Wednesday, 13 May 2015

Pemandu teksi miliki pistol haram tertembak diri sendiri

Oleh Manzaidi Mohd Amin - 09 Aug 2013


KUALA LUMPUR: Ketika polis giat menjalankan siasatan berhubung kes tembak, hari ini, seorang pemandu teksi cedera akibat tertembak diri sendiri dengan pistol miliknya.

Persoalan bagaimana lelaki berusia 27 tahun itu memiliki pistol tanpa lessen terjawab apabila beliau cuba mendapatkan rawatan akibat mengalami kecederaan pada tangan dan paha kiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamah, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika siasatan, lelaki itu cuba berbohong dengan mendakwa kononnya pistol berkenaan ditemui tertinggal dalam teksi itu oleh seorang penumpang.

Katanya, kejadian berpunca daripada kecuaiannya lelaki itu yang juga bekerja sebagai pengutip bil sambilan ketika memerika pistol yang dimiliki secara haram itu.

"Kita menahannya atas kesalahan memiliki pistol tanpa lesen dan sebelum kejadian juga, pemandu teksi ini dikatakan baru membawa seorang penumpang.

"Pada mulanya dia mendakwa terjumpa satu beg sandang berwarna hitam di tempat duduk penumpang dan secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan yang mengenai dirinya sendiri ketika cuba mengeluarkan pistol dari beg itu," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tembakan itu kemudian menembusi tapak tangan kirinya, manakala kelongsong peluru tersangkut pada paha kiri.

Katanya, lelaki itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) unuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Dia kini ditahan untuk siaatan lanjut mengikut seksyen8(a) Akta Senjata Api 1960,” katanya. --MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment