Tahun 80-an dulu Tok Janggut berusia 20-an. Dah bekerja. Dah ada gaji dan pendapatan. Cuma di awal usia tu Tok Janggut belum kahwin lagi. Sebabnya, mak dan ayah Tok Janggut pesan, kalau nak kahwin, kena ada simpanan dulu.
Bagi orang tua, simpanan yang mereka
maksudkan mesti ada rumah sendiri dulu. Mesti ada kereta sendiri dulu dan mesti
ada pendapatan tetap dulu baru boleh fikir soal kahwin. Nak berumah tangga dan
nak pelihara anak perempuan orang.
Alhamdulillah, di akhir tahun 80-an,
berkat usaha gigih Tok Janggut bekerja dan simpan duit, dapatlah Tok Janggut
beli sebuah rumah kos sederhana pada kadar harga RM32,000 dan sebuah kereta
terpakai.
Maknanya, dengan adanya rumah sendiri
dan kereta sendiri, Tok Janggut telah layaklah nak mendirikan rumah tangga.
Lihat keadaan Tok Janggut yang dah stabil, mak dan ayah Tok Janggut pun
restulah Tok Janggut berbini.
Di akhir tahun 80-an jugalah Tok
Janggut bernikah dan sehingga kini dikurnikan enam orang anak. Alhamdulillah.
Syukur. Tiga daripada anak Tok Janggut pun dah besar-besar dan dah ada
pendapatan masing-masing. Cuma tiga lagi masih bersekolah.
Sedari anak dah besar-besar, Tok
Janggut pun gunalah nasihat mak ayah Tok Janggut kepada anak-anak Tok Janggut.
Suruh mereka beli rumah dan beli kereta sebagai persediaan masa depan
kalau-kalau dah ada hati nak berbini.
Bila sebut pasal beli rumah, anak-anak
pun merungutlah. Mereka kata, masa zaman ayah dulu bolehlah beli rumah kos
rendah harga RM25,000 dan rumah kos sederhana RM32,000. Di zaman 90-an hingga
2000-an ni mana ada lagi rumah macam tu.
Mereka kata lagi, yang ada sekarang ni
rumah-rumah teres semuanya harga RM75,000 ke atas seunit. Rumah Semi-D harga
RM150,000 ke atas seunit dan rumah banglo harga paling murah pun antara
RM250,000 ke RM450,000 seunit. Mana mampu.
Tok Janggut terfikir. Iya tak iya
jugak. Tok Janggut perasan, sejak tok guru ambil alih Kelantan tahun 1990,
semua projek pembinaan rumah kos rendah berharga RM25,000 dan kos sederhana berharga
RM32,000 seunit dah tak ada lagi dah. Yang ada pembinaan rumah kos sederhana
berharga RM75,000 ke atas.
Maknanya Tok Janggut antara manusia
Kelantan yang bernasib baiklah dapat beli rumah ketika kerajaan Barisan
Nasional (BN) perintah. Kalau Tok Janggut buat tak peduli masa umur 20-an dulu,
gerenti sampai sekarang pun Tok Janggut tak mampu beli rumah dalam zaman Pas
perintah.
Kenapa jadi begitu? Siapa yang mampu
beli rumah sempit, walaupun tiga bilik dengan harga RM75,000? Kalau tidak orang
bukan Melayu. Orang bukan Islam. Jadi, apa motif kerajaan Pas Kelantan
menghapuskan projek rumah kos rendah dan kos sederhana?
Apakah dengan memperkenalkan skim rumah
mampu milik, orang Melayu, orang Islam mampu membelinya pada harga RM150,000 ke
atas seunit? Ini nak mampus orang Melayu, nak mampus orang Islam namanya.
Seperti yang didedahkan oleh Ketua Umno
Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, bahawa kerajaan Pas Kelantan
banyak meluluskan tanah untuk pembinaan rumah, tetapi kelulusan itu khusus
untuk membina rumah jenis kondominium yang pastinya tidak mampu dibeli atau
dimiliki oleh orang Melayu, orang Islam.
Sejak 1990 sehingga kini, jarang nampak
kelibat Melayu, kelibat orang Islam tinggal di rumah-rumah yang dibina pada
zaman Pas memerintah. Boleh dikatakan, dalam 150 unit, hanya seorang atau dua
orang sahaja muka Melayu beragama Islam. Selebihnya wajah-wajah sepek.
Tok Janggut berasa amat sedih dengan
perkembangan ini. Ia berlaku di Kelantan. Di negeri yang kononnya diperintah
oleh kerajaan Islam. Apa Islamnya kalau tanah rizab Melayu telah dijual,
digadai dan dipajak kepada bukan Melayu.
Apa Islamnya kalau orang Melayu, orang
Islam hidup merempat di negeri sendiri. Menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu
dan kaum bukan Islam.
Begitu juga dengan tanah. Tok Janggut
nak ceritakan kisah bapa saudara Tok Janggut yang mendapat kebenaran daripada
bekas MB dulu, Allahyarham Datuk Asri Muda untuk meneroka tanah di ulu
Kelantan.
Selama 40 tahun bapa saudara Tok
Janggut meneroka, bercucuk tanam dan mendirikan rumah kediaman di atas tanah
seluas enam ekar, tetapi sehingga kini tanah itu belum diberi hak milikkan oleh
kerajaan Pas Kelantan. Maka bergelarlah bapa saudara Tok Janggut itu sehingga
sekarang dengan panggilan Peneroka Haram.
Namun, apa yang mengejutkan Tok Janggut, iaitu selepas
mengikuti sesi perbahasan Bajet 2013 Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak,
seorang wakil rakyat BN mendedahkan kerajaan Pas Kelantan telah menganugerahkan
tanah seluas 4,210.4 hektar bersamaan lebih kurang 105,000 ekar kepada syarikat
Upayapadu Plantation Sdn Bhd.
Kenapa Tok Janggut sebut nama syarikat dari Perak ni?
Kerana dua ekor pengarah syarikat ini ialah pemimpin kanan DAP Perak, iaitu
Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Kedua-dua Cina
ini berasal dari Perak, tetapi mendapat tanah yang begitu luas daripada
Kerajaan Pas Kelantan.
Siapa tak sedih kan. Rakyat sendiri yang berbangsa Melayu,
beragama Islam usaha lebih 40 tahun tanah hutan seluas enam ekar, sampai
sekarang belum dapat hak milik, tetapi Cina DAP Perak, yang tak ada kena
mengena dengan darah daging Melayu dan Islam, senang-senang mendapat tanah yang
cukup luas. Boleh buat 10 lapangan terbang.
Sedihkan. Tapi, itulah hakikatnya kerajaan Pas Kelantan
lakukan terhadap rakyatnya.
Tok Janggut difahamkan, penganugerahan tanah seluas lebih
4,000 hektar kepada Cina DAP itu dikatakan sebagai habuan kerajaan Pas Kelantan
kepada DAP Perak kerana melantik Adun Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaluddin
dari Pas menjadi MB Perak untuk selama 11 bulan.
Sebagai tanda terima kasih kepada Cina DAP itu, maka
kerajaan Pas Kelantan pun berkata, “ambiklah tanah yang ‘tak seluas mana ini’
(di Kelantan) sebagai balas jasa.
Tok Janggut termenung seorang diri memikirkan apa lagi akan
menimpa nasib bangsa Melayu, umat Islam Kelantan pada masa akan datang. Dahlah
nak milik rumah, tidak mampu beli. Teroka tanah selama 40 tahun pun dinafikan
hak milik.
Dengan itu, marilah kaum kerabat Tok Janggut di Kelantan.
Ajaklah anak-anak yang cari rezeki di perantau, balik kampung memberi undi
kepada kerajaan BN pada PRU 13 ini supaya tanah seluas lebih 4,000 hektar yang
diberikan kepada Cina DAP itu dapat ditebus semula.
Supaya ‘peneroka haram’ yang usaha tanah hutan selama
setengah abad mendapat hak milik dan supaya skim rumah kos rendah, rumah kos
sederhana dan rumah mampu milik benar-benar dilaksanakan menepati kemampuan
sebenar rakyat Kelantan.
Tok Janggut nak ajak kaum kerabat Tok Janggut, marilah kita
memajoritikan bangsa Melayu, umat Islam dalam pemilikan rumah, tanah, perniagaan
dan pekerjaan di tanah kelahiran sendiri. Bukan lagi hidup merempat dan menjadi
hamba.



No comments:
Post a Comment