Friday, 30 November 2012

Isu salun, Pas nak perangkap Umno



Hari ini Tok Janggut nak merayu kepada pemimpin-pemimpin Umno supaya jangan cepat melatah dengan isu salun yang dibangkitkan oleh Pas Kelantan.

Semua ini adalah jerat yang sengaja dipasang oleh Pas untuk memerangkap Umno bagi membolehkan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu mendapat sokongan pengundi, dan sekali gus kekal menang dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Kenapa Tok Janggut kata perangkap atau jerat? Sebabnya kalau pemimpin Umno masih ingat, sekitar awal tahun 2000 dulu Pas Kelantan pernah keluarkan peraturan ini. Melarang orang perempuan, tak kira Melayu atau Cina atau India tak boleh gunting rambut pelanggan lelaki.

Dan orang lelaki pula, tak kira Melayu, Cina atau India tak boleh masuk salun yang pekerjanya atau pengguntingnya orang perempuan.

Ingat tak? Kalau pemimpin Umno tak ingat, itu tandanya mereka dah pendek umur. Bagi Tok Janggut, arahan dan larangan ini masih lagi segar dalam ingatan. Tok Janggut sendiri berasa takut nak masuk salun nak gunting rambut. Takut kena cekup.

Ketika itu Tok Janggut tak ada pilihan, terpaksa cari merata daerah tukang gunting lelaki sebab rambut Tok Janggut dah panjang. Dah tumbuh ekor cicak dah kat belakang kepala. Cari punya cari tukang gunting lelaki, tak juga jumpa.

Last sekali terjumpa salun Mei Lin (Cina) atau salun Mek Kedam (Siam). Nak tak nak, Tok Janggut masuk juga salun tu gunting rambut. Tapi hati memang berdebar. Takut kalau-kalau tok guru Nik Aziz dan beberapa penguatkuasa datang cekup Tok Janggut.

Dalam masa Mei Lin atau Mek Kedam potong rambut Tok Janggut, mulut mereka tak henti-henti membebel marahkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri, yang kononnya nak laksanakan peraturan Islam.

Mereka marah sebab hukum Pas itu turut melibatkan ekonomi dan masa depan orang bukan Islam, walhal sebelum pilihan raya macam-macam tok guru Nik Aziz dan para baruanya berjanji terhadap golongan bukan Islam.

Tapi bila dah menang dan ada kuasa, lain pula yang dilaksanakan. Bercanggah 380 darjah dengan yang dijanjikan sebelum ini. Seolah-olah janji sebelum ini dibuat oleh manusia kafir dan pasik, tak nampak langsung imej Islam yang ada dalam diri puak-puak Pas ini.

Sebab itu, apabila isu ini dibangkitkan semula dekat pilihan raya umum ke-13 ini, Tok Janggut anggap ini sebagai jerat atau perangkap daripada tok guru Nik Aziz. Mereka nak nyatakan mereka ni Islam. Laksanakan Islam, jaga Islam, bela Islam.

Padahal, mereka inilah pemusnah Islam, penghancur Islam, golongan yang merendah-rendahkan Islam dan mempermainkan Islam sehingga agama yang dibawa dan dipandu oleh Nabi Muhammad SAW hilang maruah dan tidak lagi dihormati oleh bukan Islam.

Puak-puak pimpinan tok guru Nik Aziz lah yang memusnahkan dan menghancurkan agama Islam. Mereka menggunakan sepenuhnya hukum hakam Islam untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Golongan pasik dan munafik ini menggunakan sepenuhnya hukum hakam Islam untuk menarik sokongan orang ramai dan apabila mereka berjaya memperolehi apa yang dicita-citakan itu, mereka meletakkan semula Islam ketepi dinding seperti kain buruk.

Mereka akan menggunakannya empat tahun akan datang, iaitu pada pilihan raya umum ke-14. Begitulah seterusnya Islam diperlakukan oleh Pas atau Pasik.

Kalaulah pemimpin Umno tersalah atau tersilap jawab isu ini, nescaya ia akan memakan diri pemimpin Umno itu sendiri. Pas perangkap pemimpin Umno dengan agama. Mereka hanya menunggu kekhilafan sahaja untuk diperbesarkan dan diumumkan kepada khalayak betapa tak cerdiknya pemimpin Umno mengenai hukum hakam agama.

Oleh itu, pada Tok Janggut, lebih baik pemimpin Umno berdiam diri dan membiarkan Pas berkemelut dengan golongan bukan Islam. Pemimpin Umno boleh nak campur tangan, tapi bukan dengan publishkannya, sebaliknya main di belakang tabir.

Selepas 22 tahun baru nak haramkan orang perempuan potong rambut orang lelaki?


Tok Janggut gelak sorang-sorang. Tok Janggut tersenggeh sorang-sorang bila seorang wakil rakyat Pas Kelantan bagitau nak kuatkuasakan undang-undang larang orang wanita gunting rambut orang laki-laki.

Tok Janggut gelak sebab sesudah 22 tahun memerintah, baru hari ni mereka terima ‘wahyu’ mengatakan perbuatan itu berdosa dan haram.

Tok Janggut tersenggeh sebab baru hari ni kerajaan Pas Kelantan bawah pimpinan tok guru Nik Aziz sedar benda ni salah disisi agama.

Rupa-rupanya selama ini… selama 22 tahun memerintah, tok guru Nik Aziz dan konco-konconya boleh terlupa mengambil tahu bahawa dalam agama anutannya ada mengatakan haram bagi orang wanita menggunting rambut orang lelaki.

Tok Janggut pun boleh dikatakan tiap-tiap bulan sejak Pas ambil alih Kelantan pada tahun 1990 sampai sekarang gunting rambut di salun. Yang kerat rambut Tok Janggut adalah mek Cina dan ada kalanya Tok Janggut hulur kepala kat mek Siam.

Mana boleh salahkan Tok Janggut macam tu sekali. Manalah Tok Janggut tahu gunting rambut dengan orang perempuan tu berdosa atau haram, sebab selama ni tok guru Nik Aziz tak pernah pun keluarkan ‘fatwa’.

Hanya hari ni baru orang tua tu nyatakan hukum hakamnya, iaitu selepas 22 tahun dia jadi menteri besar dan mursyidul am. Maknanya selama tulah dia tanggung dosa Tok Janggut dan kaum kerabat Tok Janggut yang gunting rambut dengan orang perempuan.

Bagi Tok Janggut, selagi tok guru Nik Aziz tak keluarkan ‘fatwa’, selagi tu Tok Janggut anggap apa saja perbuatan dan perilaku yang Tok Janggut laku atau terlakukan tidak mendapatkan dosa.

Samalah macam suami, kalau dia tak jaga, tak suruh atau tak ajar anak-anak dia bersolat, isteri-isteri dia bersolat, selagi tu si suami akan tanggung semua dosa-dosa anak-anak dan isteri-isteri dia.

Begitulah tok guru Nik Aziz. Selama 22 tahun dia jaga Kelantan, mustahil dia tak tahu hukum hakam orang laki potong rambut dengan orang perempuan. Tapi selagi dia berdiam diri, rakyat akan anggap semuanya tu okey.

Sekarang ni, mungkin tok guru Nik Aziz dah terima ‘wahyu’, baru nak kuatkuasakannya. Dah tentulah larangan itu mengejutkan semua pihak. Terutama orang-orang bukan Islam seperti Karpal Singh dari DAP.

Kata Karpal, dia terkejut apabila kerajaan Pas Kelantan memutuskan mahu menguatkuasakan ketetapan undang-undang seperti itu ke atas orang bukan Islam. Justeru, dia mahu tok guru Nik Aziz campur tangan.  

"Kerajaan negeri telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak akan diperluaskan kepada bukan Islam. Pas juga telah menyatakan hudud hanya akan dikenakan kepada umat Islam.

"Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," kata Karpal dalam nada bimbang.

Bagi Tok Janggut, apa yang kerajaan Pas lakukan ini hanya sebagai gimik untuk menghadapi pilihan raya sahaja. Selepas ini, larangan ini akan jadi ‘kambing hitam’ sama macam pengasingan pembayaran di kaunter beli belah dan pasang lampu dalam panggung wayang.

Semuanya hangat-hangat taik ayam. Pas tak pernah serius dalam perancangannya nak kuatkuasakan hukum Islam. Sebab bagi Pas, Islam hanya alat untuk mencapai cita-cita dan impiannya dalam politik dan menawan puncak Putrajaya.

Beginilah kalau tok guru Nik Aziz berangan-angan. Sama seperti Mat Jenin.

Hati busuk, perangai pun busuk



Tok Janggut tertanya-tanya kenapa lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru itu tidak mengimankan sembahyang berkenaan? Kenapa disuruh adiknya mengimankan sembahyang itu? Entah sembahyang apa yang mereka sembahyangkan, Tok Janggut pun tak tahu. Tetapi itulah sembahyang yang dilakukan mengikut kepercayaan mereka.
 
Malam tu Tok Janggut tengok ribuan manusia sesat berkumpul dan berhimpun di padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sedang bersembahyang. Iman yang mengimankan sembahyang itu adalah adik kepada seorang lelaki tua nyanyuk bergelar tok guru.

Kumpulan itu mengaku mereka beragama islam. Sama ada betul atau tidak, Tok Janggut tak berapa yakin. Sebab sebagai seorang penganut Islam, Tok Janggut tahu benar apa itu Islam, apa yang orang Islam harus buat dan harus tinggalkan.

Kalau mereka Islam seperti Tok Janggut, mereka tak akan mendoakan kehancuran sesama Islam. Islam yang Tok Janggut anuti larang perbuatan mungkar, menggalakkan perbuatan yang baik-baik.

Tetapi yang Tok Janggut tengok, agama anutan puak-puak berkopiah hijau seperti yang berhimpun di padang Stadium Sultan Muhammad Ke IV ini bukan islam yang Tok Janggut anuti. Jauh sekali islam mereka Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Islam puak-puak berkopiah hijau yang dipimpin oleh seorang lelaki tua yang bergelar tok guru ini islam yang menganjurkan kehancuran. islam yang menggalakkan perpecahan, islam yang sengaja mahu melihat umat Islam Nabi Muhammad sesat, berbalah sesama sendiri dan memesongkan ayat-ayat al-Quran serta hadis Nabi SAW.

Itulah yang Tok Janggut lihat, apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh kumpulan anutan islam yang dibawa dan diajar oleh seorang lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru ini. Syurga neraka di tangannya. Hukum hakam di mulutnya. Pendek kata lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru ini meletakkan islam itu di tangannya.

Gelagat pemimpin tua yang mempermainkan agama ini sudah menjelaskan kepada umum akan sebuah hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
“Allah tidak akan mengabil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain”. - (Hadis riwayat al-Bukhari).

Apabila Tok Janggut baca hadis ini, maka terzahirlah dalam hati Tok Janggut akan apa yang berlaku di Kelantan pada malam itu. Ribuan orang ramai menjadikan seorang lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru sebagai imam.

Sedangkan lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru itu bukanlah seorang yang alim, ulama, zuhud dan ahli agama, sebaliknya manusia yang bertopengkan syaitan, yang menjalankan amanah untuk menyesatkan manusia zaman moden ini.

Pada pemahaman Tok Janggut, Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Ulama pula adalah orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mereka adalah orang yang mendalami ilmu.

Tetapi apa yang dilakukan oleh seorang tua nyanyuk yang bergelar tok guru ini jauh menyimpang dan terpesong daripada Islam sebenar yang dianuti dan diamalkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang menjadi pegangan pemimpin Islam dalam Umno.

Sedangkan golongan sesat inilah yang mendoakan kepada tuhan mereka supaya menurunkan bala bagi menghancurkan kerajaan Umno yang berpegangan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalau dikenang dan difikirkan, di zaman ini, sudah hampir tiada lagi ulama yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai, melainkan hanya pernah belajar beberapa bidang ilmu, tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja.

Ini berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut ulama adalah mereka yang menguasai dengan ‘ahli’ banyak cabang-cabang ilmu. Atau dengan lain perkataan, golongan ulama semakin lama semakin berkurangan.

Justeru, Tok Janggut nak mengingatkan akan diri Tok Janggut dan seluruh kaum kerabat Tok Janggut, dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini, ditambah pula dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu, marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada ulama sebenar yang masih ada kerana kehidupan kita tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan daripada mereka ini.

Namun yang menyedihkan Tok Janggut, hari ini ramai orang tidak menyedari situasi berkenaan hingga mereka mengatur kehidupan dunia mengikut cara mereka sendiri tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan mahupun nasihat.

Tok Janggut tengok, ulama (golongan Mufti) telah dipinggirkan, bahkan dianggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata-mata. Akibatnya timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan keduniaan.

Justeru, kalau dilihat perkembangan orang ramai hari ini yang taksub kepada kepimpinan seorang lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru, tidak hairanlah mereka sanggup menjadikan kepimpinan lelaki tua nyanyuk yang bergelar tok guru itu yang jahil lagi bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan.akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan.

Sokong Nik Aziz, sokong membawa rebah



Hari ini Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat pula menyambut baik dan merestui hasrat Ahli Parlimen Marang, Terengganu itu. Katanya, “Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar-benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya umum akan datang untuk menentang mereka yang mengagung-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama.
 
Minggu lepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada cakap secara acah-acah kononnya sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan, Pahang, tempat YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pegang dan menang.

Tok Janggut tak nak komen lebih-lebih pasal telatah kedua-dua pemimpin yang dah tua lanjut ni, sebab bagi Tok Janggut, semua itu hanya mainan mereka yang dah kehabisan idea dan modal berpolitik.

Abdul Hadi cara Abdul Hadi nak cari publisiti murahan. Sekejap nak berundur, sekejap dan bersara, manakala Nik Aziz pula dengan cara dia sendiri nak tunjuk belang kononnya dia seorang tua yang masih hebat dan masih lagi mampu menjadi ketua.

Padahal kedua-dua pemimpin ini sudah lapuk dek hujan, sudah lekang dek panas. Masih menyalak walaupun suaranya sudah tidak didengari sesiapa lagi. Itulah warna-warna kehidupan dua manusia yang dijadikan boneka dalam gabungan pakatan rakyat ini.

Berbalik kepada hasrat Abdul Hadi nak bertanding di Parlimen Pekan. Tok Janggut nak tanya sikit, sudah muktamadkah hasrat itu? Atau hanya sekadar nak uji sokongan pengundinya di Marang?
Kalau benarlah Abdul Hadi nak pergi ke Pekan. Nak lawan Datuk Seri Najib, sudahkah dia bersedia fikizal dan mental? Takut nanti pergi dengan segalas pakaian, seguni beras, balik nanti sehelai sepinggang, melekat nasi di dahi. Almaklum, nak masuk kubu musuh bukan semudah disangka.

Abdul Hadi kena ingat, dia sekarang ni akan dijadikan kambing hitam oleh Pas yang diterajui Nik Aziz. Bimbang nanti yang dikendong di Marang keciciran, yang dikejar di Pekan tak kedapatan. Jadilah sama nasib dengan bekas timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

Pekan adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN), kawasan yang sekian lama dipegang oleh Datuk Seri Najib. Tetiba Abdul Hadi nak tunjuk hero, nak tunjuk jaguh nak masuk kawasan orang. Samalah macam Abdul Hadi letak kaki kat sarang kerengge. Apa rasanya kena gigit dan kena cucuk air bias kerengge? Meraung tak berlagulah nanti.

Oleh itu, Tok Janggut nasihat Abdul Hadi, jangan ghairah sangat nak melawan orang lain. Tilik diri sendiri dulu. Sungguh pun bergelar tuan guru, tidak bermakna diri tu sempurna. Begitu juga dengan Nik Aziz, disanjung dipuja. Itu hanya rakyat Kelantan sahaja, di negeri lain sanjungan sebegitu tak akan didapatinya.

Lagipun Tok Janggut tertanya-tanya kenapa Nik Aziz beriya sangat menyambut baik hasrat Abdul Hadi nak bertanding di Pekan? Ada udang sebalik batu ke? Dan Abdul Hadi jangan lupa, Nik Aziz pernah tidak sukakan dia dulu hanya kerana menyokong Barisan Nasional menganjurkan Perpaduan Nasional.

Kalau mengikut firasat Tok Janggut, kedudukan Nik Aziz lebih selesa berbanding kedudukan Abdul Hadi. Nik Aziz setakat ini belum lagi tewas dalam pilihan raya umum. Abdul Hadi pernah kalah kepada calon BN.

Dan apa saja yang Abdul Hadi berhasrat dan berhajat, sekiranya dilihat boleh mengurangkan beban parti, beliau dialu-alukan pergi tanpa perlu kembali-kembali lagi. Itulah scenario dalam Pas pimpinan Nik Aziz sekarang. Abdul Hadi harus ingat, parti dah lama kata pergi. Cuma kata-kata itu dizahirkan dalam bentuk kiasan.

Nik Aziz tahu, sejauhmana kudrat dan reng Abdul Hadi nak berlawan dengan Datuk Seri Najib di Pekan. Sebab itu, beliau tidak segan silu mengalu-alukan. Sepatutnya Nik Aziz larang Abdul Hadi. Tegah, jangan pergi ke kawasan orang kalau nak kekal lama jadi Ahli Parlimen dan dalam parti.

Bagi Tok Janggut, kedua-dua pemimpin Pas ini ibarat lori kicap tahun 60-an. Sudah tua dan uzur. Injinnya pula bunyi berdaum-daum macam bunyi injin lori hantu. Ekzosnya pula dah keluarkan asap hitam yang tebal pekat dan berbau busuk.

Lori kicap tahun 60-an ini, kalau nak digunakan sekarang hanya layak untuk punggah sampah sekitar bangunan pejabat sahaja. Nak guna untuk bawa pengangkutan di luar, nak hantar barang jauh-jauh dah tak boleh, takut nanti akan menyusahkan orang lain.

Peringatan kepada Abdul Hadi, nak masuk kubu musuh bermakna seperti menyerahkan nyawa. Mustahil musuh akan beri perghormatan dan mengalu-alukan kedatangannya. Musuh tidak akan berbaik dengan musuh. Selagi tidak dikorbankan, bukan musuh namanya.

Yang paling Tok Janggut tertarik dengan kata-kata Nik Abdul Aziz ialah hasrat Abdul Hadi itu adalah sebagai cakap presiden yang perlu dituruti dan disokongi. Nampak sangat ‘sokongan’ Nik Aziz itu akan membawa kepada kerebahan Abdul Hadi.

Nak tikam kawan bukan kerja susah. Hanya beri cadangan dan sambut baik saja sudah menempatkan kawan itu ke ‘tali gantung’ yang akan menjerut leher dan menghembuskan nafas terakhir di situ. Maka berakhirlah karier politik kawan berkenaan.

Si kawan pula hendaklah berhati-hati dengan sokongan kawannya kerana sokongan itu bukan bersifat memberi semangat, sebaliknya lebih kepada mengakhiri tempoh berpolitik. Bila sudah kalah, orang tidak akan memandang hormat lagi. Jadilah kain buruk untuk menyapu air mata.

Tuesday, 13 November 2012

Nik Aziz masih nak bertanding?


Tok Janggut setuju dan sokong sangat-sangat kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin berhubung tok guru Nik Aziz nak bertanding atau tidak.

Dengan kata lain, “aku peduli apa…” atau “peduli taik….”

Tok Janggut nak tanya, siapa sangatlah tok guru Nik Aziz ni? Siapa yang gelar dia tok guru? Sekolah mana yang belajar? Dan apa sangatlah jasanya kepada negara, negeri, agama, bangsa dan parti? Ayu cuba jawab tehh…

Pernah tengok tok guru Nik Aziz dijemput sebagai ahli panel seminar, bengkel, simposium, diskusi, debat, forum, konvensyen untuk membentangkan kertas kerja membicarakan mengenai Islam? Ketamadunan Islam? Kefahaman Islam?

Tak pernahhh… Tak pernah ada. Jadi, apa yang melayakkan dia bergelar tok guru? Entahlah… hanya si buta dari gua hantu dengan tongkatnya…

Sepanjang hidup ni teringin sangat Tok Janggut nak tengok walau sekali tok guru tampil di pentas membicarakan mengenai topik keintelektualan Islam sebagaimana Tok Janggut melibat kehebatan Prof Dato’ Dr Sheikh Uthman El-Muhammady membentangkan kertas kerjanya.

Mampukah tok guru Nik Aziz nak disetandingkan dengan Prof Dato’ Dr Sheikh Uthman El Muhammady, yang apabila membentangkan kertas kerjanya, segala isi dan pointnya sangat intelek?

Tok Janggut terpegun apabila mengamati pembentangan bicara oleh Prof Dato’ Dr Sheikh Uthman mengenai ketamadunan Islam. Pembentangannya lebih merujuk kepada cendekia mengikut kacamata Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun. Ini lantaran wacana beliau dari dulu sehingga sekarang tidak pernah berganjak dari dua tokoh itu.

“Saya tidak punya masalah dengan itu, kerana kedua tokoh itu melahirkan karya besar yang sangat bermanfaat. Namun membataskan kajian dan bacaan dan terikat dengan dua tokoh ini adalah sikap yang merugikan.

“Dalam khazanah ilmu Islam ada Ibn Kathir yang melahirkan tafsri dan kitab sirah Bidayah wan-Nihayah. Juga Ibnu Taimiyah (guru kepada Ibnu Kathir) dengan Majmu’ al-Fatawa yang berjumlah 18 jilid (betulkan angka jilid ini jika saya tersilap).

“Bahkan kitab-kitab wacana Ibn Taimiyah antara yang paling banyak dirujuk ulama kontemporari seperti Qaradhawi dan Al-Qarni. Ia meliputi bab politik kenegaraan, akidah dan pemikiran. Begitu juga nama-nama lain seperti Az-Zahabi, Ibn Qayyim, juga Imam-imam 4 mazhab dan imam-imam dari pengarang kitab hadith yang 7 (kutubus sittah).”

Ada ke sesiapa pernah tengok atau pernah dengar tok guru Nik Aziz bercakap dalam bentuk seorang intelek dan cendekiawan agama?

Tak pernah ada.

Kenapa?

Sebab tok guru Nik Aziz bukan seorang cendekiawan atau ilmuwan atau orang yang intelek. Beliau hanyalah seorang manusia kampung yang tidak dianugerahkan keistimewaan itu.

Debat beliau, seminar beliau, diskusi beliau, forum beliau, simposium beliau hanyalah di padang-padang sekolah, di padang-padang bola dan di padang-padang markaz Pas, menyampaikan ceramah politik kotor yang isi kandungan dalam ‘kertas kerjanya’ penuh dengan baris-baris ayat berunsur mencaci, memaki, menghamun, mengecam dan memfitnah orang Islam yang lain.

Sebab itu, kalau Tan Sri Muhyiddin kata, beliau tidak kisah dengan tok guru Nik Aziz… itulah yang sepatutnya ada dalam diri pemimpin Umno sejak dahulu lagi. Jangan mempedulikan orang tua itu. Biarkan dia dengan harta kekayaannya di Pulau Melaka.

Bab ni Tok Janggut nak tabik spring pada Tan Sri Muhyiddin. Soal tok guru nak bertanding ke tidak, itu dia punya pasal. Dia tahulah dia tak akan rebah untuk sepenggal dua lagi, sebab itu dia akan terus bertanding. Itu hak dia. Dia punya duit untuk deposit.

Dia adalah seorang lelaki tua yang lupa akan sakit demam dan mati. Masih tidak mahu mengaku kalah, walaupun secara lahirnya dia sudah TKO. Dia masih menganggap otaknya masih cergas dan ligat, walhal, sepanjang memegang jawatan menteri besar, tidak pernah ada satu pun ideanya diterjemahkan untuk dilihat atau dibanggakan oleh rakyat.

Kehidupan sehariannya di padang-padang di atas pentas ceramah politik. Duduk di atas kerusi sambil tidur sementara menunggu gilirannya untuk bangun berucap melemparkan kata-kata nista dan bohong, selain menghasut rakyat supaya membenci kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Entah kenapa tok guru Nik Aziz anti sangat kepada Umno. Menurut sesetengah pendapat tok guru adalah seorang pendendam. Beliau dikatakan marah kepada Umno kerana Umno dikatakan memungkiri janjinya terhadap tok guru Nik Aziz.

Dari situlah tok guru Nik Aziz benci sebenci bencinya kepada Umno sehingga kini dan akan membawa kepada matinya. Itu yang Tok Janggut dengarlah. Nak sahkan betul atau tidak, payahlah sebab Tok Janggut tak pernah pun berkesempatan bersua muka dengan orang tua ini.

The Red Warrior pernah disabotaj


Pertama sekali Tok Janggut nak ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya mengalahkan pasukan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam malam Ahad lalu. Dengan kemenangan itu, rakyat termasuk Tok Janggut sekali berasa bangga jadi rakyat Kelantan.

Hari Ahad pula diumumkan cuti satu hari. Tujuannya nak jaga keselamatan ratusan ribu rakyat Kelantan yang berkenderaan ke Kuala Lumpur nak tengok perlawanan. Comel sangat-sangatlah. Itu tandanya prihatin. Masing-masing pakat ambil kesempatan belaka atas kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors.

Tahniah Tan Sri Annuar. Tahniah Azman Hussin. Tahniah Bojan. Dan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga pasukan Kelantan berjaya melakarkan nama dalam persada suka bola sepak tanah air. Tok Janggut berasa bangga sekali dan tentunya amat terharu atas kemenangan ini.

Harap-harap dengan kemenangan ini, janganlah pula ada pihak dalam kerajaan Pas Kelantan nak ambil kesempatan. Kononnya kemenangan ini kerana peranan mereka. Tok Janggut kata begini sebab puak-puak dalam Pas, lebih-lebih lagi tok guru Nik Aziz dang eng dia ni suka ‘curi aye’.

Maksud Tok Janggut, orang yang suka ‘curi aye’ ini adalah spesies orang malas. Orang yang rekodnya tak comel, suka ambil kesempatan menonjolkan diri bila sesuatu perkara itu dilihatnya berjaya.

Samalah macam sukan bola sepak Kelantan. Tok Janggut ingat lagi di awal tahun 2000 (sekitar 2000 hingga 2005), kerajaan negeri tak benarkan pasukan bola sepak Kelantan berlatih di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Alasannya, KAFA gagal bayar hutang (sewa penggunaan stadium) kepada kerajaan negeri berjumlah jutaan ringgit.

Terpaksalah pasukan bola sepak Kelantan ini berlatih di padang MPKB dan padang HUSM Kubang Kerian dalam keadaan yang serba daif dan kepayahan. Sebab itu, prestasi permainan Kelantan masa itu merosot teruk.

Tok Janggut masih ingat, ada satu perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan bermain di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, hanya menyaksikan hampir 50 orang penonton dengan tiket masa tu sekitar RM8.

Bayangkan ruang stadium yang boleh memuatkan 30,000 orang hanya ditonton oleh tidak sampai 50 orang. Itu pun termasuk wartawan sukan yang bertugas dan petugas stadium. Amat menyedihkan pada Tok Janggut, tetapi amat menggembirakan kepada kerajaan negeri.

Kenapa kerajaan negeri gembira, tatkala peminat bola sepak Kelantan bersedih? Sebab, tindakan kerajaan negeri menutup pintu stadium kepada pasukan Kelantan ‘ada udang di sebalik batu’.

Apa yang ‘ada udang sebalik batu’ tu? Sebabnya ketika itu ada seorang pemimpin kerajaan negeri nak sangat-sangat ambil alih KAFA. Tapi disebabkan dari setahun ke setahun pemimpin ini gagal mendapat undi yang banyak dalam pemilihan jawatankuasa KAFA, menyebabkan dia menggunakan strategi untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan sentiasa merosot.

Dengan kemerosotan itu, pemimpin berkenaan membuat perkiraan peminat bola sepak dan kelab-kelab bola sepak bawah KAFA akan memberontak terhadap kepimpinan KAFA. Dari situ akan timbul usul tidak percaya dan mudahlah baginya mengambil alih pengurusan KAFA.

Bagaimanapun, strateginya tidak berjaya. Beliau terus disingkirkan daripada membarisi jawatankuasa KAFA. Sebaliknya, pucuk kepimpinan KAFA memberi laluan mudah kepada Tan Sri Annuar Musa untuk mengambil alih KAFA.

Inilah yang dikatakan rezeki. Tan Sri Annuar yang ketika itu sibuk dengan tugasannya di peringkat UMNO Kelantan dan mengetuai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menerima tawaran itu dengan hati terbuka.

Umpama mendapat sebuah ‘bas buruk’, Tan Sri Annuar Musa mencari dan mengumpul mekanik-mekanik tersohor untuk membaik pulih ‘bas buruk’ itu. Beliau mengarahkan kepada mekanik berkenaan, buang mana-mana besi yang tidak boleh digunapakai, gantikan dengan alat ganti yang baru dan tulen. Biar mahal pun, asalkan bas buruk akan nampak baru.

Bukan nampak baru pada bodynya sahaja, tetapi enjinnya juga mestilah kelihatan baru dan boleh digunakan untuk bergerak dalam pelbagai jenis permukaan jalan.

Kalau dahulu pasukan Kelantan digelar sebagai pasukan kijang atau pasukan tok janggut, sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa berjaya membaikinya, pasukan ini digelar dengan nama yang paling gah, The Red Warriors.

Segagah dan segarang namanya, The Red Warriors masuk padang, menewas dan menumpaskan semua jenis pasukan lawan. Namanya pula dijulang. Perlawanan yang dahulunya ditonton oleh hampir 50 peminat setia, tiba-tiba sahaja bertambah kepada 50,000 setiap kali perlawanan.

Malah ada yang sanggup terbang ke Sabah dan Sarawak untuk menyaksikan perlawanan secara ‘live’ pasukan kesayangan mereka.

Melihat akan kejayaan The Red Warriors, pemimpin kerajaan negeri tidak berani membuat sebarang onar. Sebab Tan Sri Annuar Musa bukan jenis manusia yang lemah dan cepat mengalah sebagaimana kepimpinan KAFA sebelumnya.

Tan Sri Annuar Musa berjaya menaikkan nama pasukan bola sepak Kelantan yang suatu ketika dahulu berasa dicorot. Dalam masa lima enam tahun mengetuai KAFA, pasukan The Red Warriors mencipta nama dan menjuarai beberapa perlawanan.

Tahniah dan syabas kepada The Red Warriors, kepimpinan KAFA dan peminat pasukan Kelantan. Selamat maju jaya.

Pas: Mulut cakap lain, hati kata lain

Nak tipu rakyat, bolehlah. Tapi kalu nak tipu Tok Janggut, sorilah. Tok Janggut bukan baru dalam politik Kelantan ni. Tok Janggut tahu dan boleh baca isi hati setiap pemimpin Pas, iaitu dari ayah, anak, menantu, besan dan waris warah.

Orang yang kuat menuduh orang lain amal kronisme lah orang yang sebenarnya mengamal dan membudayakan kronisme. Orang yang lantang, menuduh orang lain makan duit haramlah, orang yang sebenar-benarnya makan duit haram dalam diam-diam.

Bezanya, orang yang sebenar-sebenarnya itu menggunakan agama sebagai topeng bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka, sedangkan orang yang secara terang-terangan tidak nampak Islam, adalah orang yang meletakkan agama ditempat paling atas dalam hidup dan kepimpinannya.

Itulah perbezaan nyata antara pemimpin Pas dan pemimpin Umno, yang Tok Janggut nampak dan dapat lihat.

Siapa yang berjanji hari ini, esok menunaikan janjinya? Sudah tentulah orang yang dituduh sebagai orang sekular dan ‘kafir’. Siapa yang janji nak buat itu, nak buat ini sejak 22 tahun lalu, tetapi sampai sekarang tidak mengotakan janjinya? Sudah tentulah orang itu dari golongan yang memperlihatkan atau menonjolkan dirinya sebagai alim ulamak.

Tok Janggut memetik sebuah hadis daripada ‘Ibnu ‘Amr Ibnu Al-’As yang katanya: “Saya mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghapuskan) ilmu (dengan) menyentapnya sekali gus daripada manusia, akan tetapi Allah mencabut ilmu daripada manusia (itu) dengan mematikan ulama’ (tanpa pengganti), sehingga satu masa tiada lagi seorang pun yang alim (berilmu), manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ikutan, apabila ia (orang jahil) ditanya mengenai sesuatu masalah ia memberi fatwa tanpa ilmu, akibatnya ia sesat dan menyesatkan orang lain. - (Bukhari & Muslim)

Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu sudah menjadi kenyataan sekarang. Tak perlulah kita mencari kenyataan yang terkandung dalam hadis ini di dunia Arab, tetapi sudah cukup untuk kita melihatnya dengan mata kepala sendiri, kerana ia berlaku di depan kita.

Cuma kebanyakan daripada kita, buta. Mata hati mereka telah dibutakan oleh Allah yang memperlihatkan kepada mereka bahawa orang jahil yang bercakap mengenai agama sebagai ‘alim dan ulama’. Sedangkan apa yang dicakapkan itu bukan dizahirkan daripada hati yang suci dan zuhud, tetapi daripada mulut yang busuk dan kotor.

Tetapi dasar azali manusia, yang busuk dan kotor itulah yang disukainya, lebih-lebih lagi kalau ianya datang daripada manusia yang berpura-pura alim.

Berbalik kepada kronisme. Suka Tok Janggut nak perkatakan di sini, apa yang dicetuskan oleh anak kepada seorang tokoh politik mengenai soal pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 ini sebagai cakap tidak serupa bikin. Mulut kata tak mahu, tak nak. Tetapi dalam hati terlompat-lompat kata nak, nak dan nak.

Ketika ayahnda masih ada. Ketika ayahnda masih berkuasa. Ketika ini peluang untuk si anak nak naik perlu direbut. Nanti bila si ayah mati, orang lain pula ambil alih kepimpinan, sukar untuk si anak mendapat peluang keemasan seperti ini lagi.

Jadi, inilah peluang terbaik untuk si anak membisikkan kata hati kepada ayahnda, “ayah pilihlah ana sebagai calon PRU ni. Ana nak sangat-sangat jadi calon dan menang pilihan raya. Bila ana menang, ana ada peluang untuk ganti tempat ayahnda.”

Biasanya ramalan pak belalang dari Tok Janggut ni 99 peratus tepat. Kalau tak percaya tunggulah pilihan raya ni akan senarai calunnya. Boleh dikatakan WAJIB ada nama anak, menantu, besan dan waris warah untuk bertanding di DUN dan Parlimen.

Sebagai ayah, sudah tentu mahu tengok anaknya ‘berjaya’ dan mahu si anak mewarisi ilmu kepakaran memutar belit fakta. Kalau seseorang ayah itu tak mahu melihat anaknya berjaya, itu bukan ayah namanya. Lagipun ayah ni bukan seorang yang zuhud sangat. Dia macam mamat-mamat kampung lain juga. Ada keinginan. Ada nafsu dan tidak terlepas dari berbuat perkara yang dilarang Allah serta agama.

Kata si anak. Dia tak mahu cakap soal calon, kononnya itu isu sensitif. Pada Tok Janggut, itu hanya hiasan kata-kata untuk dilihat lebih menarik dalam mainan politiknya. Sedangkan dia sudah tahu dari awal lagi namanya akan dipilih sebagai calon, sama ada ada di DUN atau Parlimen dan di kawasan mana yang akan ayahnda letak.

Kenapa tiba-tiba saja si anak bangkitkan isu calon? Sedangkan tidak ada pun berita-berita mengenainya tersebar? Kalau rakyat nak tahu, itulah antara strategi yang dapat si anak mainkan sebagai memperlihatkan ilmu putar belit yang dituntut dan ditimba daripada ayahndanya telah dapat dikuasainya.

Sikapnya yang kononnya dilihat seolah-olah melenting bila bercakap pasal calon, hanyalah pura-pura sahaja. Kalau orang pakar dalam politik melihatnya, si anak itu sebenarnya sedang tersenyum riang dengan isu itu. Wajahnya yang tersirat adalah dalam keadaan ceria dan gembira sekali.

Tapi oleh kerana topeng agama yang dipakainya berjaya menutup penglihatan orang ramai daripada melihat wajah sebenarnya, maka si anak ini ‘menang’ untuk saat ini. Tok Janggut memang tak boleh nak tolong lagi. Selagi topeng Islam ini tidak dibuang dari wajahnya, selagi itulah si anak dan si bapa ini dihormati.

Walaupun kaum kerabat Tok Janggut tidak sedar akan penyamaran pemimpin mereka itu, namun sekurang-kurangnya Tok Janggut nak mengajak kaum kerabat supaya melihat ke Georgetown sekejap.

Tok Janggut nak siar ulangkan kenyataan akhbar daripada seorang bekas Ahli Parlimen Pas yang juga Ahli Seumur hidup parti itu.

Kata bekas Ahli Parlimen Sik, Kedah yang juga Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, “Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Katanya, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

“Adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas,” katanya.

Datuk Dr Shahnon kata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.

Datuk Dr Shahnon ni pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM). Dia kata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.