KUALA
LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan syarat
kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu perbincangan
berhubung cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan diadakan.
Laporan laman web Asia Sentinel memetik temubual Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai berkata, antara syarat itu ialah Umno perlu memastikan akhbar miliknya, Utusan Malaysia menghentikan ‘serangan’ membakar sentimen perkauman terhadap masyarakat Cina dan India terlebih dahulu.
"Jika Umno sanggup terima syarat ini, barulah cadangan agar kerajaan perpaduan dengan kerjasama antara pakatan pembangkang dan Umno itu boleh diperhalusi,” kata Anwar yang menyampaikan pesanan itu kepada Najib melalui perantara.
Dalam laporan portal itu juga, Anwar dipetik sebagai berkata, isu asas iaitu menghentikan serangan perkauman mesti diselesaikan dahulu kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi serta perubahan.
"Saya memaklumkan (kepada Najib) melalui perantara itu bahawa, isu pokok, isu asas mesti diselesaikan terlebih dahulu, (Umno) hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.
Namun, sehingga itu, Anwar dikatakan tidak menerima sebarang balasan dari Perdana Menteri itu.
Dalam temubual itu, Anwar dilaporkan mendakwa Najib telah menggunakan khidmat bekas Naib Presiden Indonesia, Yussuf Kalla menerusi kunjungan tokoh politik itu ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali termasuk yang terbaru pada pertengahan Julai lalu.
Sebelum ini Yusuf pernah menggemparkan politik Malaysia dengan pendedahannya mengenai sikap Anwar yang memungkiri janji bagi satu perjanjian rahsia mengenai Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dikatakan telah dibuat antara beliau dengan Najib.
Perjanjian bertulis itu seperti dilaporkan akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ), didakwa antara lain merangkumi syarat, di mana kedua-dua pihak perlu menahan diri daripda membuat serangan peribadi, di samping menerima serta menghormati keputusan PRU 13.
Perkara itu didedahkan oleh Jusuf Kalla yang mendakwa dirinya menjadi orang tengah dalam perjanjian Anwar dengan Najib yang dibuat sebulan sebelum proses PRU 13 berjalan pada 5 Mei lalu. - Malaysiagazette

No comments:
Post a Comment