Sebelum Tok Janggut memulakan topik minggu ini, terlebih dahulu Tok Janggut nak menyusun jari mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan orang-orang politik sama ada yang masih bernyawa mahupun yang sudah meninggal dunia.
Selamat tahun baru juga Tok Janggut ucapkan kepada
pembaca dan orang-orang politik, terutama tok guru. Semoga tahun baru 2013 akan
memberi banyak kesedaran dan keinsafan kepada tok guru dalam berpolitik.
Dan semoga juga tok guru sedar dan insaf bahawa
berpolitik sebenarnya banyak menghimpunkan dosa-dosa kering dan dosa-dosa basah
yang tak terpikul oleh tok guru atas apa yang tok guru lakukan seperti
mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya menjaga serta membela rakyat.
Tok Janggut kata begitu kerana Tok Janggut teringat
akan kata-kata Ayah Sin (Tan Sri Hussein Ahmad) suatu ketika dahulu. Ayah Sin
kata, pemimpin yang berjawatan rendah, dosanya kecil dan sedikit berbanding
orang politik yang berjawatan tinggi dan besar.
Ayah Sin membuat contoh, katanya, dosa ADUN agak kecil
kerana seseorang ADUN tak boleh menipu besar. Seorang Exco, dosanya besar
sikit daripada seorang ADUN sebab segala keputusannya dalam menabur janji
kepada rakyat perlu mendapat restu daripada MB.
Begitu juga dosa seorang Timbalan Menteri Besar.
Dosanya besar sikit daripada dosa yang dipikul oleh Exco sebab seperti
diketahui umum, seorang timbalan menteri besar hanya menjadi pak turut kepada
menteri besarnya.
Oleh itu, jelaslah tahap dosa yang akan dipikul oleh
seorang menteri besar. Besarnya dosa seorang menteri besar adalah lebih besar
daripada dosa yang dipikul oleh seorang ADUN, seorang Exco dan seorang timbalan
menteri besar.
Tok Janggut sangat takut akan dosa yang besar. Sebab
itu pada Tok Janggut, kalau tak jadi pemimpin politik pun tak apa. Pemimpin
yang munafik kepada rakyat, rakyat tak akan memaafkan kita sampai bila-bila dan
selagi rakyat tidak memaafkan kita, selagi itulah kita akan memikul dosa,
walaupun 100 tahun atau 1000 tahun kita beramal.
Tok Janggut bukan nak tunjuk pandai pasal agama, pasal
hukum hakam agama, tetapi Tok Janggut sekadar nak beri peringatan kepada
pemimpin politik terutama yang berjawatan tinggi supaya dalam memimpin kena
ingat dosa pahala.
Jangan anggap kita mengajar agama setiap pagi Jumaat,
kita tak ada dosa. Jangan anggap hukum yang kita lafazkan itu berasaskan
daripada pengetahuan yang kita miliki. Nak bergelar tok guru tak boleh sumpah
seranah, maki hamun, memfitnah atau menuduh orang lain jahil atau kafir.
Nak jadi tok guru juga kena tahu cara berdakwah. Kena
berbuat baik kepada rakyat yang sama agama dan sama bangsa dengannya. Juga kena
pastikan rakyat beragama Islam dan berbangsa Melayu mendapat segala kebaikan
dan kebajikan. Bukannya bila bergelar seorang tok guru, rakyat bukan seagama yang
diutamakan.
Seorang tok guru juga tak boleh menyimpan dendam atau
berdendam. Tok guru kena sentiasa senyum, kena sentiasa bersabar, peramah,
pengasih dan penyayang, bukan bercakap macam murai tercabut ekor bila rasa tak
puas hati kepada seseorang. Bukan bercakap merapu hingga tergelincir daripada
landasan seorang yang alim, warak dan zuhud bila tak puas hati kepada
seseorang.
Tiap masa dan ketika bercakap mengenai Allah dan Nabi
Muhammad, tetapi perbuatan dan sikap menunjukkan seolah-olah tidak kenal Allah
dan Nabi Muhammad. Langsung tidak mencerminkan diri seorang sebagai tok guru.
Sedihnya Tok Janggut dapat seorang tok guru macam ni
hinggakan Tok Janggut rasa malu nak mengaku berasal dari negeri Serambi Mekah. Malu
dengan sikap dan perangai tok guru, yang bercakap seperti tak tahu agama. Suka
menuduh. Suka mencaci maki dan suka berjanji palsu.
Sebagai seorang beragama Islam, bila Tok Janggut kaji
sejarah pemerintahan tok guru sejak tahun 1990 sehingga tamat penggal PRU 12
ini, Tok Janggut berasa amat sedih sekali. Sedih kerana banyak tanah-tanah
rizab Melayu sudah dijual dan diberi pajakan kepada orang bukan Islam.
Tanah-tanah hutan yang kaya dengan hasil balak, emas,
timah dan tembaga diberikan kepada orang bukan Islam, kononnya mereka ini yang
dapat ‘usahakan’ menjadi duit. Dan duit itu pula, kononnya akan masuk ke poket
kerajaan negeri untuk pembangunan.
Kalau betul itu yang berlaku, taklah Tok Janggut
persoalkan, tetapi yang berlaku ialah tanah-tanah yang diberikan kepada orang
bukan Islam itu adalah hak rakyat. Dan ‘hasil’ yang dikatakan masuk ke poket
kerajaan negeri itu hanya 000.001 peratus daripada kekayaan yang orang bukan
Islam dapat.
Negeri berkebajikankah macam ni, kalau rakyat hidup
merempat? Negeri Islamkah macam ni, kalau rakyat hidup merana dan miskin?
Tanah-tanah yang diteroka dan diusahakan oleh rakyat dengan tanam-tanaman
dirampas, diambil balik dan diberikan kepada orang bukan Islam?
Tok Janggut tak tahu apa ada dalam pemikiran tok guru. Mengabaikan
rakyat sendiri, mengutamakan kroni dan rakan-rakan bukan Islam. Kalau dalam
pemikiran Tok Janggut yang sempit ini, mudah saja Tok Janggut buat keputusan...
Itu adalah perbuatan menyalahgunakan kuasa. Apa yang Tok Janggut nampak ialah
tok guru telah menggunakan kuasanya untuk menyusukan kera di hutan, sedangkan anak
sendiri dibiarkan kebuluran.
Dan perangai tok guru ni pula amat buruk sekali. Setiap
kesalahan atau penyelewengan yang dilakukan, kalau didedahkan oleh rakyat,
mulalah keluarkan kenyataan berbaur ugutan. Nak saman. Itulah jawapannya untuk
tutup kes atau isu berkenaan dipanjangkan.
Tak ‘gentlemen’ langsung. Sepatutnya, bila kita dah
buat salah, biarlah rakyat ungkit dan bangkit. Atau pun jawablah secara
profesional, biar rakyat tahu apa yang kita buat tu betul dan apa yang rakyat
anggap tak betul tu ‘betul’. Bukannya tutup mulut rakyat dengan ugutan nak saman.
Kalau macam ni, sedaplah jadi menteri besar. 100 tahun
pun boleh jadi menteri besar. Buat silap… “ikut akulah… engkau tahu apa… engkau
peduli apa…”. Rakyat langsung tak boleh nak ungkit. Kalau ungkit juga,
tunggulah surat saman dari ‘loyer’ akan sampai. Akhirnya rakyat terkontang
kanting dengan seribu satu pertanyaan.
Tok Janggut tabik dengan Ketua Pemuda Umno Bahagian
Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof yang yakin dan percaya rakyat masih
keliru serta tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung pemberian
tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari
Perak.
Tanah tu hak milik kerajaan negeri Kelantan atau dengan
lain perkataan, hak milik rakyat Kelantan. Tetapi 4,000 hektar daripadanya
telah diberikan kepada orang bukan Islam yang tinggal luar dari Kelantan. Macam
tak ada orang Kelantan yang nak diberikan tanah tu. Orang bukan Islam dari
parti DAP juga diberinya.
Isu inilah, bila rakyat Kelantan ungkit, tok guru ugut
nak saman. Mudahnya tok guru takutkan rakyat. Tak baik tok guru buat macam tu. Kalau
kita dah terbuat silap, biarlah rakyat lepaskan amarahnya. Lagipun, rakyat ada
hak nak tanya, nak tegur dan nak marah dengan sikap baik hati tok guru kepada
Cina DAP itu.
Tok guru seharusnya lebih profesional. Cuba tok guru
tengok pemimpin Umno yang kena fitnah. Ada pemimpin Umno ugut nak saman? Contohnya,
orang-orang yang sama waktunya dengan tok guru tuduh perdana menteri bunuh altantuya.
Ada perdana menteri ugut nak saman?
Contohnya lagi, orang-orang yang juga sama waktu dengan
tok guru tuduh bini perdana menteri beli cincin berlian harga puluhan, malah
ratusan juta ringgit, ada bini perdana menteri ugut nak saman? Tak ada pun. Bahkan,
perdana menteri dan bininya ‘steady’ je dengan tuduhan itu. Kenapa mereka
berdua ‘steady’? Sebab mereka tak buat. Apa nak takut… nak kecoh… nak saman?
Berani kerana benar.
Tok guru pun harus macam perdana menteri dan bininya
jugalah. Kena sentiasa ‘steady’, bukan gelabah tak tentu pasal dan ugut nak
bawa ke mahkamah. Mana kejantanan tok guru?


No comments:
Post a Comment