KOTA
BHARU: Yakin dengan kewibawaannya memimpin peringkat bahagian mendorong
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman menawarkan diri mencuba
nasib bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti
tidak lama lagi.
Ketika menyatakan hasrat itu, beliau membayangkan kedudukannya sebagai Ketua Umno bahagian yang perlu pergi lebih jauh dalam parti sekiranya mahu memastikan perjuangannya membela Melayu dan umat Islam tercapai.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah memikirkan masa depan rakyat di bahagian berkenaan yang perlu diberikan lebih perhatian demi masa depan bangsa dan agama.
"Saya membuat keputusan bertanding di peringkat MT semata-mata untuk memperluaskan penglibatan saya dalam politik, di samping tekad untuk memberi perkhidmatan kepada parti," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Ramadan di kediamannya di Kampung Pulau Lima, dekat sini, semalam.
Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau yakin akan mendapat undi daripada perwakilan, Zawawi berkata, menang atau kalah, sama ada dipilih atau tidak adalah adat pertandingan dalam politik.
Menurutnya, yang penting ialah seseorang pemimpin itu perlu berani menghadapinya walaupun menyedari calon yang bakal bertanding bukan calang-calang pemimpin.
"Saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Majlis Kerja Tertingi bagi musim pemilihan kali ini kerana memikirkan keutuhan di peringkat bahagian perlu dimantapkan hingga ke akar umbi dengan menguatkan perpaduan dalam kalangan ahli serta kepimpinan.
"Saya sentiasa terbuka untuk pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian yang saya pegang sekarang ini, walaupun sebahagian besar cawangan mengambil keputusan sebaliknya iaitu minta bertanding ke peringkat MT," katanya.
Sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan zakat kepada kira-kira 1,000 penduduk miskin dan meraikan majlis berbuka puasa bersama lebih 5,000 jemputan. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifle Ali.
Zawawi yang juga ADUN Semerak berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pelbagai spekulasi akan timbul selepas mengumumkan keputusan itu, tetapi ia tidak mengoyahkan semangat dan cita-citanya.
"Sepanjang musim pemilihan ini, sama ada di peringkat bahagian mahupun MT boleh berlaku segala kemungkinan dan saya sedia menghadapinya kerana ini adalah rencah politik yang tidak dapat dielakkan, selain tidal menggugatkan pendirian saya untuk bertanding di peringkat pusat," katanya.
Mengenai pembangunan Semerak, Zawawi berkata, proses itu ianya memerlukan masa untuk dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya, oleh kerana kawasan itu baru bertukar wakil rakyat iaitu daripada Pas kepada Barisan Nasional (BN), penduduk Semerak perlu bersabar dan memberi kepercayaan kepadanya untuk membawa masuk pembangunan di kawasan itu. --MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment