KOTA
BHARU: Masalah kekurangan bekalan air untuk menampung keperluan lebih
10,000 petani di kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
(Kada) di negeri ini bukan perkara baru sebaliknya keadaan itu telah
menyaksikan petani menanggung kerugian setiap tahun apabila tanaman padi
musnah sejak lebih 20 tahun lalu lagi.
Keadaan itu dikatakan berpunca daripada kegagalan kerajaan Pas negeri ini mengawal aktiviti pembalakan di kawasan hulu menyebabkan paras air Sungai Kelantan turun secara mendadak.
Ahli Lembaga Pengarah Kada, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah itu ialah pemanasan global, penebangan hutan secara tidak terkawal dan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Kelantan.
Katanya, lebih 10,000 petani di bawah agensi itu mengalami kerugian kira-kira RM165 juta tahun lalu akibat masalah air Sungai Kelantan yang semakin cetek.
"Masalah ini melibatkan petani yang mengusahakan tanaman padi di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.
"Beberapa tahun lalu, petani boleh tanam padi sehingga empat kali setahun di bawah program tanaman luar musim, namun sejak kebelakangan ini keadaannya telah berubah apabila air sungai semakin cetek dan rumah pam Kada di Kemubu serta Pasir Mas tidak dapat mengepam air sungai ke dalam tali air," katanya pada majlis penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Ketereh, semalam.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan zakat kepada 250 golongan kurang bernasib baik dan penerima dividen tanaman cili secara berkelompok menerima wang zakat berjumlah RM100 dan bakul makanan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Md. Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, sepanjang musim penanaman padi tahun lalu, Kada hanya dapat menuai kira-kira 205,000 tan, namun jatuh kepada 119,000 tan iaitu pengurangan sebanyak 15,000 tan tahun ini.
Menurut beliau, projek menakung air di Rumah Pam Kemubu yang dilaksanakan agensi itu baru-baru ini melibatkan peruntukan RM10 juta, turut gagal dilaksanakan berikutan arus sungai yang deras menyebabkan benteng hampir roboh.
Bagaimanapun, katanya, Kada akan melaksanakan satu lagi projek 'empangan terapung', (weir) di depan Sungai Lemal, Pasir Mas dengan peruntukan kira-kira RM30 juta dalam tempoh terdekat ini bagi menyelesaikan masalah itu.
"Pelbagai projek dilakukan bagi menyelesaikan masalah air Sungai Kelantan yang semakin cetek, terutama pada musim panas serta membantu petani meneruskan aktiviti pertanian mereka.
"Bukan petani sahaja terjejas, malah pelbagai usahawan seperti pengeluar baja, racun dan lain-lain yang berkaitan pertanian yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga turut menerima tempias berikutan masalah itu," katanya. --MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment