 Februari 1988.
“UMNO mengambil
masa selama sembilan hari dari tarikh parti itu diharamkan oleh mahkamah pada 4
Februari untuk mendaftar parti baru. Tetapi DAP, mengambil masa hampir setahun
untuk mengadakan semula pemilihan CEC, setelah pemilihan pada 2012 dibatalkan
ROS.
“Nampak sangat
DAP bukan sebuah parti demokrasi sebagaimana dilaung-laungkannya selama ini. Demi
kemenangan pemimpin yang mereka pilih, mereka sanggup menipu.
“Mereka boleh
tipu ahlinya, tetapi mereka tidak boleh tipu ROS,” katanya ketika dihubungi. - 23 Ogos 2013

No comments:
Post a Comment