Wednesday, 13 May 2015

LFL jangan masuk campur urusan Islam

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 14 Aug 2013




KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan Lawyers for Liberty (LFL) yang mendakwa mereka sebagai memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang diminta tidak masuk campur dalam urusan agama lain.

Tindakan campur tangan secara membuta-tuli termasuk menyamakan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Taliban merupakan perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab serta boleh menyemarakkan api kemarahan orang Islam yang sejak bulan Ramadan yang lalu telah dihina secara berterusan oleh bukan Islam di negara ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, NGO yang dikatakan menjaga hak asasi dan reformasi undang-undang itu juga sebenarnya telah melanggar hak asasi umat Islam melalui kenyataan yang berbaur perkauman dan sengaja mahu mengeruhkan lagi keadaan.

MAIJ seperti Taliban

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 13 Aug 2013


KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menyamakan tindakan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ke atas surau milik sebuah resort di Kota Tinggi, Johor, seperti Taliban.

NGO itu menerusi Twitter miliknya mempersoalkan kenapa surau yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi itu perlu dirobohkan hanya kerana tidak menghadap kiblat, sambil menekankan arah kiblat perlu dipatuhi oleh manusia, bukan oleh surau.

"Taliban dah bertapak di Malaysia - syabas BN (Barisan Nasional),

"MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salah guna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

Anwar letak syarat jika mahu bincang kerajaan perpaduan

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 13 Aug 2013


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu perbincangan berhubung cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan diadakan.

Laporan laman web Asia Sentinel memetik temubual Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai berkata, antara syarat itu ialah Umno perlu memastikan akhbar miliknya, Utusan Malaysia menghentikan ‘serangan’ membakar sentimen perkauman terhadap masyarakat Cina dan India terlebih dahulu.

"Jika Umno sanggup terima syarat ini, barulah cadangan agar kerajaan perpaduan dengan kerjasama antara pakatan pembangkang dan Umno itu boleh diperhalusi,” kata Anwar yang menyampaikan pesanan itu kepada Najib melalui perantara.

Bungkusan mengandungi bom meletup, kerani sekolah maut

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 11 Aug 2013
Mayat Mohd Yusrizal yang hampir hancur akibat terkena letupan bom ditutup dengan kain dan payung sementara menunggu dibawa ke hospital.
TUMPAT: Seorang lelaki maut apabila bungkusan hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta milik abang iparnya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Cabang Empat, dekat sini, tiba-tiba meletup.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bekerja sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Manik Urai, Kuala Krai itu mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di tangan dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, mangsa bersama isteri dan anak berusia empat bulan datang ke ibu mertuanya di kampung itu malam tadi untuk berhari raya.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai berada di dalam rumah dan keluar mengambil bungkusan berwarna hitam yang diletakkan di atas bumbung kereta Naza Kia itu setelah diberitahu isterinya.

Pemandu teksi miliki pistol haram tertembak diri sendiri

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 09 Aug 2013


KUALA LUMPUR: Ketika polis giat menjalankan siasatan berhubung kes tembak, hari ini, seorang pemandu teksi cedera akibat tertembak diri sendiri dengan pistol miliknya.

Persoalan bagaimana lelaki berusia 27 tahun itu memiliki pistol tanpa lessen terjawab apabila beliau cuba mendapatkan rawatan akibat mengalami kecederaan pada tangan dan paha kiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamah, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika siasatan, lelaki itu cuba berbohong dengan mendakwa kononnya pistol berkenaan ditemui tertinggal dalam teksi itu oleh seorang penumpang.

Katanya, kejadian berpunca daripada kecuaiannya lelaki itu yang juga bekerja sebagai pengutip bil sambilan ketika memerika pistol yang dimiliki secara haram itu.

Isteri mati selepas tiga hari dibakar suami

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 09 Aug 2013


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang suami durjana yang bertindak membakar isterinya akibat cemburu dalam kejadian di rumah sewa mereka di Medan Kraftangan, Setapak dekat sini, tiga hari lalu.

Bagaimanapun, isteri lelaki itu, Aruba Kumara, 34, yang terbakar seluruh badan, mati kira-kira jam 9.20 malam tadi ketika menerima rawatan di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5 Ogos lalu, suspek yang bekerja sebagai pengangkut sampah dikatakan pulang ke rumah dan berlaku pertengkaran antara mereka yang berakhir dengan mangsa disimbah petrol, sebelum dibakar.

Katanya, dalam keadaan api marak di seluruh badan, mangsa sempat menjerit minta tolong yang kemudian didengari beberapa jiran serta orang ramai.

Air sungai cetek, petani rugi RM165 juta

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 05 Aug 2013


KOTA BHARU: Masalah kekurangan bekalan air untuk menampung keperluan lebih 10,000 petani di kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di negeri ini bukan perkara baru sebaliknya keadaan itu telah menyaksikan petani menanggung kerugian setiap tahun apabila tanaman padi musnah sejak lebih 20 tahun lalu lagi.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada kegagalan kerajaan Pas negeri ini mengawal aktiviti pembalakan di kawasan hulu menyebabkan paras air Sungai Kelantan turun secara mendadak.

Ahli Lembaga Pengarah Kada, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah itu ialah pemanasan global, penebangan hutan secara tidak terkawal dan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Kelantan.

Katanya, lebih 10,000 petani di bawah agensi itu mengalami kerugian kira-kira RM165 juta tahun lalu akibat masalah air Sungai Kelantan yang semakin cetek.

ADUN Semerak tawar bertanding MT

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 05 Aug 2013


KOTA BHARU: Yakin dengan kewibawaannya memimpin peringkat bahagian mendorong Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman menawarkan diri mencuba nasib bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Ketika menyatakan hasrat itu, beliau membayangkan kedudukannya sebagai Ketua Umno bahagian yang perlu pergi lebih jauh dalam parti sekiranya mahu memastikan perjuangannya membela Melayu dan umat Islam tercapai.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah memikirkan masa depan rakyat di bahagian berkenaan yang perlu diberikan lebih perhatian demi masa depan bangsa dan agama.

"Saya membuat keputusan bertanding di peringkat MT semata-mata untuk memperluaskan penglibatan saya dalam politik, di samping tekad untuk memberi perkhidmatan kepada parti," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Ramadan di kediamannya di Kampung Pulau Lima, dekat sini, semalam.

Nik Aziz hanya penambah kekuatan Pas

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 04 Aug 2013


KOTA BHARU: "Kewujudan tok guru Nik Abdul Aziz hanyalah sebagai penambah kekuatan Pas sahaja, dia tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

"Kita tidak nafikan tok guru tetap memberi kekuatan kepada Pas, tapi bila dia tiada, benih Islam yang ditanam tetap terus subur dan berkembang," katan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Beliau bagaimanapun mengakui Pas tetap menghadapi cabaran selepas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur, tetapi percaya ia tidak sampai menjejaskan perjuangan dan sokongan parti.

Namun begitu, katanya, Pas Kelantan menolak dakwaan kononnya parti itu kini seperti ‘anak ayam kehilangan ibu’ selepas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan tidak lagi aktif berpolitik.

Sebaliknya, beliau mendakwa, Pas tetap kuat dan semakin mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan rakyat walaupun ketiadaan bekas menteri besar itu.

Zaid not confident of a Pas win in DUN Kuala Besut


by MANZAIDI MOHD AMIN - 22 Jul 2013 

KUALA LUMPUR – This Wednesday sees fierce competition between candidates from Barisan Nasional (BN) and Pas in the by-elections for the Kuala Besut state-seat (DUN).

Pas has been working extremely hard from the beginning in fishing for votes at every ballot box to ensure victory for their candidate, Endot@Azlan Yusof, hence depriving BN’s right as the ruling party after an easy majority win at the recent 13th General Elections (GE13).

However, when posed with the chances of a Pas victory in Kuala Besut, the opposition coalition’s strongman Datuk Zaid Ibrahim has his own views.

He said Pas will never win, and what was certain is the party has to face with stark difficulties since the battle is at UMNO’s long-time stronghold.

“For Pas to win is difficult. How can Pas win? This is a by-election where Kuala Besut and the district of Besut itself is an UMNO stronghold. So the hope for Pas to win is pretty difficult,” he said when met by MalaysiaGazette at his home in Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya.