KOTA
BHARU: "Kewujudan tok guru Nik Abdul Aziz hanyalah sebagai penambah
kekuatan Pas sahaja, dia tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong
kekal di atas dasar Islam.
"Kita tidak nafikan tok guru tetap memberi kekuatan kepada Pas, tapi bila dia tiada, benih Islam yang ditanam tetap terus subur dan berkembang," katan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Beliau bagaimanapun mengakui Pas tetap menghadapi cabaran selepas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur, tetapi percaya ia tidak sampai menjejaskan perjuangan dan sokongan parti.
Namun begitu, katanya, Pas Kelantan menolak dakwaan kononnya parti itu kini seperti ‘anak ayam kehilangan ibu’ selepas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan tidak lagi aktif berpolitik.
Sebaliknya, beliau mendakwa, Pas tetap kuat dan semakin mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan rakyat walaupun ketiadaan bekas menteri besar itu.
"Setakat ini saya dapati sokongan rakyat kepada Pas walaupun tok guru tidak ada dalam parti langsung tidak terjejas. Ini semua sangkaan dan dakwaan pihak-pihak tertentu yang iri hati dengan Pas serta mahu melihat Pas hancur.
"Lagipun Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan dalam kerajaan bukan kerana desakan rakyat atau parti, tetapi disebabkan faktor usia dan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis kesyukuran di Kampung Pak Mayong dekat Pasir Puteh, semalam.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sokongan rakyat kepada Pas bukan kerana ketaksuban terhadap individu tertentu, tetapi dasar parti yang memperjuangkan Islam.
Menurut beliau, Pas mendapat kekuatan daripada penyokongnya yang istiqamah dengan parti yang memperjuangkan Islam dan melaksanakan pemerintahan mengikut al-Quran dan Hadis.
"Penyokong Pas ditarbiyah dengan baik, kita lihat bagaimana Datuk Asri Muda (bekas Yang Dipertua Pas dan Menteri Besar Kelantan) meninggalkan Pas dahulu, Pas tak mati juga.
"Apa yang penting ialah kita semua komited menyokong perjuangan parti, tidak berpecah dan saling bersandar antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata, penyokong perlu memberi fokus kepada usaha mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
Katanya, Pas bersyukur kerana beroleh kemenangan bukan sahaja jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, malah menang besar dalam perjuangannya menegakkan Islam. --MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment